Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 1, 2019 @ 8:00pm

12 rutin penjagaan kecantikan Janna Nick, nombor 10 amat mengejutkan!

Siapa yang tidak kenal dengan Janna Nick? Memiliki seramai 4.3 juta pengikut di laman sosial Instagram, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu mula menjadi perhatian penggemar industri hiburan tanah air selepas lakonan hebatnya dalam drama Syurga Nur di TV3.

Sebagai figura masyarakat, Janna amat menitikberatkan soal kesihatan serta kecantikan bagi memastikan beliau sentiasa berketrampilan menarik dan cantik pada mata peminat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Jom ketahui rutin kecantikan dan kecergasan pengacara program hiburan Melodi itu untuk dijadikan sebagai inspirasi buat anda yang ingin tampil cantik dan sihat sepertinya

1. Selain menggunakan produk miliknya, White Fluffy dan Sephia untuk kecantikan luaran, Janna turut mengambil kolagen untuk menjaga kecantikan dalaman.

2. Jika mempunyai masa terluang, Janna akan melakukan rutin kecantikan secara alami dengan mengambil putih telur untuk dijadikan pupur muka. Menurut Janna, putih telur dapat membantu untuk melicinkan kulit.

3. Sebagai seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan duta, tidak dinafikan jadual kerja Janna terlalu ketat. Disebabkan itu, waktu tidurnya tidak mencukupi sehingga membuatkan matanya sembap. Janna memberitahu dia akan meletakkan timun untuk menyegarkan semula matanya.

4. Pemilik nama Nurul Jannah Muner binti Muner itu juga akan memastikan dia minum air yang banyak iaitu sekurang-kurangnya lapan cawan sehari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

5. Janna amat menjaga soal pemakanan dengan mengurangkan pengambilan makanan berminyak.

6. Aktres berusia 23 tahun itu turut mengamalkan rutin pemakanan yang sihat, iaitu Makanan Bersih (Eat Clean) yang mana dia beranggapan ia adalah satu cara terbaik untuk mengurangkan berat badan dengan cepat.

7. Janna juga berkongsi dia pernah mengamalkan ‘rutin Makanan Bersih yang ekstrem dengan tidak meletakkan langsung garam dalam makanan atau hanya akan makan telur rebus semata-mata.

Tidak dinafikan cara tersebut memberi keputusan yang cepat apabila dalam masa seminggu berat badannya turun empat ke lima kilogram, namun apabila dia berhenti membuat rutin terbabit, berat badannya naik dengan cepat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

8. Sebagai seorang yang kuat makan, dia akui rasa terseksa melihat orang lain makan. Bagaimanapun, dia terpaksa berkorban demi tuntutan kerjanya sebagai seorang selebriti. Disebabkan itu, kini dia mengamalkan pengambilan makanan yang lebih teratur dengan mengambil makanan yang sedap, tapi masih sihat.

9. Janna turut mengamalkan gaya hidup sihat dengan pergi ke gimnasium sebanyak dua kali sehari untuk bersenam. Janna akan memastikan dia bersenam setiap hari, namun jika dia sibuk dengan penggambaran, dia akan memastikan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya sebanyak sekali sehari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

10. Paling ringkas atau jika memang tidak berkesempatan untuk bersenam, pelakon drama Leftenan Zana itu akan menaiki tangga sebanyak 30 tingkat di rumahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

11. Bagi penjagaan rambut pula, Janna akan menggunakan minyak argan untuk melebatkan rambut.

12. Janna akui lebih selesa berambut pendek kerana penjagaannya lebih mudah dan rambut juga tidak banyak gugur. Bagaimanapun, dia memberitahu kini dalam proses untuk memanjangkan semula rambutnya kerana akui tawaran lakonan agak terbatas jika dia berambut pendek.

Kredit foto: Instagram Janna Nick

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 3 Apr 2021

Dr Amalina Bakri Selamat Nikahi Alexander Charles Di London

Pakar bedah pelatih Dr Nur Amalina Che Bakri kini sah bergelar isteri kepada jejaka tampan, Charles Alexander di sebuah masjid di London. Menerusi perkongsian Instagram, Dr Amalina berkata mereka selamat diijabkabulkan pada 31 Mac lalu […]

Featured Mon, 27 Oct 2025

“Tolong Jangan Gunakan Anak Sebagai Alasan Untuk Tangguh Proses Perceraian” – Linda Hashim 

Linda Hashim menegaskan, anak-anak tidak sepatutnya dijadikan alasan atau dikaitkan dengan kemelut rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon, Beego.

Featured Thu, 19 Jan 2023
Featured Wed, 25 Sep 2024

Krisis Rumah Tangga Cetus Spekulasi, Fazura Kekal Kunci Mulut – “Doakan! Berdiam Diri Lebih Baik”

NK beri komen atau tidak? Sama-dama kita hormat keputusan keduanya okay! 🥹🤲🏻

Eat Travel Tue, 19 May 2020
Gaya Hidup Mon, 7 May 2018

Fakta Menarik Di Sebalik Infinity Stones Yang Menjadi Rebutan Dalam Karya Avengers: Infinity War

Ada sesuatu yang lebih menarik mengenai filem Avengers: Infinity War yang mungkin anda tidak ketahui iaitu kewujudan Infinity Stones atau ‘Batu Keabadian’ yang dilihat mempunyai keistimewaan sekaligus menjadi kegilaan watak fiksyen Thanos.

Featured Thu, 29 Sep 2022
error: Content is protected !!