Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom November 6, 2018 @ 1:00pm

4 Tanda Wanita Mengalami Sakit Jantung Dan Ianya Tidak Sama Simptom Dialami Lelaki

Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai perkara yang ingin dirungkaikan ini.

Tahukah anda serangan jantung yang berlaku di kalangan wanita adalah lebih halus dan kurang dramatik?

Oleh kerana serangan jantung yang berlaku di kalangan wanita bersifat mild dan datang dalam pelbagai bentuk sehingga anda menyangkakan ia sakit biasa-biasa, justeru kesannya lebih berbahaya berbanding lelaki! Ia bagaikan silent killer!

Masyarakat umum sedia maklum, tanda biasa serangan jantung adalah rasa sakit yang menikam di dada. Tapi, bukan ini saja tanda sakit jantung yang berlaku kepada wanita!

Ketahui empat tanda ini dan sekiranya anda sering mengalami simptom-simptom ini, segeralah mendapatkan rawatan pakar.

1. Keletihan yang luar biasa

Kebanyakan ibu memang sibuk, jadi selalunya mereka akan rasa penat. Tapi, jika anda rasa penat dan letih yang luar biasa seperti ini, anda perlu segera berjumpa doktor.

  • Walaupun anda tak melakukan banyak kerja keras, anda mungkin akan merasakan penat yang berlebihan atau rasa dada anda “berat”. Mungkin selepas aktiviti mudah seperti mengemas katil atau berjalan ke tandas.
  • Anda penat tapi anda terjaga pada tengah malam.

Foto: The Sleep Doctor

2. Peluh sejuk, pernafasan pendek dan loya

Peningkatan usia, kurang bersenam dan berat badan naik boleh menyebabkan pernafasan pendek.

Namun, ia mungkin tanda sakit jantung jika anda rasa pernafasan anda pendek dengan/tanpa sakit dada, seperti anda berlari maraton walaupun anda tak bergerak.

Tanda-tandanya termasuk:

  • Peluh secara tiba-tiba atau tak cukup nafas tanpa melakukan apa-apa
  • Sukar bernafas secara berterusan dan semakin teruk bila melakukan kerja
  • Rasa sukar bernafas menjadi lebih teruk bila baring dan kurang apabila duduk
  • Peluh dan pernafasan kurang diikuti dengan simptom lain seperti sakit dada atau letih

Foto: Buoy Health

3. Sakit di merata bahagian tubuh

Tubuh badan manusia adalah satu sistem kompleks yang berhubung antara satu sama lain. Biasanya, jika satu kawasan bermasalah, ia boleh menyebabkan masalah pada bahagian badan yang lain.

Dalam hal ini, rasa sakit atau tak selesa pada satu atau kedua-dua tangan, belakang, leher, perut atau rahang mungkin petanda sakit jantung. Lebih-lebih lagi jika anda susah untuk tunjuk mana tempat yang sakit.

Foto: Premier Health

4. Sakit dada

Tanda yang paling jelas adalah rasa tak tak selesa seperti tekanan, diperah atau rasa penuh atau sakit di bahagian tengah dada. Ia mungkin berlanjutan selama beberapa minit dan kadang-kadang ia ada dan hilang.

Seperti lelaki, tanda serangan jantung pada wanita yang biasa adalah rasa tak selesa atau sakit dada.

Tapi wanita lebih cenderung untuk mengalami tanda-tanda lain dari lelaki. Lebih-lebih lagi pernafasan pendek, loya/muntah dan sakit belakang atau rahang.

Foto: hellosehat

3 perbezaan tanda sakit jantung pada wanita dari lelaki

Perbezaan serangan jantung pada wanita dan lelaki ditekankan oleh kajian dari Cedars-Sinai Medical Center di California. Menurut kajian, simptom yang unik kepada wanita adalah:

1. Wanita mengalami sakit jantung tanpa sumbat pada saluran darah

Menurut kajian, lebih 8% wanita ada parut pada jantung mereka walaupun tanpa sakit dada dengan tiada saluran darah tersumbat.

Lebih tiga dari 26 wanita tak pernah didiagnos dengan serangan jantung walaupun otot jantung mereka rosak.

2. Serangan jantung tanpa tekanan pada dada

“Walaupun lelaki dan wanita boleh mengalami tekanan pada dada dan merasakan seperti ada gajah yang duduk di dada mereka, wanita boleh mengalami serangan jantung tanpa tekanan pada dada,” kata Nieca Goldberg, MD, seorang pengarah perubatan.

3. Tekanan pada atas belakang badan

Ada juga beberapa kes wanita mengatakan mereka mengalami tekanan pada bahagian atas belakang badan seperti tali perlahan-lahan melilit badan.

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 17 Oct 2019

Badan tidak cukup kalsium? Ini cara mudah untuk tahu

Ketahui juga kadar ideal pengambilan kalsium

Featured Tue, 13 Aug 2019
Featured Sun, 19 Apr 2020

65 rakyat pulang dari luar negara dikesan positif COVID-19

Kluster baharu kes import dikesan di pintu masuk antarabangsa

Sihat Tue, 14 Aug 2018

Internet Untuk Remaja Malaysia Akan Dihadkan Dari Pukul 12 Ke 6 Pagi Setiap Hari?

Ini adalah untuk mencegah ketagihan terhadap kemudahan teknologi ini.

Sihat Wed, 30 Oct 2019

Kenapa perlu mandi air sejuk setiap pagi?

Sejuk tetapi banyak manfaatnya!

Sihat Tue, 23 Oct 2018
Featured Tue, 17 Dec 2019

95 peratus daripada penghidapnya adalah bayi yang baru lahir, ketahui penyakit ini!

Penyakit jantung kongenital dan apa ibu bapa perlu lakukan

Featured Mon, 18 Nov 2019

MiyoSmart daripada Hoya bantu kanak-kanak atasi rabun jauh

Pentingnya mata mendapat cukup rehat!

Sihat Mon, 16 Jul 2018
Featured Mon, 7 May 2018

4 Khasiat Epal Hijau Yang Anda Tidak Tahu Selama Ini

Anda mungkin tidak tahu buah epal hijau banyak khasiat yang sangat bagus untuk tubuh badan.

error: Content is protected !!