Categories: FeaturedTrending

Keputusan Rentas Negeri Dibenarkan Jika..

Sejak kerajaan membenarkan pergerakan rentas daerah, ramai yang mempersoalkan keputusan mengenai kebenaran rentas negeri.

Namun begitu, keputusan pergerakan negeri atau sebaliknya selepas kes COVID-19 turun kepada dua angka , hanya akan diputuskan selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri

“Setiap keputusan dibuat atas nasihat KKM berdasarkan penilaian risiko. Kalau kes turun kepada dua angka, pastinya KKM akan menasihatkan Jawatankuasa Teknikal PKP dan MKN,”

“Kita tunggu dan doakan kes turun kepada dua angka,” kata Ismail Sabri lagi.

Beliau menjelaskan, sebarang keputusan yang dicapai juga hanya akan dibuat selepas pembentangan oleh KKM.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”