Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops February 12, 2019 @ 9:00am

30 foto ini menunjukkan evolusi gaya rambut pelakon jelita Jennifer Aniston sejak 1990

Sejak Jennifer Aniston mencapai populariti menerusi lakonannya, peminat industri hiburan Barat tidak pernah jemu memperkatakan mengenai rambutnya yang sering tampak selembut sutera dan bersinar.

Gaya rambutnya mula mendapat perhatian ramai ketika pelakon jelita itu memainkan watak Rachel dalam siri komedi popular Friends.

Untuk musim kedua siri berkenaan, dia menggayakan potongan rambut yang menampilkan lapisan rambut paras bahu yang tidak sekata panjangnya.

Keunikan gaya rambut itu menjadi sangat ikonik pada waktu itu, sehingga masyarakat telah menggelarnya “The Rachel”!

Sejak itu, sebarang perubahan yang Jennifer lakukan terhadap gaya rambutnya adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh peminat.

Jadi jom kita lihat evolusi gaya rambut Jennifer dari dulu hingga kini.

1990

Foto: Getty Images

Jennifer baru sahaja mulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon. Dia menggayakan rambut semula jadinya yang lebat, beralun dan berwarna coklat gelap.

Foto: Barry King/Liaison/Getty Images

1992

Rambutnya diwarnakan supaya nampak lebih gelap dari sebelumnya.

Foto: Jim Smeal/WireImage

1994

Foto: Reisig & Taylor/NBC/NBCU Photo Bank via Getty Images

Kini dia memotong rambutnya paras bahu, menambahkan sedikit lagi alunan dan mencerahkan warnanya menjadi coklat terang.

1995

Foto: Art Zelin/Getty Images

Jennifer mula meletakkan highlight berwarna perang (blonde) pada rambutnya dan keriting.

Pada waktu inilah dia mula menggunakan khidmat penggaya rambut Chris McMillan yang mencipta gaya “The Rachel”.

Foto: NBC/NBCU Photo Bank via Getty Images

Potongan rambut ini telah menggemparkan pendandan rambut terutama pemilik salun di America Syarikat apabila ramai pelanggan yang inginkan potongan sama.

Potongan itu juga tersenarai sebagai “penampilan paling besar dalam budaya pop” pada tahun itu.

Menurut laporan, Jennifer menggemari potongan terbabit, tetapi pada masa yang sama dia akui sukar untuk dijaga.

1996

Foto: Paul Drinkwater/NBC/NBCU Photo Bank via Getty Images

Mulai musim ketiga siri Friends, gaya The Rachel sudah mula bertambah panjang dan tebal.

1997

Foto: KMazur/WireImage

The Rachel sudah tiada. Jennifer menggayakan alunan semula jadinya dan mencerahkan warna rambutnya.

Rambutnya yang panjang juga membolehkan Jennifer untuk mencuba pelbagai jenis potongan baharu seperti gaya elegan ini.

Foto: Evan Agostini/Liaison

Foto: Margaret Norton/NBC/NBCU Photo Bank via Getty Images

1998

Foto: Ron Galella Archive/Getty Images

Kali ini, Rachel mencuba gaya rambut yang nampak seolah-olah basah, dan menambahkan simpulan.

Dia juga ada mencuba ikatan bersahaja yang disertakan dengan pin berbentuk rama-rama.

Foto: Getty Images

1999

Jennifer mengetatkan lagi simpulan rambutnya dan menggabungkannya dengan ikatan lepas bagi lebihan rambutnya.

Foto: Getty Images

Selepas itu, Jennifer menambahkan ketebalan rambut panjangnya dengan menggunakan hair extension.

Foto: Barry King/WireImage

2000

Foto: Sam Levi/WireImage

Bagi penampilannya di SAG Awards, dia mengerintingkan sedikit rambutnya.

2001

Foto: Getty Images

Jennifer membuat perubahan 180 darjah dengan potongan bob yang lurus dan elegan.

Hujung tahun itu, rambutnya semakin panjang dan dicerahkan lagi.

Foto: Vince Bucci/Getty Images

2002

 

Foto: LEE CELANO/AFP/Getty Images

Dia memilih gaya rambut dengan dua warna, iaitu coklat gelap dari akar dan coklat yang lebih terang pada hujung rambut.

2003

Foto: Jean-Paul Aussenard/WireImage

Kali ini Jennifer menggunakan teknik ‘balayage’ yang mana gabungan dua warna rambut berbeza iaitu gelap dan terang tampak lebih semula jadi.

Pada waktu ini juga dia mula menggemari gaya yang ringkas dan klasik, seperti dalam gambar di bawah ini untuk Golden Globe Awards.

Foto: Dan MacMedan/WireImage

2004

Foto: Vinnie Zuffante/Getty Images

Dia mengekalkan gaya balayage, tetapi menambahkan lapisan (layer) dan memotong rambut hadapannya.

Apabila rambutnya mula panjang, dia satukan dengan rambut di belakang.

Foto: Sean Gallup/Getty Images

2005

Foto: Kevin Winter/Getty Images for GQ

Dia kembali ke rambut perang.

2008

Foto: James Devaney/WireImage

Rambutnya kini lebih cerah ala pasir dan lebih lurus dan panjang dari dahulu.

2010

Foto: Steve Granitz/WireImage

Kini dia sudah tetapkan kepanjangan rambutnya dan tambahkan lowlights. Lapisan rambutnya membingkaikan mukanya dengan cantik sekali.

2014

Foto: Kevin Mazur/PMA2014/WireImage

Rambutnya kini lebih gelap dan menggabungkan warna perang dan coklat.

2015

Foto: Michael Tran/FilmMagic

Terbaru, Jennifer menggayakan rambut perang keemasan dengan alunan lebat yang padan dengan kulitnya yang sedikit gelap.

Nampaknya, gaya rambut beralun keemasan pada paras bawah bahu ialah potongan yang paling sesuai. Anda suka potongan yang mana?

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 4 Jan 2019

Not All Flats Are Boring, Check Out These 15 Trendy Pairs For Your Fashion Inspo

These are expected to be trendy in 2019, so get your inspo here!

Oh Lawa Fri, 15 Jun 2018

Untuk Hasil OOTD Raya Yang Meletop! Memang Tak Sah Tanpa Bulu Mata Palsu

Melihat kanak-kanak comel atau teman yang berbulu mata lentik membuatkan hati terasa geram sehingga terdetik alangkah bestnya kalau kita juga dikurniakan kelebihan itu.

Yang selalu merasakan sebegini tentulah orang perempuan, kerana memiliki bulu mata tebal dan lentik menjadi impian setiap kaum hawa. Apatah lagi di zaman sekarang ini, ke pasar, ke pusat membeli-belah atau melepak dengan teman-teman pun wajib berbulu mata!

Featured Fri, 8 May 2020
Oh Lawa Tue, 30 Jan 2018

7 Cara Jaga Beg Tangan Dengan Betul

Aneka jenama beg tangan label tempatan sehingga antarabangsa, berharga puluhan ringgit sehingga puluhan ribu, wanita tidak dapat lari dari obsesi kepada aksesori terpenting ini.

Oh Lawa Wed, 27 Mar 2019

13 gaya peragaan menarik dan pelik di Minggu Fesyen Tokyo

Jepun memang dikenali dengan gaya luar biasa!

Oh Lawa Mon, 17 Feb 2020
Oh Lawa Fri, 31 May 2019
Featured Tue, 21 Apr 2020
Oh Lawa Tue, 22 Jan 2019

8 manfaat kulit buah manggis untuk kecantikan yang harus anda cuba! 

Sudahlah enak dimakan, baik untuk kulit pula tu! 

error: Content is protected !!