Hiburan By: SGMS Faida October 7, 2018 @ 5:20pm

Zulin Aziz Tak Jadi Kahwin, Luahan Hati Buat Netizen Sebak…

Bekas penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz pernah mengaku dia bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi.

Namun begitu, menerusi Instagramnya hari ini, Zulin meluahkan rasa sedih apabila hajatnya untuk naik ke pelamin akhirnya musnah di tengah jalan.

Hati mana yang tak patah apabila segala persiapan telah dilakukan akhirnya berakhir begini kan? Namun begitu, Zulin tidak berkongsi punca majlis ini dibatalkan.

“ Kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang. Sebabnya… tidak dapat saya kongsi. Terlalu peribadi.

“ Bukan mudah, saya perlukan masa nak hadap semua ini. Tapi bila saya baca comment anda semua, saya sangat bersyukur sebab ramai yang sayangkan saya,” tulisnya. 

Dalam pada itu, Zulin memberitahu dia ada menulis sebuah lagu yang sepatutnya akan dinyanyikan pada hari bersejarahnya itu nanti. 

“ Lagi pun lagu dah siap, tak sabar saya nak bagi dia dengar. Saya tulis lagu ini sepenuh hati saya tau,” tulisnya.

Tidak mahu terus duduk dan menyalahkan takdir, Zulin bangkit dan mengambil keputusan menukar lirik lagu berkenaan.

Semoga urusan Zulin dipermudahkan oleh-Nya, kami terus doakan Zulin kuat menghadapi ujian ini. Insya Allah ada kemanisan di setiap kesusahan. Amin…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Syafie Naswip- Aishah Azman Putus Tunang

Bukan sebab orang ketiga ya!

Hiburan Thu, 7 Feb 2019

Peminat Ajak Kahwin, Apa Agaknya Respon Jennie BLACKPINK?

Kejadian ini berlaku ketika Jennie sedang menikmati minuman di tepi pentas, seorang peminatnya menjerit mengajaknya untuk berkahwin.

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

‘Jodoh Saya Kuat Dengan Raihan’- Sharifah Khasif

Konsert ‘Qasidah Night’ pada 27 April nanti turut diserikan dengan penampilan penyanyi lagenda Dato Jamal Abdillah.

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

Rainbow Returns After 3 Years With a Self-Produced Single

Rainbow’s back to spread colour to the K-Pop industry.

Hiburan Fri, 22 Jun 2018

There’s a NEW Member in BLACKPINK!

Why is there suddenly a 5th member added?

Featured Wed, 9 Feb 2022

Semak SOP Baharu Umrah 2022 Berkuatkuasa 14 Februari Ini

Alhamdulillah, moga dipermudahkan bagi semua jemaah