Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin August 25, 2018 @ 12:00pm

5 Kegunaan Kulit Timun Yang Patut Anda Tahu

Seperti yang kita ketahui, timun mempunyai khasiat untuk menyejukkan tubuh dan khasiat lainnya. Tapi, pernahkah anda terfikir bahawa kulit timun juga memberi banyak manfaat?

Kulit timun sebenarnya mengandungi serat tinggi yang berupaya membantu memulihkan masalah sembelit serta mengelakkan tubuh daripada diserang kanser kolon (barah usus besar).

Bukan itu sahaja, kulit timun juga mengandungi vitamin K, anti-oksidan, potassium serta berkalori rendah. Bagi anda yang suka makan timun tapi tidak suka makan kulitnya, anda rugi ya!

Hijab & Heels nak kongsikan kegunaan lain kulit timun yang memberi manfaat untuk anda. Jom kita semak!

1. Buat jus timun lebih berkhasiat

Foto: UtaraNews

Kalau sebelum ini anda pernah buat jus timun dengan mengambil isinya sahaja, anda silap! Ini kerana, kulit timun juga berkhasiat dan akan menjadikan jus anda bertambah sedap.

Kalau anda tak nak guna banyak kulit timun, anda boleh sahaja hiris sedikit kulit timun tersebut. Yang pasti anda perlu basuh bersih terlebih dahulu timun sebelum menghiris dan mengupasnya.

2. Halang semut berkerumun di rumah

Foto: SirapLimau

Pasti anda rasa pelik kan? Sebenarnya, kandungan alkanoid dalam kulit timun berkesan untuk menjadi racun penghindar semut. Anda boleh sapukan bahagian dalam kulit timun di kawasan laluan semut. Lakukannya beberapa kali dalam sehari.

3. Cantikan kulit wajah

Foto: Cantik Alamiah

Timun juga mengandungi bahan astringen yang mampu membersihkan wajah sehingga ke bahagian dalam selain melicinkan permukaan kulit yang kasar. Caranya anda perlu lakukan dengan mengupas kulit timun dan kisar dengan tambahkan sedikit air sehingga hancur.

Kemudian, tambahkan satu sudu besar jus lemon, serta putih telur dan kisar sehingga sebati. Sapukan pada seluruh wajah dan biarkan selama 15 minit sebelum bilas dengan air sejuk.

4. Kilatkan cermin

Foto: Wanista

Jangan tak percaya bahawa timun juga boleh menghilangkan kekotoran dan tompok air pada cermin di bilik air anda. Anda hanya gosokkan bahagian dalam kulit timun pada keseluruhan permukaan cermin tersebut. Hasilnya cermin berkilat dan bersih!

5. Pulihkan mata yang sembab

Foto: Merdeka

Kalau anda mengalami masalah mata sembab kerana menghadap komputer di pejabat terlalu lama, anda boleh rehatkan mata anda dengan menggunakan kulit timun.

Caranya ialah, tempelkan bahagian dalam kulit timun pada keseluruhan kawasan mata. Kesejukan kulit timun akan mengurangkan kemerahan anak mata dan kesembapan mata.

Selamat mencuba!

Sumber: Wanista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Nov 2018

Ketahui Logo Halal Dari Seluruh Dunia Yang Diiktiraf Jakim

Teliti dahulu logo halal sebelum membeli!

Featured Fri, 15 May 2020

Denda RM1,000 atau 6 bulan penjara jika ingkar PKPB

Orang ramai diminta patuh arahan, elak dipenjara

Featured Wed, 7 Dec 2022

Doa Dikurniakan Jodoh Di Jabal Rahmah, Liya Maisarah Idamkan Lelaki Soleh

Pempengaruh terkenal, Liya Maisarah tular di media sosial setelah memuat naik hantaran di TikTok dirinya sedang menunaikan ibadah Umrah. @liyamysarah.dsiJabal Rahmah, Bukit kasih sayang 🤍 Tempat Nabi Adam & isterinya Hawa bertemu kembali selepas ratusan […]

Gaya Hidup Sun, 30 Sep 2018

Video Ini Kongsi Tentang 4 Cara Yang Betul Untuk Masak Ikan Salmon

Kalau salah teknik memasak, boleh hancur ikan salmon!

Gaya Hidup Wed, 23 Jan 2019

Pelukis ini menggunakan cawan Starbucks untuk menghasilkan seni kartun menarik!

Bintangnya ialah watak duyung yang sinonim dengan jenama kedai kopi ini.

Featured Mon, 1 Jun 2020
Featured Fri, 22 May 2020

Rakyat dilarang bermalam ketika ziarah Aidilfitri

Melaka catat jumlah tertinggi rentas negeri

Featured Wed, 17 Jul 2019
Gaya Hidup Sun, 13 Jan 2019
error: Content is protected !!