Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal April 14, 2019 @ 11:25am

6 Sebab Mengapa Gagal Dalam Proses Berdiet

Dedikasi serta disiplin yang tinggi merupakan salah satu daripada kunci kejayaan bagi mendapatkan bentuk badan yang diimpikan. Ianya juga disusuli dengan pengambilan makanan yang seimbang serta jadual senaman yang konsisten.

Diet yang betul juga turut memainkan peranan yang penting dalam proses menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, diet sering menjadi punca utama kegagalan seseorang itu dalam mendapatkan tubuh badan yang diiginkan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.

Jadi, mengapa seringkali kita gagal berdiet? Apakah yang menjadi punca kepada kegagalan kita itu? Mari kita semak beberapa sebab atau punca yang mengakibatkan kita gagal berdiet.

Punca gagal berdiet?

  1. Lapar

Isu ini wujud mungkin kerana anda salah memilih jenis diet. Rasa lapar mungkin menunjukkan diet yang anda lakukan tidak seimbang atau tidak mencukupi.  Pada akhirnya, perkara ini akan menyebabkan anda mengambil makanan kegemaran anda lebih dari sepatutnya. Berasa lapar tidak akan membuatkan anda kurus, sebaliknya ia akan menyebabkan anda makan lebih banyak dari yang sepatutnya.

  1. Tidak realistik

Siapa yang tidak mahu cergas dan sihat? Diet bukan sahaja untuk menguruskan badan, tetapi berdiet juga adalah untuk menghindarkan diri anda dari risiko penyakit berbahaya. Tetapi anda tidak boleh mengharapkan perubahan sepenuhnya dalam aspek pemakanan anda dalam masa sehari. Ia harus diubah perlahan-lahan. Jangan cipta diet baru yang terlalu ketat sehingga menyusahkan diri anda sendiri. Jangan biarkan diri anda menderita atau akhirnya anda sendiri akan berputus asa untuk berdiet. S

  1. Mendadak

Anda mungkin seorang yang gemar memakan makanan segera. Malah, dalam seminggu pasti 3,4 kali anda memilih untuk memakan makanan segera. Dan apabila anda memutuskan untuk berdiet, anda terus menyingkirkan terus makanan segera dalam pemakanan anda.  Jika sebelum ini anda mengambilnya 3-4 kali seminggu, malah mungkin lebih dari itu, jadi kurangkan kuantitinya, mungkin hanya 2 kali seminggu untuk bulan pertama, kurangkannya kepada seminggu sekali untuk bulan kedua dan jadikan kepada 2 kali sebulan sehinggalah anda berjaya untuk menghilangkan keinginan anda terhadap makanan segera. Kunci utama, jangan terlalu mendesak diri anda.

  1. Tidak sabar

. Tiada siapa mahukan berat badan berlebihan. Tetapi untuk kehilangan berat dengan cara yang sihat – seperti mengurangkan pengambilan makan berlemak, menghindari makanan diproses – akan mengambil masa. Dan kebanyakan individu adalah kurang sabar, sekali gus menjadi punca mengapa gagal berdiet. Jadi bersediakah anda untuk memberikan komitmen untuk berdiet?

  1. Tiada perancangan

Siapa kata untuk berdiet tidak memerlukan perancangan? Jika itu yang selama ini anda fikirkan, maka anda silap. Untuk berdiet atau untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat, ia takkan berlaku secara tiba-tiba. Ia memerlukan perancangan, sama seperti jika anda ingin bercuti. Ia perlukan rancangan rapi. . Diet merupakan satu perubahan yang perlu dilakukan untuk tempoh yang lama, malah ia perlu dianggap sebagai perubahan gaya hidup dan bukannya untuk sementara waktu.

  1. Tiada sokongan

apabila anda berkumpul bersama keluarga tanpa ada seorang pun antara mereka mengetahui bahawa anda sedang berdiet, pastinya makanan yang dihidangkan adalah tidak bersesuaian dengan diet anda sekali gus akan menyebabkan anda tidak berdiet, bukan? Penting untuk membenarkan individu di sekeliling anda untuk mengetahui apa yang anda lakukan, ia juga membolehkan mereka memberikan sokongan kepada anda kerana sesungguhnya anda memerlukan sokongan untuk anda berjaya meneruskan diet anda.

Gaya hidup sihat

Apa yang disenaraikan di atas adalah antara sebab mengapa anda sering gagal berdiet. Untuk berjaya dalam berdiet, anda harus mempunyai komitmen dan kesabaran serta usaha yang tinggi. Dalam masa yang sama, anda harus rajin bersenam, ini dapat membantu meningkatkan metabolisme badan anda.

Sumber: helloDOKTOR

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 13 Jan 2018

Kongsi Langkah Kurangkan ‘Morning Sickness’

Tips Untuk Ibu Hamil , Doktor Kongsi Langkah Kurangkan ‘Morning Sickness’

LIFESTYLE Fri, 18 Jan 2019

This Little Tool From Face Inc Can Help Maintain Your Youthful Looks

The Face Inc Anti-Aging Micro-Therapy Kit is the latest breakthrough in Anti-Ageing technology.

LIFESTYLE Wed, 19 Dec 2018

Malaysia Duduki Tempat Ketiga Kunjungan Paling Ramai Di Asia

Bagaimana pula dengan destinasi pilihan korang?

LIFESTYLE Mon, 11 Feb 2019

过完年想甩肉?每天2分钟做这事必瘦

过完年想甩肉?根据美国研究,每天花2分钟轻松做这件事必瘦!

LIFESTYLE Sun, 19 Jan 2020

6 Fakta Penting Perlu Tahu Sebelum ‘Hiking’

Kenapa Minyak Masak Tiba-Tiba Beku? Antara 6 Fakta Penting Perlu Kita Tahu Sebelum ‘Hiking’

LIFESTYLE Sun, 28 Apr 2019

Tudung Wagara Tarikan Terbaru Pelancong Muslimah Di Jepun

Wanita muslim yang melawat Kyoto, Jepun dengan rancangan untuk menyewa kimono kini boleh menikmati pengalaman dengan menyewa tudung Yarayakata

LIFESTYLE Thu, 30 Nov 2017

全马最高Rawang Bypass大道正式开通!风景美到没有朋友

历时12年,耗资6亿2800万令吉的Rawang Bypass终于正式通车啦!而且这条绕道完全没设立收费站,是一条免费的绕道!

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Hot FM Big Jam 2019 Lebih Gempak, Lebih Hangat!

Hot FM Big Jam kembali lagi selepas 7 tahun!

LIFESTYLE Sat, 15 Dec 2018

Aplikasi SENTUH Mungkin Bakal Ubah Hidup Anda, Dah Cuba?

Kami akan ajar bermula dari A-Z sekaligus menyediakan kelas pembelajaran asas sebelum memiliki spa bergerak sendiri.

error: Content is protected !!