Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Nabihah March 29, 2023 @ 6:39pm

6 Produk Corvan Ni Korang Wajib Ada Untuk Raya Lebih Bergaya!

Photo credits: @_sarahmohdshah (Corvan Spot Cleaner S6) & @its.shareenaz (Corvan K18 Pro)

Selesai berpuasa di bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri pula yang disambut. Banyak persiapan perlu dibuat. Kena beli baju raya, pasang langsir baru, sediakan kuih raya dan banyak lagi. Mesti busy punya la.

Sebelum hias rumah untuk raya, kena la bersihkan dulu setiap sudut yang berhabuk tu. Kebersihan ni penting sebab waktu raya la tetamu akan datang berkunjung. Rumah kena bersih dan selesa, baru la mood raya tu ada.

Membersih memang penat dan perlukan banyak tenaga. Tapi kalau anda ada barang yang kami senaraikan kat bawah ni, mudah la hidup korang. 

Corvan sudah tidak asing lagi di pasaran e-commerce terutamanya dengan kemunculan Corvan K18 2-dalam-1 (Vacuum & Mop) yang menjadi fenomena dan sering diperkata orang ramai. 

Kredit: @serene.at.serenia (Corvan K9 Pro & Corvan Power Scrub P8)

Kami setuju bila orang ramai rekomen dan beri review positif tentang jenama Corvan ni. Nak tahu tak kenapa?

  1. Servis selepas jualan dorang memang memuaskan hati. Corvan akan sediakan video setup di Youtube tapi kalau ada apa-apa pertanyaan tentang produk, boleh hubungi Corvan team, dorang sedia membantu.
  2. Semua produk Corvan datang dengan 1 tahun waranti, dan waranti motor selama 5 tahun disediakan untuk semua model vacuum. 
  3. Produk Corvan ni memang direka lebih ringan supaya ia mudah untuk dikendalikan dan selesa untuk digunakan semasa kerja pembersihan.
  4. Paling best, kombinasi warna produk Corvan ni memang cantik dan aesthetic. Sesuai untuk letak kat mana-mana penjuru rumah, sama ada kat dapur atau ruang tamu. 

Ini antara barangan di Corvan yang boleh bantu korang bersihkan rumah untuk raya. Jom tengok!

Corvan Spot Cleaner S6

Corvan Spot Cleaner S6 digunakan untuk cuci kotoran atau tompokan yang ada pada permukaan pelbagai jenis fabrik seperti karpet dan sofa. Dengan kuasa sedutan penembusan yang kuat, vacuum ini direka untuk membasmi kotoran, bau, hama habuk dan banyak lagi.

Ia juga dilengkapi dengan hos dan kabel kuasa yang panjang. Korang boleh capai mana-mana kawasan untuk membersih dengan mudah.

Corvan Power Scrub P8

Banyak kotoran degil pada dapur dan bilik air? Jangan risau. Guna Corvan Power Scrub P8, selesai masalah!

Corvan Power Scrub P8 ialah penyental elektrik tanpa wayar yang dilengkapi motor berkuasa SuperTorque. Dilengkapi dengan berus dan pad yang boleh ditukar ganti, serta batang sambungan dan pemegang, kerja menyental jadi lebih mudah.

Paling best, Corvan Power Scrub P8 boleh beroperasi sehingga 100min. Ia ringan, mudah digunakan dan kalis air. Setiap sudut cermin, dapur, sinki dan lain-lain nampak berkilat. Tak perlu sental guna tangan lagi!

Corvan 2-in-1 Cordless Vacuum & Mop K18 / K18 Pro

Corvan 2-in-1 Cordless Vacuum K18/K18 Pro didatangi dengan fungsi vakum dan mop dalam satu masa yang sama. Jimat masa dan tenaga!

Ada tetamu nak datang raya tiba-tiba? Tak perlu kelam-kabut untuk bersihkan rumah. Corvan 2-in-1 Cordless Vacuum K18/K18 Pro memiliki Ultra Strong Suction sehingga 201AW. Semua kotoran dapat disedut dengan mudah dan cepat!

Bukan setakat ringan, Corvan 2-in-1 Cordless Vacuum K18/K18 Pro ini dilengkapi tetapan drive-assist yangmembolehkan ia meluncur dengan laju dan mudah untuk dikendalikan. Ia datang dengan warna yang pasti memikat hati ramai, terutamanya para wanita, Corvan K18 kelihatan eksklusif dengan warna Royal Blue manakala Corvan K18 Pro sangat elegant dengan warna Rose Gold!

Corvan Anti-Tangle Cordless Vacuum K9 Pro

Korang memiliki si bulus di rumah? Risau bulu mereka yang selalu gugur? Paling takut kalau tetamu tak selesa waktu raya nanti. Sebenarnya anda perlukan Corvan Anti-Tangle Cordless Vacuum K9 Pro. Pilihan tepat buat pencinta haiwan!

Selain memiliki berus Anti-Tangle, Corvan K9 Pro ini sangat unik apabila didatangkan dengan sensor Infrared yang mampu menyesuaikan kuasa sedutan dengan jenis kotoran yang disedut. Secara ringkasnya, jika vacuum ini mengesan kotoran yang besar atau berat, kuasa sedutan ini akan berubah ke Turbo Mode secara automatik, ciri ini mampu memberi kesan pembersihan yang sangat efektif.

Dengan Super Strong Suction (175AW), Corvan Anti-Tangle Cordless Vacuum K9 Pro boleh bantu korang bersihkan serpihan makanan pada lantai dan karpet dengan mudah. Mana la tahu kalau-kalau ada serpihan kuih raya jatuh ke kan?

Corvan Cordless Vacuum K6/K6s

Kalau korang tengah cari vakum terbaik yang mampu milik, kami rekomen Corvan Cordless Vacuum K6/K6s. Ia memiliki spesifikasi yang cukup sesuai untuk kerja pembersihan harian pada musim raya.

Kekuatan penyedutan Corvan Cordless Vacuum K6/K6s cukup kuat untuk sedut habuk, rambut dan kotoran lain pada semua jenis lantai termasuk karpet. Bateri Corvan K6/K6s ni boleh tahan selama 40 minit dengan sekali cas.

Dari segi filter, Corvan Cordless Vacuum K6/K6s mempunyai 3-stage HEPA filter yang boleh dibasuh dan digunakan semula. Paling best bila guna, tak perlu selalu tekan. Cukup tekan sekali untuk on atau off. Ringan dan mudah digunakan, patut la diminati ramai!

Corvan Cordless Mop picaMop T7

Raya setahun sekali. Kadang-kadang kena mop lantai rumah supaya bersih dan berkilat. Tapi pening kalau nak sental kotoran degil pada lantai kan? Penat dan sakit belakang kalau mop lama-lama. Baik anda guna Corvan Cordless Mop picaMop T7, mop elektrik terbaik!

Corvan Cordless Mop picaMop T7 dilengkapi twin rotor berkuasa dengan lampu LED. Mudah nak mop lantai dan anda boleh nampak kekotoran pada lantai dengan lebih jelas.

Apa yang bagus tentang Corvan Cordless Mop picaMop T7? Korang tak perlu guna cecair pencuci khas untuk mop sebarang permukaan sebab mop elektrik ini tetap boleh kilatkan lantai walaupun hanya air bersih biasa. Hebatnya!

Wah, tak sangka banyak juga pilihan alat pembersihan yang ada di Corvan! Sampai rambang mata dibuatnya. Selain alat pembersihan, Corvan juga mempunyai peralatan dapur, penjagaan diri dan sebagainya.

Nak tahu masa paling sesuai untuk dapatkan produk Corvan? 4 April, 11 April dan 18 April ni, pastikan korang tak terlepas Jualan Raya Mega Corvan di semua online platform seperti Shopee, Lazada dan Laman Web Rasmi Corvan.

Diskaun ditawarkan sehingga 80%, baucar tambahan yang menarik dan pelbagai Hadiah Percuma disediakan! Yang paling best, special untuk 4.4 sahaja, setiap pembelian Corvan K18/K18 Pro, korang boleh bawa pulang Corvan Air Fryer yang bernilai sehingga RM899!

Menarik kan? So, pangkah kalendar siap-siap sebab stok sangat limited dan promo ni jarang-jarang berlaku ye! Kalau nak info lanjut, boleh follow Instagram dan Facebook Corvan, semua update ada kat situ.

Kalau berminat, klik link kat bawah ni okay?

Nak tahu lebih lanjut tentang barangan yang ada di Corvan? Terus ke laman web di www.corvan.com.my. Moga rumah korang bersih dan selesa di Hari Raya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Dec 2022

Ustaz Wadi Anuar Kongsi Tip Berubah Jadi Baik

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar menasihati warganet agar kekal istiqamah untuk berubah menjadi orang yang lebih baik. @thefastabiqulkhairat semangat untuk berubah dan istiqamah🤍 In Shaa Allah🤲🏻 #reminderislamic #ustazwadiannuar #uwa #uwateam #keepistiqomah #selfreminder #reminderforyou #thefastabiqulkhairat #fyp […]

Acara Fri, 1 Nov 2019

Nikmati teh dengan cara berbeza, menerusi makanan!

Pelbagai resipi daripada teh BOH, menarik!

Featured Wed, 29 Apr 2020
Gaya Hidup Mon, 16 Apr 2018

Ikuti 3 Peraturan Penting Ini Supaya Sarapan Anda Dapat Turunkan Berat Badan

Tak semestinya kalau anda makan sarapan, anda gerenti boleh turunkan berat badan.

Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Awas! 8 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Guna Microwave

Tahukah anda tidak semua jenis makanan boleh dipanaskan menggunakan microwave kerana ia akan membuatkan makanan itu kehilangan khasiatnya.

Gaya Hidup Sat, 7 Apr 2018

Ini Cara Menjaga Bra Kesayangan Anda Agar Ia Tahan Lebih Lama

Tetapi tahukah anda, semahal mana pun harga bra yang anda beli jika ia tidak dijaga dengan betul pasti akan cepat rosak.

Featured Tue, 10 Jul 2018

Kalau Tak Nak Saiz Badan Bertukar XXL, Jangan Lakukan 4 Perkara Ini!

Jangan lakukan perkara ini kalau tak nak menyesal badan gemuk!

Featured Mon, 19 Aug 2019

Melukis dengan kopi pekat, hasilnya mengagumkan

Aroma kopi buat diri rasa tenang, cubalah!

Replicated Draft Wed, 19 Apr 2023

Raya Sakan, Banyak Rebat, Pulangan Tunai Dan Jimat Tak Sudah Dengan Boost!

Sebelum kita nak sakan beraya, jangan lupa selesaikan bil-bil dan tanggungjawab yang ada. Bukan apa, takut bila raya nanti ada pula yang menghantui. Macam Ayda Jebat, sampai tertidur dalam stor sebab ketakutan. Nak tahu apa […]

Featured Tue, 2 Jul 2019
error: Content is protected !!