Euforia Bola 2026
TECH By: Rosli Ab Rahman November 28, 2018 @ 11:04am

5 Pelayar Internet Terbaik Bagi Peranti Mudah Alih 2018

Browser atau pelayar internet yang pantas dan lancar untuk peranti mudah alihmungkin mudah didapati pada hari ini, namun fungsi-fungsi tambahannya akan membezakan sebuah pelayar dengan pelayar yang lain.

Berikutan itu, mungkin agak sukar untuk kita memilih pelayar manakah yang paling sesuai dengan citarasa masing-masing. Oleh sebab itu, kali ini kami akan bantu anda dengan menyenaraikan lima pelayar terbaik untuk peranti mudah alih pada tahun 2018.

1. Dolphin Browser 

Pelayar ini boleh dikatakan sebagai antara pelayar yang mempunyai paling banyak fungsi. Bukan sahaja dilengkapi dengan penghalang iklan terbina, sokongan flash dan tema menarik, malah ia juga menyokong fungsi kawalan isyarat tangan.

Sebagai contoh, anda boleh menetapkan isyarat dengan huruf F untuk Facebook. Selepas itu, anda hanya perlu membuat isyarat berbentuk huruf F dan pelayarini akan terus membuka laman Facebook untuk anda.

Muat Turun: Android,  iOS

2. Brave Browser

Brave Browser merupakan salah satu pelayar kegemaran saya. Ia boleh menghalang kuki pihak ketiga, skrip serta mempunyai ciri keselamatan yang agak baik.

Pelayar ini juga mempunyai salah satu penghalang iklan yang paling efektif pada pendapat saya. Laman sesawang sering meminta anda untuk menyah-aktifkan penghalang iklan? Jangan risau, ia tidak akan berlaku jika anda menggunakan pelayar ini.

Muat Turun: Android ,  iOS

3. Kiwi Browser

Kiwi Browser ini merupakan pelayar berasaskan Chromium dan Webkit, maka sekali pandang ia sering tak ubah seperti antaramuka yang ada pada Google Chrome.

Apa yang bagusnya pelayar ini, ia mampu menghalang tetingkap popups dengan sangat baik. Selain itu, mod malamnya juga tidak terlalu gelap dan selesa untuk digunakan bagi membaca artikel.

Muat Turun: Android

4. Samsung Internet Browser

Mungkin ada yang mempersoalkan pelayar ini, namun percayalah, pelayar dari Samsung ini sudah banyak penambaikan berbanding sebelum ini.

Ia lebih ringan, pantas, serta mempunyai pelbagai extension penghalang iklan untuk digunakan oleh pengguna. Malah ia juga mempunyai mod malam, tidak seperti Google Chrome.

Muat Turun: Android

5. Mozilla Firefox

Tahun 2018 adalah merupakan tahun kebangkitan semula bagi Mozilla Firefox. Dengan antaramuka yang lebih ringkas dan penggunaan yang lebih pantas, pelayar ini dengan mudah menjadi antara pilihan pengguna.

Tidak dinafikan ia masih lagi terdapat beberapa kekurangan namun ia layak memasuki senarai ini. Antara alasannya ialah ia melindungi privasi anda serta enjin pencariannya juga lebih pantas dan pintar.

Muat Turun: Android,  iOS

Harus diingatkan bahawa senarai ini tidak menurut sebarang urutan dan semua pelayar yang tersenarai adalah pelayar percuma sahaja.

Diharapkan melalui penyenaraian ini, ia dapat membantu anda untuk memilih aplikasi pelayar terbaik untuk kegunaan anda, selain Google Chrome.

 

Sumber: Wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 16 Feb 2019

Cara Mengatasi Masalah Muat Turun Tergendala Pada Playstore

Adakah anda pernah memuat turun sesuatu aplkasi di Apps Store tetapi tidak dapat memuat turun sepenuhnya? Ketahui cara-cara mengatasinya disini.

TECH Sun, 15 Jul 2018

WhatsApp Uji Fungsi “Mark as Read” dan “Mute” Pada Ruang Notifikasi

Pada tahun ini WhatsApp sudah dikemaskini dengan sejumlah ciri baru untuk menjadikannya sebagai aplikasi pemesejan paling popular. Sedikit demi sedikit ciri diperkenalkan dan melalui versi beta yang terbaru, fungsi “Mark as Read” dan “Mute” boleh […]

Automobile Sat, 24 Nov 2018

长途开车保持好EQ!

学校假期了,开长途车也要有「长途」的好心情!开车前提醒自己六件事,开车好EQ,确保家人平安。

TECH Fri, 10 Jan 2020
Automobile Thu, 19 Apr 2018

OPPO F7「6.2寸全面屏+智能美颜2.0」售价RM1399!

自拍专家与潮流先锋的OPPO F系列手机,今日再添新成员,正式发布:OPPO F7!

TECH Wed, 26 Dec 2018

Lupa Kat Mana Letak Fon? Guna Cara Ni!

Sering tidak jumpa dimana anda letak telefon anda? Anda boleh cuba cara ini.

TECH Fri, 27 Jul 2018

Jepun Perkenal Sistem Bagi Elakkan Pekerja Tidur Semasa Bekerja

Jepun memang terkenal dengan kemajuan teknologi yang dihasilkan dan digunakan di negara mereka. Walaubagaimanapun, mereka juga muncul sebagai negara yang mempunyai pekerja yang paling kurang waktu rehat di dunia. Menurut kajian, purata pekerja di negara […]

TECH Thu, 4 Oct 2018

Cara Mengaktifkan Ambient Display di Semua Telefon Pintar

Dalam aplikasi AcDisplay terdapat juga ciri Mod Aktif di mana skrin akan dihidupkan jika telefon pintar dikeluarkan dari poket luar.

Automobile Sun, 29 Apr 2018

4 Aplikasi Edit Gambar Yang Selalu Digunakan Artis Kpop!

Ini lah rahsia di sebalik gambar yang cantik macam artis kpop korang!

TECH Mon, 4 Dec 2017

Tips Bagaimana Menambah Baik Penerimaan Isyarat Pada Peranti Mudah Alih

Kita sering mengalami masalah “signal” yang lemah pada peranti pintar sememangnya tidak asing lagi, terutamanya ketika berada berjauhan dengan antena penghantar isyarat.

error: Content is protected !!