Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops December 12, 2019 @ 5:43pm

10 manfaat bagi kanak-kanak yang belajar memasak

Mengajar kanak-kanak memasak bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Lainlah kalau anda memang bekerja sebagai seorang pengajar kulinari.

Kesabaran memang diperlukan untuk mengajar si kecil menggunakan pisau dengan cermat, membersihkan buah-buahan dan sayuran dengan betul, dan mengikuti sesebuah resipi tanpa mengambil jalan mudah.

Namun begitu, masa yang dihabiskan untuk melakukan semua ini pasti berbaloi. Ibu bapa boleh gunakan peluang ini untuk merapatkan ikatan dengan anak.

Si kecil pun boleh mendapat pelbagai manfaat seperti meningkatkan keyakinan, melatih pengetahuan dalam bidang matematik dan sains serta belajar mengenai budaya negara lain.

Teruskan baca untuk mengetahui apa lagi faedah yang boleh si kecil dapati daripada aktiviti belajar memasak, menurut Spruce Eats.

1. Memasak bersama menawarkan waktu keluarga yang berkualiti

Kanak-kanak boleh relaks dan berkongsi mengenai aktiviti harian mereka dengan ibu bapa.

2. Menyediakan makanan membantu kanak-kanak untuk menghargai pengorbanan ibu bapa

Sumber: Fona International

Si kecil kadangkala tidak terfikir dari mana datangnya sajian yang mereka makan setiap hari. Dengan aktiviti ini, mereka boleh memahami berapa banyak masa dan usaha yang perlu disalurkan oleh ibu bapa untuk menyediakan hidangan yang sihat dan sedap bagi seisi keluarga.

3. Memasak meluaskan palet si kecil

Apabila seorang kanak-kanak itu menghasilkan hidangan dengan sendiri, besar kemungkinan dia akan makan hidangan berkenaan. Sekurang-kurangnya dia akan cuba, walaupun dia akhirnya tidak berkenan.

Lambat-laun, dia akan rasa selesa dengan idea mencuba sajian baharu. Mungkin selepas itu mindanya lebih terbuka.

4. Menyediakan makanan boleh meningkatkan keyakinan

Apabila seorang kanak-kanak berkata, “Saya masak sendiri,” dan orang lain pula kata masakannya sedap, dia akan rasa bangga dengan pencapaiannya. Pada masa akan datang, dia mungkin akan rasa lebih yakin untuk memasak, atau buat apa jua aktiviti.

5. Mengikuti resipi mengajar kanak-kanak mengenai matematik

Sumber: Bright Horizons

Memasak boleh mengajar si kecil semuanya daripada pecahan ke geometri dan suhu. Adakah ½ cawan lebih besar daripada ¼ cawan? Apa beza di antara merebus dan mengukus?

6. Memahami resipi boleh memperbaiki pemahaman bacaan

Aktiviti ini boleh membuktikan kepada kanak-kanak bahawa membaca boleh mendatangkan hasil yang ketara dan praktikal, iaitu dengan mengikuti langkah-langkah resipi dengan betul.

7. Proses memasak menunjukkan prinsip sains

Contohnya, marshmallow yang menguning dan cair apabila dibakar dalam ketuhar – inilah salah satu proses kimia yang kanak-kanak boleh fahami.

8. Aktiviti membeli ramuan mengajar dari mana datangnya bahan mentah

Sumber: iStock

Kanak-kanak boleh pelajari asal-usul sesuatu buah atau sayuran itu. Ataupun, mereka boleh belajar yang sos spageti, contohnya, tidak semestinya datang dari dalam botol.

9. Memilih resipi mengajar kanak-kanak mengenai budaya asing

Lebih menarik rasanya jika ibu bapa mengajar anak mereka mengenai Tahun Baru Cina dengan memasak hidangan Cina tradisional daripada bercerita mengenai sejarah kaum itu.

10. Memasak mengajar skil hidup yang asas tetapi penting

Apabila anak sudah membesar dan hidup sendiri, ibu bapa tidak perlu lagi risau kerana dia sudah pandai jaga diri. Bajetnya pun terkawal kerana dia tidak akan bergantung kepada hidangan luar.

Banyak manfaatnya jika anak tahu memasak, yang pasti dia akan mula faham mengenai makanan sihat! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Disoal Nama Penuh, Respons Anak Eyra Hazali Buat Netizen Ketawa – “Hayder Qhalish Bin Tak Payah!”

Umum mengetahui, anak sulung kepada pasangan Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli iaitu Hayder Qhalish sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan bijak. Baru-baru ini, Eyra berkongsi sebuah hantaran di laman Twitter yang memaparkan […]

familuv Mon, 13 Jan 2020

Foto keluarga bahagia TMJ, alahai comelnya gambar nombor 5  

Keluarga diraja Johor ini menjadi kesayangan bangsa Johor

familuv Sat, 3 Dec 2022

Hasil Kerja Keras Bersama, Amyra Rosli & Amar Baharin Beli Kereta Baharu

Baru-baru ini, pelakon Jelita Amyra Rosli memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagramnya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Amyra menunjukkan kereta yang dibeli olehnya dan suaminya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu […]

familuv Thu, 3 May 2018

Wahai Wanita, Jangan Jadi 6 Wanita Jenis Ini Jika Mahu Lelaki Kahwini Anda

Jika punya kekurangan, bersama cuba perbaiki kelemahan yang ada.

familuv Thu, 3 Oct 2019

Panduan posisi tidur selamat dan terbaik bagi wanita hamil

Tidur yang berkualiti amat penting bagi ibu dan kandungan.

familuv Sun, 2 Sep 2018

Wajib Atau Tidak Pakai Stokin Ketika Berpantang? Doktor Ini Ada Jawapannya

‘Angin’ masuk melalui kaki ibu berpantang yang tak pakai stokin sebenarnya tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan tersebut. 

familuv Fri, 12 Oct 2018

Anak Tiba-Tiba Muntah, Ini Cara Untuk Hadapinya

Apabila anak muntah, dia akan kehilangan banyak cecair dalam badan!

familuv Tue, 22 Nov 2022

Imran Aqil Belikan Vakum Buat Ibu, Netizen Cakap: “Muka Mak Dia Sebiji Dengan Dahlia”

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil menghadiahkan ibunya sebuah vakum baharu. @imjeebsterbought my mom a new vacuum, since the old one broke 🤍 hope she likes it.♬ suara asli n_ – Shifaiman Namun, bukan hadiah […]

familuv Tue, 17 Mar 2020

Ambil peduli apabila anak buat perangai!

Kanak-kanak faham jika dididik sejak kecil.

error: Content is protected !!