Categories: FeaturedTrending

Bantuan Bersasar Tambahan Untuk Golongan Rentan

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan kerajaan akan merangka langkah tambahan dalam tempoh terdekat bagi menyediakan bantuan secara bersasar kepada kumpulan rentan.

“Ini terutama kepada golongan miskin serta golongan yang mengalami kehilangan pendapatan,” katanya sambil menambah bantuan itu juga akan meningkatkan sokongan kepada perniagaan, khususnya dalam proses pembukaan semula pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambah beliau lagi, sebagai kerajaan yang prihatin cabaran utama dalam mengurus krisis ini ialah untuk mengimbangi antara nyawa rakyat dan kelangsungan hidup.

Katanya, dari aspek kesihatan, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat membantu mengawal penularan pandemik ini.

Foto : Bernama

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”