Euforia Bola 2026
Filem By: Padin October 18, 2023 @ 7:18pm

100% Lulus… Man On The Run Ditayangkan Tanpa Potongan LPF

Produser filem, Fabian W. Joseph mendedahkan naskhah Man On The Run diluluskan sepenuhnya oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) bagi tayangan di Malaysia.

Menurut Fabian, pihak produksi berdepan kegusaran pada awalnya kerana memikirkan kemungkinan filem dokumentari arahan Cassius Michael Kim mengenai skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) itu bakal berdepan kesukaran untuk ditayangkan di panggung wayang tempatan.

“Selepas melalui proses LPF, filem itu diluluskan 100 peratus tanpa sebarang potongan. Kami melalui prosedur biasa. Apabila filem ini tidak mendapat sebarang bantahan, kami sejujurnya agak terkejut.

“Pada awalnya, kami merasakan naskhah yang mengangkat tema agak kontroversi ini tidak lulus untuk ditayangkan di pawagam. Namun akhirnya kami dapat kebenaran untuk menayangkan filem ini di panggung wayang,” katanya usai sidang media tayangan perdana Man On The Run yang diadakan di GSC Mid Valley pada Selasa.

Menurut Cassius selaku pengarah pula, cabaran terbesar adalah untuk menyunting sedutan temu bual dalam durasi filem.

“Cabaran utama kami untuk menghasilkan filem ini adalah cara untuk menggarap kisah skandal global ini menjadi sebuah filem. Selepas kami kumpulkan sedutan semua wawancara penting, durasi file mini mencecah 4 jam.

“Jadi, kami perlu susun dan teliti semua dengan cermat supaya semua perihal penting dimuatkan ke dalam filem. Bermula dengan 4 jam, akhirnya kami berjaya memadatkan segala isi penting filem dokumentari ini dalam masa 1 jam dan 38 minit,” katanya.

Man On The Run merupakan filem dokumentari yang memaparkan kisah benar mengenai amalan rasuah dan pengkhianatan yang menggegarkan kestabilan kewangan seluruh negara.

Ia turut membabitkan individu yang dikehendaki iaitu Jho Low, seorang ahli perniagaan misteri yang merancang mengeksploitasi dana kekayaan Malaysia menerusi 1MDB.

Filem Man On The Run ini akan ditayangkan di pawagam di Malaysia bermula esok, 19 Oktober 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Tue, 4 Feb 2020
Filem Sun, 17 Mar 2019

Ethnic Issues in Myanmar Leads to Thousands Fleeing Overseas

Watch as they unveil and discuss the heated issue!

Filem Thu, 19 Dec 2019

首战歌舞剧!王竣原腾直呼「没什么挑战性」

《春天花花花啦啦!》延续着前两部曲的形式,以不同的方言、轻松欢乐的歌舞方式呈现剧情,而新加入阵容的王竣与原腾更因此献出歌舞剧处女秀。

Filem Mon, 9 Oct 2023
Filem Tue, 11 Feb 2020

你不可错过的素食餐厅!让你吃出健康

新年后不如跟着《好吃!》的脚步来一趟素食之旅,吃得清淡,趁机净化人的身体与心灵!

Filem Fri, 1 Feb 2019
Filem Mon, 7 May 2018

These 5 Other Actors Nearly Became Yoo Si Jin in Descendants of the Sun

Many people actually prefer the other actors too.

Filem Tue, 20 Mar 2018

陈俐杏「多尝试没损失」力争上游的追梦者

出身自选美的Pauline陈俐杏自小就向往舞台,就算家人极力反对,但她仍坚持到现在,用行动证明了对表演的热爱。抱着「多尝试没损失」心态的她,对于每一次的面试都认真对待,从不放过任何机会。

Filem Thu, 21 Nov 2019

出国打工区分中介的真假!如何防范要知晓

近10年来,国人都向往到外国打工游历人生,但你可知道,不是每个人都能有这份资格和好运气。

error: Content is protected !!