Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops August 6, 2018 @ 11:11am

15 Outfit Termahal Yang Pernah Dipakai Oleh Meghan Markle Setakat Ini

Kini, tak dapat dinafikan yang seleksi pakaian Meghan Markle memang dicemburui oleh ramai pihak. 

Sesetengah outfit yang dipakai adalah rekaan custom-made jadi mereka tiada price tag rasmi. 

Tapi selama ini Meghan ada juga telah memakai beberapa outfit yang berharga dari “hmm, saya pun mampu milik” hinggalah “fuyo, mahalnya!”.

Sebenarnya, harga tinggi itu taklah mengejutkan pun, memandangkan Meghan sebelum ini mempunyai kerjaya yang meriah sebagai seorang pelakon. 

Sekarang pula, lagilah dia boleh “mampu” setelah menjadi ahli kerabat diraja Britain. 

Sama seperti kakak iparnya Kate Middleton, Meghan telah tampil di majlis-majlis keramaian sambil memperagakan outfit yang berharga lumayan. 

Jom kita lihat 15 daripada outfit termahal yang Meghan pernah pakai setakat ini. 

Yang berharga paling tinggi adalah dress Givenchy yang dipakai untuk majlis perkahwinannya dengan Putera Henry. 

Foto: Ben STANSALL – WPA Pool/Getty Images

Vanity Fair melaporkan rekaan Clare Waight Keller itu menelan belanja sebanyak $265,000 (RM1,080,537.50). Waaaah!

Dress elegant untuk majlis resepsinya pula dijangka berharga $157,000 (RM640,167.50), menurut Entertainment Tonight

Foto: Steve Parsons/AP

Untuk gambar rasmi pertunangan mereka pula pada Disember 2017, Meghan telah memilih rekaan Ralph & Russo yang mencecah harga $75,000 (RM305,812).

Foto: Alexi Lubomirski / Kensington Palace

Dress ini mendapat kritikan kerana kainnya yang jarang. Laaa…

Meghan memilih satu lagi rekaan Givenchy untuk acara rasmi pertamanya bersama Ratu Elizabeth Jun lalu.

Foto: Jeff J. Mitchell/ Getty Images

Vanity Fair melaporkan yang dress ini berharga sekitar $18,000 (RM73,395). Ada yang menganggap bahawa dress ini adalah respons Meghan kepada orang yang mengkritik pemilihan outfit jenis off-the-shoulder Meghan sebelum ini.

Februari lalu pula, Meghan menukar gayanya dengan jaket Alexander McQueen Leaf Crepe yang berharga $1,995 (RM8,135) dan seluar $795 (RM3,242).

Foto: WPA Pool/Getty Images

Dia padankan outfit itu dengan kasut tumit tinggi suede oleh Manolo Blahnik berharga $625 (RM2,548).

Meghan tampil dengan rupanya yang paling casual-chic dalam dress denim yang berharga $2,190 (RM8,930) oleh Carolina Herrera ini sewaktu menghadiri acara amal permainan polo bulan lalu.

Foto: Chris Jackson/Getty Images

Dia lengkapkan rupa itu dengan kasut Aquazzura berharga $587 (RM2,393) dan sebuah clutch tenun oleh J. Crew yang berharga $88 (RM359).

Sehari sebelum majlis perkahwinannya Mei lalu, Meghan telah tampil dengan dress biru laut yang berharga $2,165 (RM8,828) rekaan Roland Mouret.

Foto: WPA Pool/Getty Images

Dia juga telah memakai kasut tumit tinggi BB Manolo Blahnik.

Pada bulan April, Meghan memperagakan dress bercorak pinstripe dan berharga $1,995 (RM8,135) oleh Altuzarra ketika menghadiri meeting untuk Commonwealth Heads Of Government.

Foto: Chris Jackson/Getty Images

Dia lengkapkan rupanya dengan blazer $700 (RM2,854) oleh Camilla And Marc dan kasut stiletto bertali $475 (RM1,937) oleh Tamara Mellon.

Untuk penampilan pertamanya bersama Kate Middleton Februari lalu, Meghan memakai wrap dress berharga $1,795 (RM7,319) oleh Jason Wu.

Foto: Chris Jackson/Getty Images

Kate di sebelahnya pula mengenakan dress oleh Seraphine yang berharga $169 (RM689).

Sewaktu menghadiri konsert hari jadi Ratu Elizabeth pada bulan April, Meghan memilih cape dress berharga $1,625 (RM6,625) oleh Stella McCartney.

Foto: WPA Pool/Getty Images

Dia padankannya dengan kasut Manolo Blahnik yang berharga $625 (RM2,548) dan clutch emas $3,390 (RM13,822) oleh Armory Zodiac.

Awal Julai lalu, Meghan memakai dress kuning menyerlah ini oleh Brandon Maxwell yang berharga $1,495 (RM6,095).

Foto: Yui Mok/AP Images

Dress itu katanya telah sold out dengan cepat selepas itu. Wow!

Kemudian, Meghan telah menghadiri majlis pembukaan sebuah pameran untuk Nelson Mandela dalam sebuah dress trench coat $824 (RM3,359) oleh jenama Kanada bernama House of Nonie.

Foto: Chris Jackson/Getty Images

Untuk majlis pertamanya selepas berkahwin dengan Putera Henry, Meghan memperagakan dress Flavia oleh Goat Fashion yang berharga $790 (RM3,221).

Foto: Dominic Lipinski – Pool/Getty Images

Ini juga adalah kali pertama Meghan memakai sarung kaki (mengikut peraturan fesyen diraja Britain), yang dipasangkan dengan kasut Tamara Mellon.

Wrap coat berwarna putih yang dipakai ketika pertunangannya dengan Putera Henry diumumkan adalah oleh jenama Kanada bernama LINE dan dijual di pasaran dengan harga $750 (RM3,058).

Foto: Chris Jackson/Getty Images

Ia popular sangat sampai laman web jenama itu crash sebaik saja Meghan tampil dengan coat ini pada November tahun lepas.

Pada April pula, Meghan telah menghadiri resepsi perlawanan Invictus dalam dress yang lebih mampu milik, berbanding dengan dress lain yang pernah dia pakai.

Foto: WPA Pool/Getty Images

Dress floral hijau oleh Self-Portrait ini dijual di pasaran dengan harga lebih kurang £300 (RM1,589). Walaupun itu pun dikira mahal untuk sehelai dress, ia menunjukkan yang Meghan tak selalunya berbelanja tinggi untuk pakaiannya.

Jadi nampaknya, kalau kita nak bergaya dan pakai outfit mahal-mahal, kita kena… kahwin dengan anak raja?

Sumber: Insider

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 29 May 2018

6 Bahan Yang Boleh Merawat Bibir Kering Selain ‘Lip Balm’

Tak ada lip balm? No problem. Gunakan saja 6 bahan alternatif ini.

Oh Lawa Wed, 16 Jan 2019

Teknik picit jerawat tanpa memudaratkan kulit wajah

Perasaan dapat memicit jerawat, kepuasannya sukar digambarkan! 

Oh Lawa Thu, 10 Jan 2019

Artis Korea, Go Ara tarik perhatian apabila memakai baju kurung

Pelakon terkenal Korea tampil anggun mengenakan busana tradisi Malaysia.

Oh Lawa Thu, 24 Jan 2019

Hangatkan penampilan anda dengan mencipta pelbagai gaya pemakaian skaf. Pasti menawan! 

 Momen menggayakan skaf wajib ada dalam ruangan Instagram kamu. Barulah tampil bergaya! 

Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019

Dijemput ke perkahwinan rakan? Guna batik untuk kelihatan elegan!

Cuba selongkar almari ibu untuk dapatkan kain batik klasik!

Oh Lawa Wed, 6 Feb 2019
Featured Wed, 4 Dec 2019

Solekan tampak semula jadi dengan Tinted Cover Nudestix

Tampil dengan 14 rona bedak asas cecair

Oh Lawa Mon, 20 Aug 2018

Majalah Vogue Sekat Pembabitan Model Bawah 18 Tahun Menghiasi Majalah Itu

Majalah fesyen paling berpengaruh di dunia, Vogue mengumumkan tiada lagi pembabitan model di bawah umur 18 tahun.

Featured Wed, 27 May 2020

Ekstrak buah-buahan tempatan untuk baja kulit

Bahan kaya antioksidan buat kulit tampak remaja

Oh Lawa Fri, 16 Nov 2018
error: Content is protected !!