Enggan Buka Aib Shakilla Khoriri, Ramai Orang Anggap Fizi Ali Meroyan – “Bekas Isteri Kacau ‘Sarang’ Saya!”

Enggan mendedahkan punca perceraian, penyampai radio, Fizi Ali, 33, masih menjaga aib bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri.

Memetik laporan BH Online, Fizi mempunyai sebab tersendiri apabila bertindak ‘naik hantu’ terhadap bekas isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku Tak Nak Buka Mulut Sebab Nak Jaga Aib Kau! Hidup Aku Jahanam… Sebab Kau!” – Fizi Ali Naik Hantu Dengan Shakilla Khoriri?

“Tahap kesabaran saya benar-benar teruji. Saya juga manusia biasa. Ramai orang menganggap saya meroyan seorang diri.

“Ada juga terkejut kenapa saya tiba-tiba naik angin. Jujurnya, saya bukan nak meroyan tanpa sebab. Selama ini, adakah saya marah-marah?

“Saya takkan kacau hidup orang kalau hidup tidak diganggu. Apa yang berlaku seolah-olah nak menjolok sarang tebuan.

“Masalahnya, bekas isteri kacau ‘sarang’ saya. Memang pelik dan tertanya-tanya kenapa buat saya sampai tahap ini. Lagi tak masuk akal, suruh wartawan tanya kenapa saya suka meroyan,” katanya.

Mengulas komen dakwaan Shakilla memadam komen di Instagram, Fizi mengakui aktres terbabit melakukan perbuatan tersebut.

“Dari dahulu, saya bukan jenis mengamuk tidak tentu fasal. Tetapi, tak fikir kenapa saya nak naik hantu?

“Shakilla tahu apa yang dilakukannya. Kenapa nak komen, kemudiannya padam? Mungkin nak nampak saya jahat dan dipersalahkan 100 peratus.

“Kami berhubung hanya sebab tanya giliran menjaga anak. Berbual soal lain memang tiada. Perkara ini bukan masalah pun. Kami tiada jadual nak ambil giliran anak secara khusus.

“Ada masa saya bersama Ameena dan sebaliknya. Apapun, kami tetap ibu bapa Ameena,” katanya yang menolak dakwaan merancang merujuk semula dengan bekas isteri.

Fizi menikahi Shakilla pada 18 Februari 2018 dan akhirnya bercerai tiga tahun kemudian.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: BH Online

Padin