Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops October 18, 2018 @ 12:00pm

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Jadikan Air Kosong Minuman Utama Anda

Ia bukanlah satu misteri lagi bahawa air kosong mempunyai banyak manfaat. Dengan harga yang lebih murah berbanding air lain yang bergula, ia sememangnya harus menjadi minuman utama bagi setiap orang.

Ingin tahu mengapa anda perlu menjadikan air kosong minuman utama anda? Baca selanjutnya.

1. Membantu mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan

Foto: runningmagazine.ca

60% daripada badan manusia terdiri daripada air. Ia memainkan pelbagai peranan termasuk membantu penghadaman, penyerapan nutrisi, peredaran darah, penghasilan air liur dan mengawal suhu badan.

Apabila badan anda mengalami kekurangan air, otak akan menghantar isyarat haus. Jika terlebih pula, air tersebut dibuang melalui air kencing, peluh dan pernafasan.

Tanpa air yang mencukupi, fungsi badan anda secara amnya boleh terganggu. Ini membuatkan anda kurang cergas dan aktif serta tidak boleh memaksimakan tenaga sepanjang hari.

2. Mengawal kalori

Foto: Cortech.News

Tahukah anda berapa bilangan kalori bagi segelas air kosong? Jawapannya adalah kosong. Sebanyak mana pun gelas yang anda ambil, kalori yang anda ambil tetap kosong.

Apa yang menariknya adalah apabila anda banyak minum, ia akan memberikan rasa kenyang tanpa menambah pengambilan kalori. Bahkan ia membantu anda mengurangkan pengambilan kalori daripada sumber yang lain.

3. Memberikan otot yang sihat

Sel-sel otot yang tidak mengandungi kandungan air yang mencukupi akan mengecut. Ia membuatkan otot lebih cepat letih seterusnya menganggu fungsi serta prestasinya.

Oleh sebab itu, anda perlu mengambil air yang cukup semasa melakukan aktiviti fizikal untuk memastikan kecergasan otot kekal pada tahap maksimum.

4. Kulit anda kelihatan lebih segar

Foto: NewBeauty

Kulit anda mengandungi banyak air. Ia memberikan kesegaran dan membuatkan kulit anda kelihatan muda. Namun, jangan harapkan segala kedutan pada kulit anda akan hilang serta merta selepas minum 5 botol air. Anda juga boleh gunakan pelembap untuk mengekalkan air pada kulit.

5. Membantu buah pinggang membuang toksin

Bahan toksin dibuang daripada badan melalui beberapa cara. Antaranya adalah oleh buah pinggang melalui air kencing. Cecair badan yang mencukupi membantu buah pinggang membuang toksin dengan lebih efisyen.

Foto: Mavcure

Bila air kencing anda berwarna cerah dan tidak berbau, ia adalah petanda anda mendapatkan air yang cukup. Sebaliknya jika kurang, air kencing akan berwarna lebih gelap dan berbau. Pengambilan air yang kurang juga mendedahkan anda kepada pembentukan batu karang di dalam buah pinggang. 

Jadikan air kosong sebagai tabiat anda hari ini!

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 5 Mar 2020

Nak gigi anak cantik, ini rutin penjagaannya

Rajin-rajin gosok gigi anak

Sihat Thu, 11 Apr 2019

Kenali komplikasi dialami si manja melalui warna najis ini!

Nombor 8, petanda bayi anda mengalami masalah pundi hempedu atau hati.

Sihat Tue, 1 Oct 2019

Pulmonary Hipertension ancam kehidupan wanita, awas!

Pulmonary Hipertension menyerang tanpa mengira usia

Sihat Thu, 12 Sep 2019

Bukan fizikal sahaja perlukan keregangan, mata juga perlu bersenam!

Teknik senaman ini boleh meningkatkan tahap kecergasan mata

Featured Sat, 28 Mar 2020

3 punca kematian akibat COVID-19

Jumlah kematian 26 kes

Sihat Fri, 21 Sep 2018

Rasa Lenguh Setelah Duduk Di Meja Pejabat Berjam-Jam? Amalkan 11 Senaman Regangan Ini

Tak perlu bangun, ketika duduk pun anda boleh bersenam.

Featured Tue, 1 Jan 2019

Tidur Cukup 8 Jam Tapi Masih Rasa Mengantuk, Apa Yang Tak Kena?

Rasa mengantuk yang tak berkesudahan bererti ada sesuatu yang mengganggu fikiran anda!

Sihat Fri, 24 May 2019

Tak rasa lapar walaupun saat berbuka, ini rahsia Yasmin Hani kekal bertenaga dan aktif

Panduan Yasmin Hani ini amatlah sesuai bagi mereka yang hendak berdiet!

Sihat Tue, 15 Oct 2019

Adakah normal bagi sesetengah orang berpeluh ketika tidur?

Ketahui punca bagaimana boleh terjadi!

error: Content is protected !!