Categories: Trending

Jangan Terpedaya! Vaksin Covid-19 TIDAK Dijual Dalam Talian – Dr. Noor Hisham

Penjualan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech secara dalam talian yang kini tular di media sosial adalah palsu.

 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia maklum mengenai pengiklanan penjualan vaksin berkenaan yang dikesan kononnya dijual dalam talian.

 

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM setakat ini mendapati iklan berkenaan adalah palsu. Manakala, vaksin yang sudah pun diberikan pendaftaran bersyarat, hanya boleh dibekalkan pihak kerajaan dan pihak dibenarkan oleh kerajaan sahaja.

 

“Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM serta melalui unit forensik siber serta kerjasama dengan pihak berwajib tempatan lain dan antarabangsa Interpol sememangnya sentiasa memantau keadaan semasa dan penjualan vaksin di dalam talian”

 

Tambahnya lagi, selain hakikat vaksin berkenaan tidak dijual di negara ini, pihak KKM dimaklumkan banyak vaksin tiruan sudah berada di pasaran.

 

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan hanya menerima vaksin daripada KKM dan sumber boleh dipercayai.

 

 

Sumber : Facebook KKM

Salma Syahbuddin