Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops February 28, 2018 @ 10:55am

8 Kegunaan Jeli Petroleum Untuk Kecantikan, No. 8 Memang Tak Sangka!

Bila anda mula-mula dengar nama “petroleum jelly”, mesti rasa pelik kan? Petroleum itu bukan minyak enjin ke? Dahlah minyak, jelly pulak itu! 

Untuk pengetahuan anda, jeli petroleum terbentuk apabila minyak mineral termasuklah petroleum digabungkan dengan lilin. Hasilnya ialah sesuatu bahan berbentuk jeli yang dipanggil petrolatum.

Pada tahun 1859, ahli kimia Amerika Robert Chesebrough telah ternampak beberapa penggali minyak di Pennsylvania menggunakan jeli ini untuk menyembuhkan luka dan kulit mereka yang terbakar.

Dia lantas menyempurnakan lagi jeli itu dan menamakan rekaannya sebagai Vaseline Petroleum Jelly. Anda mesti kenal jenama ini kan?

www.walmart.com

Anda mungkin pernah beli produk ini untuk repair bibir anda yang kering. Tapi bukan itu je kegunaannya!

Jom tengok apa lagi kita boleh buat dengan jeli ini untuk mencantikkan rupa kita:

1. Pencuci make up mata

www.imperialsalonandspa.com

Seperti make up remover, ia memang efektif dan lembut pada kulit di kelopak mata.

2. Pengganti mascara

www.loxabeauty.com

Ia bukan saja membuatkan bulu mata anda nampak tebal dan berkilat. Ada individu yang pernah cuba teknik ini berkata, bulu mata mereka lebih lembut dan panjang! Wow!

3. Lip gloss

homemadeskinrecipes.blogspot.my

Jika anda memakai lipstick matte, letakkan selapis jeli ini di bibir untuk menambahkan sinar.

4. Blusher

www.pinterest.ca

Kalau tak ada blusher tapi cuma ada lipstick, campurkan lipstick itu dengan jeli untuk jadikan krim blusher untuk pipi anda.

5. Pelindung gigi

fustany.com

Gosokkan jeli pada gigi. Nanti bila anda senyum, gerenti lipstick anda takkan terlekat pada gigi. Tak apa, tak merbahaya kalau anda tertelan jeli ini.

6. Pelembap

beautybeats.in

Kulit siku dan tumit anda kering dan berkedut? Gosokkan jeli ke bahagian yang kering untuk melembutkannya.

7. Perapi rambut

beautybeats.in

Jika anda sedang simpan rambut panjang, gosok jeli pada hujung rambut supaya rupa anda sentiasa rapi. Tapi jangan guna terlalu banyak; nanti rambut anda nampak berminyak pula.

8. Penambah kepada minyak wangi

www.purewow.com

Sebelum pakai minyak wangi, gosok jeli di titik-titik nadi anda. Nescaya, bau minyak wangi anda akan tahan lebih lama.

Jom try!

Sumber: www.ogleschool.edu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 13 Feb 2018

5 Jenis Makanan Ini Bantu Kurangkan Masalah Kulit Secara Semulajadi

Ramai wanita beranggapan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan putih berseri, mereka mestilah memakai skincare yang berjenama dan mahal.

Oh Lawa Mon, 4 Nov 2019

Pameran jualan barangan Kumpulan Habib meriah dengan promosi!

Semua jenama Habib dijual di bawah satu bumbung.

Oh Lawa Mon, 18 Feb 2019
Oh Lawa Tue, 30 Oct 2018

8 Jenis Item Pakaian & Aksesori Klasik Yang Takkan Go Out Of Style

Inilah sebabnya anda boleh simpan dan pakai untuk tahun-tahun akan datang.

Oh Lawa Fri, 20 Jul 2018

Fashion Forward Batik Kelantan Antara Projek Menarik Di KLFW 2018

KLFW menunjukkan sokongannya terhadap industri tekstil negara apabila menampilkan inisiatif Fashion Forward Batik Kelantan.

Featured Mon, 17 Feb 2020
Oh Lawa Thu, 7 Jun 2018
Oh Lawa Thu, 11 Apr 2019

Adakah anda membersih wajah dengan betul? Ini kaedah yang disarankan pakar

Tak perlu rawatan wajah mahal bagi mendapatkan kulit cantik.

Oh Lawa Fri, 23 Feb 2018

4 Cara Ketahui Jenis Kulit Anda Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

Sebelum nak cuba dapatkan kulit yang perfect, anda kena tahu dulu apa jenis kulit anda: kering, berminyak, normal atau kombinasi.

error: Content is protected !!