Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri May 10, 2018 @ 6:07am

5 Kebaikan Jika Anda Pilih Soul-Mate Sebagai Teman Hidup Anda

Pening mencari ‘Soulmate'(pasangan hidup)? Tidak semua orang melalui perkara yang sama dalam mencari pasangan hidup.

Ada yang bercinta bertahun-tahun tetapi bertemu jodoh dengan yang lain. Tapi ada juga yang baru berkenalan, tak tunggu lama terus disambar jadi peneman susah dan senang.

Belum masuk lagi bab kecewa disebabkan hantaran tinggi ditetapkan oleh keluarga. Maka berpisahlah dengan si eX dek kerana terlalu mahal untuk dipinang. Akhirnya bertemu pula dengan soul-Mate yang cukup menawan, juga pujaan hati ramai orang. Tanpa berlengah, terus dilamar.

Apabila difikirkan balik, samalah juga dalam memilih telefon pintar. Ada orang setia pada satu jenama, tetapi bila terjumpa model yang lain, ia terus jatuh hati dengan rekaannya, jatuh hati dengan prestasinya.

Jadi, sekiranya anda sedang mencari telefon untuk dijadikan sebagai “soul-Mate”, Huawei Mate 10 adalah jawapannya.

Kenapa?

Ini 5 sebab kenapa Huawei Mate 10 sesuai sebagai “pasangan hidup” anda.

1. Peranti berkuasa tinggi dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI)

Huawei nampak begitu komited dalam membawakan teknologi AI (NPU/ Neural Processing Unit) kepada pengguna dan ia boleh dibuktikan melalui Huawei Mate 10.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 970, syarikat pengeluar yang semakin meningkat naik itu lebih gemar memanggil Huawei Mate 10 sebagai “mesin pintar” dan bukannya telefon pintar.

Apa kebolehan NPU?

Salah satunya, membolehkan Kirin 970 mengenalpasti sejumlah 2005 imej dalam masa satu minit atau 33 imej persaat. Selain itu, ia menawarkan peningkatan kepada teknologi AI dan keupayaan telefon untuk mempelajari sesuatu tugasan.

Kebanyakkan fungsi dalam Huawei Mate 10 dibantu dengan teknologi AI dimana antaranya adalah sistem kamera, bateriserta fungsi Easy Projection.

Tak terhenti disitu, NPU turut dioptimumkan pada aplikasi pihak ketiga untuk mempercepatkan tugas pembelajaran mesin.

Sebagai contoh, apabila anda guna aplikasi penterjemah Microsoft, ia dapat menterjemah ayat dengan sangat pantas hasil dari teknologi itu. Bila buat kerja, kita mahukan kepantasan, betul?

Digandingkan dengan RAM 4GB, anda berupaya menggunakan aplikasi dengan lancar seperti membuka permainan dalam masa beberapa milisaat.

Ia meletakkan model ini sebaris dengan telefon flagship keluaran dari Samsung, Apple dan Google.

2. Teknologi AI menjadikan sistem kamera lebih “pintar”

Gabungan kamera 12MP (RGB) dan 20 MP (monokrom) mampu menghasilkan gambar yang cukup baik ketika berada dikawasan bercahaya rendah, lebih baik dari Huawei P10.

Hadir melengkapkan fungsi kamera ialah lensa aperture f/1.6 dan ia adalah lensa bukaan terbesar yang ada pada telefon pintar setakat ini. Peranti lain yang turut menggunapakai lensa ini adalah LG V30. Terima kasih dengan kepakaran Leicadalam membangunkan lensa berkuasa ini.

Apa lagi  perkara menarik tentang kamera Huawei Mate 10?

Teknologi AI sekali lagi muncul dalam memperkuat sistem kamera. Melaluinya, kamera dapat mengenal pasti objek dan mengubah tetapan yang sesuai secara automatik.

Apabila anda menghalakan kamera kearah kek, ikon makanan akan muncul dibawah kiri skrin dan tetapan akan diubah secara automatik supaya gambar yang dihasilkan sesuai dan menarik. Ok ini betul-betul pintar.

Menurut Huawei, setakat ini, kamera itu mampu mengenal pasti beberapa jenis latarbelakang atau objek seperti lanskap, matahari terbenam, hari hujan, kucing, teks dan beberapa yang lain.

Ia akan mempelajari dan mengenal objek lain dari masa ke masa menerusi kemaskini yang akan diberikan dikemudian hari.

Kamera selfie ada kesan bokeh?

Ya ada, ia mempunyai kesan bokeh tetapi tidak ada sokongan pengecaman objek dan latarbelakang seperti kamera utama.

Kesan bokeh mengaburkan latar belakang dan menawarkan sedikit fleksibiliti berbanding sistem pesaing yang lain apabila gambar diambil.  Kamera selfie menggunakan lensa 8MP.

Jom tengok sampel gambar yang diambil dengan Huawei Mate 10.

3. Skrin 5.9 inci tak cukup besar? Boleh jadikan Huawei Mate 10 seperti komputer

Dengan kehadiran fungsi Easy Projection, Huawei Mate 10 mampu disambungkan kepada paparan yang lebih besar supaya anda lebih mudah melakukan tugasan.

Tak perlu beli aksesori mahal-mahal, cukup hanya sambungan kabel dari port USB – C  ke HDMI, paparan lebih jelas sedia terpasang.

Bila sudah tersambung, anda boleh pilih dua jenis mod iaitu mod telefon pintar dan satu lagi mod komputer.

Menarik tentang mod komputer adalah antaramuka EMUI 8.0 versi komputer ini mirip seperti antaramuka Windows yang biasa. Jadi anda tidaklah berasa kekok untuk mengoperasikannya.

Anda boleh buka aplikasi Office untuk lakukan tugasan, boleh melayari aplikasi media sosial, sepertimana yang dilakukan pada komputer biasa. Sekali lagi terima kasih kepada teknologi AI Huawei.

Cara penggunaan terpulang kepada anda, boleh gunakan tetikus dan papan kekunci maya menerusi sentuhan pada telefon atau melalui tetikus dan papan kekunci fizikal yang disambung secara Bluetooth.

4. Bateri boleh tahan lebih dari satu hari dan lebih selamat.

Sebab lain Huawei Mate 10 menjadi idaman ramai adalah kuasa baterinya.

Dikuasakan dengan bateri 4000mAh yang dilengkapi dengan teknologi SuperCharge, pengecasan selama 20 minit mampu bertahan selama satu hari.

Penstriman video dengan kecerahan skrin pada 75% dilihat hanya mengurangkan kuasa bateri sekitar 10% hingga ke 12% perjam. Ia sesuatu yang menakjubkan bagi sebuah peranti sebesar ini.

Kepintaran teknologi NPU benar-benar melancarkan proses telefon yang mana ia sama sekali mengurangkan beban pengunaan terhadap bateri.

Paling penting sekali adalah teknologi pengecasan pantas ini adalah yang pertama diakui selamat oleh pensijilan TÜV Rheinland – melepasi 600 kali ujian pengecasan pantas, 1000 kali pengecasan normal, dibiarkan pada suhu sejuk -33’ darjah celcius sehinggalah ke suhu sepanas 55’ darjah celcius.

Tak payah lagi risau pasal bateri meletup.

5. Harga yang mampu dipinang

Lagi satu sebab mengapa Huawei Mate 10 adalah soul-Mate anda adalah kerana ia telefon flagship dengan harga yang berpatutan.

Dijual di pasaran tempatan pada nilai RM 2699, ia cukup murah jika dibandingkan dengan Galaxy S8 pada harga RM3299 atau iPhone X yang berharga RM5199.

Kalau ada duit lebih, boleh beli dua Huawei Mate 10 terus. Lebih elok daripada dibazirkan pada satu telefon pintar yang setara prestasinya.

Berbaloi ke beli Huawei Mate 10?

Berbaloi kerana anda boleh dapat cip pemprosesan berkuasa tinggi dengan kebolehan AI, kuasa bateri tahan lama, kualiti kamera yang baik, lebih-lebih lagi pada low-light dan kesan bokeh.

Tak lupa juga Huawei masih kekalkan bicu audio 3.5 mm dan sokongan slot kad MikroSD sehingga 256GB dan dwi sim nano. Sistem pengimbas cap jari turut diakui lebih pantas dari sistem FaceID.

Anda mahu apa lagi?

Kalau diumpamakan seperti jodoh, bukankah Huawei Mate 10 soul-Mate idaman anda? Lupakanlah eX yang hantarannya terlalu mahal, sudahlah dahi berlekuk.

Tunggu apa lagi, pinanglah Huawei Mate 10 dan sertai keluarga besar Huawei.

Ok, anda berminat nak beli Huawei Mate 10? Boleh layari Vmall (klik sini) untuk pembelian secara dalam talian ataupun anda boleh kunjungi pengedar sah Huawei di seluruh negara.

Masih ragu-ragu? Jom kenali lebih dekat Huawei Mate 10 menerusi video dibawah. Tak kenal, maka tak cinta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 23 May 2018

Apple Tawar Kredit RM227.68 Untuk Penukaran Bateri Peranti iPhone 6

Apple Tawar Kredit RM227.68 Untuk Penukaran Bateri Peranti iPhone 6 & Ke Atas Yang Sudah Tiada Waranti

Automobile Thu, 5 Apr 2018

马来西亚Galaxy Note 8用户可以吃上Oreo啦!

随着Samsung Galaxy S8 与 S8+ 都抢先收到了 Android 8 的更新,许多人也开始期待自己手上的 Galaxy 手机也能得到这个最新的 Android 系统更新。

TECH Sat, 8 Sep 2018

6 Tips Membuat Google Chrome Lebih Mudah

Maklumat yang sangat bagus untuk di ketahui

TECH Thu, 7 Nov 2019

Cara Memasang Mod Gelap Pada WhatsApp Web

WhatsApp belum lagi mengeluarkan mana-mana mod gelap terbina rasmi sama ada untuk platform Android, iOS, mahupun WhatsApp Web. Ura-ura mengatakan WhatsApp sedang menguji mod gelap ini pada peranti iOS. Namun untuk peranti Android, tiada berita berkenaan platform […]

Automobile Mon, 6 Aug 2018

驾驶小知识:如何正确手握方向盘?

如果说轮胎是汽车与地面接触的唯一媒介体,那方向盘(Steering Wheel)可算是唯一和掌控汽车的驾驶者接触的媒介体了。

TECH Tue, 3 Jul 2018

Versi Ketiga Beta Android P Sedia Untuk Diuji

Seperti yang kami nyatakan dalam kiriman sebelum ini, Google dijangka akan melancarkan edisi terbaru bagi sistem operasi yang dibangunkan oleh mereka iaitu Android P pada suku ketiga tahun ini. Perkara ini dilihat semakin hampir menjadi kenyataan apabila Google telah […]

TECH Mon, 9 Jul 2018

如何判断高收入人群?经济学家:看他有没有「iPhone」

芝加哥大学的经济学家日前发布新论文!研究人员发现,根据2016年的数据显示,除了苹果的iPhone之外,没有其他能代表「高收入」的品牌。

Automobile Wed, 2 Jan 2019

Petrol Pump 跳枪再强灌?小心伤车又伤荷包!

补枪没问题,但 Petrol Pump 跳枪以后还再多次补枪到装不下就不太好了!

TECH Wed, 14 Mar 2018

Ketahui Apa Itu AP Set, Recond Set Dan Original Set?

Setiap kali apabila kita mahu membeli handphone baru pasti kita akan ditawarkan dengan 3 terma ini, iaitu AP, Ori dan Recond. Namun begitu, adakah anda tahu apa disebalik ketiga-tiga terma ini?

TECH Wed, 18 Jul 2018

Western Digital Menutup Kilang Petaling Jaya Mereka Bermula Hujung Tahun 2019

Western Digital (WD) akan menutup operasi kilang mereka di Petaling Jaya pada penghujung tahun 2019. WD yang terkenal dengan produk cakera keras telah memulakan operasi di Malaysia pada tahun 1973. HGST Technologies Malaysia yang dimiliki […]

error: Content is protected !!