Categories: FeaturedTrending

Zoo Negara Bakal Dibuka Mulai Esok

Setelah hampir dua bulan tidak beroperasi, Zoo Negara akan kembali dibuka kepada pengunjung bermula Jumaat ini.

Sebagai usaha menarik minat pengunjung, sebanyak 20 peratus diskaun bagi harga tiket dewasa dan kanak-kanak akan ditawarkan.

Pembukaan semula zoo negara adalah setelah mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negeri (MKN).

Walaubagaimanapun , prosedur operasi standard (SOP) yang ketat akan dilaksanakan dengan hanya 2,500 pengunjung dibenarkan pada satu masa bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Pihak zoo negara dilaporkan telah menerima sumbangan lebih RM11 juta daripada badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), badan sukarelawan serta individu, sejak Januari 2020 hingga Januari 2021.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”