Categories: Trending

Kerajaan Pertimbang Rentas Negeri Mengikut Zon & Status Bekerja Dari Rumah – Ismail Sabri

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan masih terdapat beberapa perkara yang diperincikan termasuklah dari segi penguatkuasaan.

 

Namun, kerajaan sedang mempertimbangkan kebenaran pergerakan rentas antara dua negeri di zon hijau yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

“Perkara seperti ini sedang diperincikan kerana adalah sukar untuk kita tentukan dengan jelas pergerakan setiap orang” katanya.

 

Bagaimanapun, perkara itu masih dalam perbincangan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Menyentuh mengenai status berkenaan arahan bekerja dari rumah atau work from home, beliau berkata masih belum ada ketetapan baharu berkenaan arahan bekerja dari rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abdul Rahman.

 

“Kita akan bincangkan dalam mesyuarat nanti sam ada terdapat keperluan untuk mengekalkan work from home ini atau pekerja sudah boleh kembali ke pejabat”jelasnya.

 

 

 

Sumber : Awani

Salma Syahbuddin