Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops July 15, 2019 @ 2:00pm

5 langkah didik anak untuk berhijab

Bagi wanita yang berhijab, pastinya anda ingin anak anda turut sama menutup aurat. Tetapi persoalannya, bilakah masa paling sesuai untuk memperkenalkan rutin ini kepada anak anda?

Ada sesetengah kanak-kanak, kecil-kecil lagi sudah bertudung. Memang comel! Ada juga kanak-kanak yang mula memakai tudung atau hijab ketika memulakan zaman persekolahan mereka. Jadi yang manakah yang betul?

Ada orang berkata, kanak-kanak kecil belum faham lagi erti dan kepentingan menutup aurat.

Oleh sebab itu, anda sebenarnya boleh menentukan sendiri bilakah umur yang sesuai untuk anak anda mula memakai hijab. Sebaik-baiknya apabila anak anda sudah memahami perbezaan baik dan buruk, kerana ketika itu dia akan lebih bersedia dan memakai tudung dengan betul.

Perkara yang lebih penting dan mencabar adalah cara untuk anda memperkenalkan pemakaian hijab kepada si kecil.

Paling penting, anda tidak seharusnya memaksa atau menggunakan kekerasan jika dia enggan memakai hijab. Dia mungkin akan rasa terbeban dan mungkin akan terus mengelak. 

Di bawah ini adalah lima langkah yang anda juga perlu ikuti supaya anak anda dapat membiasakan diri dengan berhijab berdasarkan theasianparent.

1. Tunjukkan contoh teladan

Sebagai ibu bapa, anda ialah contoh terbaik bagi anak kerana dia sentiasa memerhatikan tingkah laku anda. Apa sahaja yang anda buat, dia mungkin akan ikut.

Sehubungan itu, jika dia melihat anda berpakaian sopan dan menutup aurat, besar kemungkinan dia juga ingin berpakaian serupa.

Isyarat visual (visual cue) mampu mempengaruhi otak semua spesies termasuk manusia. Maksudnya sebarang idea yang dilihat akan mudah tertanam di dalam minda mereka, lebih-lebih lagi membabitkan anak kecil yang mudah dilentur.

Foto: Instagram Datuk Siti Nurhaliza

2. Banyak bersabar

Mendidik anak memang mencabar kerana bukan semua anak kecil akan menerima ajaran anda dengan hati yang terbuka.

Ibu bapa perlu bersabar setiap kali ingin mengajar anak mereka sesuatu yang baru dan lakukannya selangkah demi selangkah. Dengan ini, si kecil akan betul-betul memahami kepentingannya.

Samalah juga dengan pengenalan hijab. Ambil masa anda hingga si kecil berasa cukup seronok dan dia sendiri yang memilih untuk memakai hijab.

3. Sirami anak dengan pujian

Berikan kata-kata perangsang bagi membantu anak anda lebih berminat untuk bertudung. Katakan yang dia kelihatan cantik, comel dan berseri-seri. Barulah dia lebih bersemangat!

Pada masa yang sama, anda perlu sentiasa mengingatkan dia mengenai hikmah di sebalik pemakaian hijab. Bukannya untuk tampak cantik sahaja!

Foto: Instagram Datuk Siti Nurhaliza

4. Beli tudung yang anak suka

Anda juga perlu menyediakan pilihan tudung yang cukup menarik bagi meningkatkan minat si kecil terhadap pemakaian tudung

Sebagai seorang wanita, anda pasti suka melihat tudung-tudung yang ada dijual di pasaran. Pelbagai rekaan ada!

Samalah juga dengan kanak-kanak. Mereka juga ada cita rasa masing-masing, justeru beli tudung yang dia suka dan rasa selesa ketika memakainya supaya dapat memberi dorongan bagi si kecil untuk terus memakai hijab.

5. Sentuh emosi anak

Tidak seperti orang dewasa, hati kanak-kanak lebih mudah tersentuh. Kanak-kanak juga akan memberi tindak balas lebih terhadap emosi daripada kata-kata.

Ambil peluang ini untuk selami hati anak dan kuatkan idea pemakaian hijab dalam dirinya. Ada kemungkinan yang anak anda berasa terbeban apabila disuruh memakai hijab, selain mungkin juga dia diejek oleh rakan sebaya.

Tanya apa perasaannya ketika memakai tudung dan jelaskan kepadanya mengenai kepentingan menutup aurat.

Semoga berjaya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Apr 2026

“Duit Hanyalah Alat, Tiada Nilai Langsung Di Sisi Dia” – Alif Satar Kongsi Pesanan Penuh Makna

Alif Satar berkongsi pesanan penuh makna apabila mengingatkan bahawa mengenai nilai sebenar harta dan kehidupan, yang mencetuskan pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Featured Fri, 30 Sep 2022
Featured Fri, 23 Jul 2021

Tarikh Pembayaran i-Citra Bermula 2 Ogos Ini

Bayaran i-CITRA akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 ini. Pengumuman itu dibuat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam ciapan terbaharunya hari ini. Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan mengambil masa 1 sehingga […]

Featured Wed, 12 Apr 2023

[VIDEO] Dihentam ‘Vaping’ Depan Khalayak Ramai, Peminat Tampil Back Up Mierul Aiman… Dedah Bukti Keadaan Sebenar

Salah faham je ni koranggg… Takkan Mierul nak vape depan orang ramai kannn

Featured Wed, 28 Dec 2022

Kongsi Ilmu & Nasihat, Warganet Beri Penghargaan Kepada Hana Ismail – “Memang Tengah Nangis Ni, Terima Kasih…”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengacara Hana Ismail yang memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada pengikut di laman TikTok miliknya, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Hana memberi semangat kepada mereka yang sedang berada […]

Featured Thu, 16 Apr 2026

Aliff Syukri Hulur Gaji Puluhan Ribu Buat Norish Karman & Anak-Anak – “Mereka Bukan Meminta-Minta Tetapi Bekerja”

Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi memberikan sumbangan berupa wang tunai dan gaji puluhan ribu ringgit kepada pelakon, Norish Karman dan anak-anaknya.

error: Content is protected !!