Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 19, 2021 @ 6:54pm

2 Kali Lafaz, Haqiem Rusli Kini Bergelar Suami… Netizen Terpesona Lihat Kecantikan Isteri – “Umur 19 Tahun, Comelnya”

Dengan dua kali lafaz, penyanyi popular, Haqiem Rusli, 23, sah bergelar suami kepada ahli perniagaan, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19.

Merpati dua sejoli ini selamat bernikah di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya kira kira jam 3.40 petang.

Menjalinkan cinta sejak dua tahun lalu, pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Zamzuri Ruslan sambil disaksikan bapa pengantin perempuan, Wan Zamzuri Wan Muhammad.

“Saat yang saya tunggu selama ini untuk menghalalkan hubungan kami akhirnya menjadi nyata.

“Selepas mengumumkan berita nak menamatkan zaman bujang beberapa bulan lalu, saya bersyukur kerana keluarga dan peminat, Qiemilio memberikan sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya.

Dalam majlis serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Haqiem menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 selain wang hantaran bernilai RM100,000.

Bersyukur segalanya dipermudahkan, Haqiem berharap perjalanan mereka membina keluarga mendapat keberkatan.

“Alhamdulillah, saya gembira semuanya berjalan lancar dan kini saya sudah sah bergelar suami.

“Saya berharap perjalanan kami sebagai suami isteri dirahmati Allah dan saya akan menjalankan tugas sebagai ketua keluarga dengan penuh tanggungjawab,” katanya.

Sofea merupakan rakan kongsi Haqiem dalam menjalankan perniagaan restoran Santhai Village di Setapak dan sempena hari bahagia mereka, penyanyi ini melancarkan lagu Hitam Saksi Putih istimewa untuk isterinya.

Menerusi komen netizen di laman sosial Twitter, kejelitaan isteri Haqiem mencuri perhatian ramai.

Warganet juga mengambil peluang untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada Haqiem.

Kredit foto: Aqo Imran

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 19 Apr 2025

“Terus Murah Rezeki & Jadi Orang Baik, Fattah Amin” – Amira Othman

Amira Othman curi tumpan, kerap tinggalkan komen di posting Fattah Amin

Trending Wed, 18 Apr 2018

Betul Ke Fazura Mengandung? Ini Penjelasannya

Baru-baru ini, peminat-peminat Nur Fazura bersorak kegembiraan setelah melihat sebuah foto yang dimuat naik oleh artis itu di Instagramnya.

Trending Thu, 27 Jan 2022

Bekas Pemain Gitar Kumpulan Rock Popular Ditahan Ketika Lalok Di Studio Rakaman

Bekas pemain gitar kumpulan rock popular bersama adiknya ditahan dalam operasi dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ketika sedang ‘lalok’ di sebuah studio rakaman di Petaling Jaya, semalam. Kedua-dua individu berusia 46 dan 26 tahun itu […]

Featured Fri, 25 Jun 2021

Sering Terima Cadangan Perlanjutan Program i-Sinar & i-Lestari, Kerajaan Cuba Cari Penyelesaian – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz Tengku Abdul Aziz memberitahu kerajaan telah menerima pelbagai cadangan termasuk pelaksanaan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari. Menerusi laman Facebooknya, beliau menjelaskan telah mengambil kira pelbagai cadangan dan permintaan oleh […]

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

侧田331来马为演唱会造势

号外!号外!侧田将会提前来马为《Chapter Free》演唱会马来西亚站造势!让我们一起在演唱会前夕与他练习全体大合唱,感动全场!

error: Content is protected !!