Categories: Uncategorized

Bermula 25 Mac, Grab mengenakan caj RM3 jika penumpang batalkan tempahan selepas 5 minit

Sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu, perkhidmatan e-hailing amat membantu dalam memudahkan urusan seharian penggunanya untuk bergerak ke sana ke mari.

Mudah sahaja untuk membuat tempahan dengan menggunakan telefon pintar.

Bagaimanapun, ini juga menunjukkan betapa mudahnya untuk pelanggan membatalkan tempahan mereka walaupun si pemandu sudahpun bergerak ke arah lokasi yang mereka tetapkan.

Bagaimanapun, untuk mengelak penumpang  membuat pembatalan sesuka hati dan bagi memastikan golongan pemandu tidak membazir kos dan masa, Grab membuat keputusan untuk mengubahsuai polisi pembatalan perkhidmatan mereka baru-baru ini.

Menurut kenyataan syarikat ini, ia akan memperkenalkan Pampasan Pembatalan untuk situasi yang mana penumpang tidak muncul apabila pemandu sudah sampai ke lokasinya, ataupun apabila penumpang membuat pembatalan terlalu lewat.

Penumpang akan dikenakan caj sebanyak RM3 jika mereka:

  • Membuat pembatalan lima minit selepas menempah
  • Tidak menampilkan diri untuk tempahan mereka dan membatalkannya

Foto: Grab

Foto: Grab

Sewajarnya, penumpang tidak akan dicaj jika pemandu mereka didapati tidak bergerak ke arah yang sepatutnya, ataupun jika pemandu mengambil masa terlalu lama untuk sampai. Bukannya salah penumpang pun!

Selain itu, penumpang juga tidak akan dikenakan caj pembatalan sekiranya pemandu tidak muncul di lokasi dalam masa 10 minit daripada waktu ketibaan yang dianggarkan.

Pihak Grab berkata ia mempunyai cara untuk mengenalpasti sama ada pemandu sedang bergerak ke lokasi penumpang atau tidak.

Foto: NSTP/Ghazali Kori

 

Polisi pembatalan ini akan berkuatkuasa bermula 25 Mac untuk pengguna di Lembah Klang dan 27 Mac untuk bandar lain.

Rujuk kepada polisi baharu Grab di sini.

Sumber: World Of Buzz

Ad Ops