Categories: Uncategorized

Mudah & Confirm Sedap! Guna 3 Bahan Je Untuk Buat Brownies Atau Biskut Nutella

Tak mungkin ada orang di dunia ini yang tak suka Nutella. Dah lah lembut bila disapu di atas roti; gabungan coklat dan hazelnut dalam ramuannya juga memang perfect. Makan begitu saja pun boleh! Ooh, sedap yang amat.

Selain itu, Nutella juga boleh dijadikan ramuan utama untuk brownies mahupun biskut.

Kalau anda ada Nutella berlebihan tapi tak tau nak buat apa dengannya, boleh ikuti resipi mudah ini. Yang syoknya, setiap resipi ini pakai 3 je bahan, termasuk Nutella. Mudahnya!

Brownies Nutella

Foto: Bigger Bolder Baking

Bahan-bahannya:

  • 240g Nutella
  • 2 biji telur
  • 10 sudu besar tepung serbaguna

Cara-caranya:

  1. letakkan Nutella, telur dan tepung ke dalam satu mangkuk besar dan gaulkan. Adunan sepatutnya pekat dan berkilat.
  2. Alaskan loyang atau baking tray bersaiz 8 inci x12 inci dengan kertas minyak.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah Celsius untuk 20 ke 25 minit.
  4. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum potong.

Biskut Nutella

Foto: Bigger Bolder Bakingbrownies,

Bahan-bahannya:

  • 150g tepung serbaguna
  • 240g Nutella
  • 1 biji telur besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celsius dan Alaskan loyang dengan kertas minyak.
  2. Campurkan Nutella dengan tepung dan telur di dalam mangkuk besar dan adunkan.
  3. Ambil dough tu sebanyak dua sudu besar dan dengan menggunakan tangan, bentukkannya jadi sebiji bola kecil.
  4. Letakkan bebola ni di atas loyang dan penyekkannya sikit dengan jari atau bahagian bawah cawan.
  5. Bakar selama 8 ke 10 minit, sampai ia dah cukup masak tapi bahagian tengahnya masih lembut.
  6. Biarkan sejuk di atas loyang selama 5 minit dan kemudian transfer ke baking rack.

Mudah je, kan?

Kalau anda nak try buat “Nutella truffles” yang juga menggunakan 3 bahan, boleh check out web page ni.

Sumber: www.biggerbolderbaking.com

Ad Ops

Share
Published by
Ad Ops