Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal October 18, 2019 @ 3:22pm

5 Tips Keselamatan Untuk ‘Rider’ Selamat Sampai Ke Destinasi

Mereka yang membuat penghantaran makanan akan mengalami kesukaran untuk membuat penghantaran sepanjang musim hujan. Jadi, ini tip yang boleh anda guna ketika berhadapan situasi diatas. Tips ini sesuai juga untuk penunggang motosikal yang ulang-alik pergi kerja.

1. Pilih pakaian yang sesuai

Paling utama, pakaian anda perlu sesuai. Disebabkan sekarang musim tengkujuh sedang melanda, rider jalan raya perlu menyediakan baju hujan dan memakainya setiap kali perlu menunggang motosikal. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan!

Selain itu, pakaian yang dipakai perlu dipilih daripada material poliester atau sintetik agar ia lebih cepat kering jika terkena air. Sebaliknya, cuba elak dari mengenakan baju cotton kerana bukan sahaja ia lambat kering, malahan juga susah untuk dicuci jika terkena kotoran jalan raya.

2. Penggunaan helmet yang cerah

Pakaian juga harus berwarna cerah bagi memudahkan orang lain melihat anda. Begitu juga dengan helmet. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ada helmet yang direka khas untuk ditunggang pada waktu tertentu seperti waktu malam dan hujan.

Helmet jenis ini sangat sesuai dipakai pada musim terkujuh kerana ia mempunyai ciri khas seperti mempunyai pelekat pemantul cahaya (reflektor).

Nota tambahan: Jangan sangkut helmet terbalik bawah tempat duduk motosikal jika tidak mahu ia menjadi singki, ya?

3. Penggunaan sarung tangan & kasut

Sebagai penunggang motosikal terutamanya seorang rider, penggunaan sarung tangan penting apabila berhadapan dengan cuaca buruk. Ia bagi memastikan apabila tangan anda tergelincir dari throttle tidak akan membahayakan anda. Selain itu, ia juga patut digunakan untuk mengelakkan jari mengecut.

Manakala, pemakaian kasut juga penting bagi mengelakkan kaki anda terluka terkena serpihan batu atau pasir dijalan raya. Kalau mahu lebih selamat, mungkin anda boleh cuba kasut Phua Chu Kang.

4. Sentiasa pasang lampu 

Jika tidak memasang lampu semasa sedang menunggang motosikal, ia adalah kesalahan mandatori. Jadi, tidak ada alasan untuk anda tidak menggunakan lampu ketika hujan.Namun begitu, jangan pula anda pasang high beam atau signal pula ya. Takut ia akan mengelirukan pengguna jalan raya lain pula nanti.

5. Elak lopak air

Lopak air akan menyebabkan cengkaman tayar menjadi kurang lekat. Selain itu, lopak air yang dalam akibat jalan berlubang mungkin akan mengakibatkan anda terjatuh daripada motosikal. Jadi, cuba elak lopak air selagi boleh. Namun, jangan pula anda menunggang terhuyung hayang macam orang mabuk semata nak mengelak lubang, pula!

Perlahan dan cermat. Apabila tiba di simpang, sila perlahankan motosikal dan tukar ke gear yang lebih rendah terutamanya jika membelok. Tetapi, jangan tarik brek secara mengejut pula. Ia akan membahayakan diri anda.

Jadi, jangan sesekali bawa terlalu laju dan memotong kenderaan di hadapan secara membabi-buta. Dengan keadaan jalan raya yang licin ia akan lebih berisiko untuk berlaku kemalangan. Jika terlalu lebat sehingga penglihatan terhad, berhenti seketika di tempat yang disediakan.

Kesimpulannya, sebagai seorang rider sebelum memulakan perjalan kita harus mempersiapkan diri untuk menempuh sebarang kemungkinan yang berlaku diatas jalan terutamanya ketika musim tengkujuh kini.

Sumber: blibli.com hellodoktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Tue, 13 Feb 2018

IDA SURAYA CIPTA SEJARAH DUNIA FESYEN

Sebagai Ahli Lembaga Penasihat, usahawan berusia 46 tahun itu akan menjadi juri untuk semua pertandingan dan anugerah selain bertanggungjawab merangka pembangunan perniagaan fesyen di dunia merentasi Dubai hingga ke kota fesyen di Paris, Perancis.

LIFESTYLE Wed, 18 Jul 2018

羡慕朋友狂吃不运动还是瘦?「吃不胖体质」9成身体都有问题

许多人生活周遭都会出现一种人,就是跟朋友聚餐狂吃夜夜笙歌,却怎样都还吃不胖;但其实真相却可能没这么简单,「吃都吃不胖」的人未必把好处占尽,专家解释可能会……

LIFESTYLE Wed, 23 May 2018

「世界最长城市溜索开幕」边溜边欣赏伦敦

你可能没想过,原来现在世界许多大城都流行起「城市溜索」的玩法,现在世界上最快、最长的溜索出现在伦敦南部的大主教公园,溜索总长225公尺,时速可达80公里,不仅有点挑战性,更提供了城市的新体验。

LIFESTYLE Tue, 10 Apr 2018

Kutu Di Kucing , Ini Cara Hilangkannya

Macam tak percaya yang sabun pencuci pinggan GLO dapat membantu dalam tips kali ini

Fab Foodies! Thu, 3 Oct 2019

Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian #Biarbetuliklanni!

Pengguna perlu berwaspada apabila membuat pembelian ubat dalam talian

Events Fri, 29 Dec 2017
LIFESTYLE Wed, 6 Nov 2019

Biji Cili Boleh Jadi Punca Sakit Apendiks?

Pemakanan sama sekali bukan punca sakit apendiks

Fab Foodies! Fri, 19 Apr 2019

减肥也能吃花生酱!研究:适量摄取能降血脂、防乳癌

大人小孩都爱花生酱,虽然好吃但热量和脂肪都相当高,但除了以上印象外,花生酱还含有许多促进健康的营养成份……

LIFESTYLE Sun, 14 Apr 2019

「鬼仔巷」成吉隆坡茨厂街崭新景点

「鬼仔巷」成为吉隆坡茨厂街崭新景点!翻新美化具有历史意义的黄金地段,为商家创造无限商机。

Fab Foodies! Mon, 22 Apr 2019

The Nasi Lemak Fiesta is BACK in IKEA Malaysia for a Limited Time Only!

It’s for a super limited amount of time so don’t miss out.

error: Content is protected !!