Euforia Bola 2026
Acara By: Padin December 30, 2023 @ 6:27am

8 Kumpulan Bersaing Malam Ini Di Semi Final Pentas Marhaban, Juri Mahukan Peserta Kuasai Pentas

Pusingan separuh akhir Pentas Marhaban yang bakal berlangsung malam ini menyaksikan lapan kumpulan bersaing untuk merebut peluang ke peringkat akhir.

Juri tetap Pentas Marhaban, Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis Gambus mahu semua peserta menguasai pentas dan memberikan persembahan yang terbaik di separuh akhir.

“Kami berharap semua peserta dapat menguasai pentas betul-betul, seolah-olah nak hiburkan orang. Tingkatkan kualiti suara dan persembahan biar ada kemuncak dan penonton puas.

“Dapatkan ilmu pengetahuan daripada guru-guru, jangan anggap Pentas Marhaban satu pertandingan sebaliknya jadikan ia sebagai medan untuk menimba ilmu, Kepada mereka yang kalah dapat masuk semula, gunakan peluang diberi. Yang menang mingguan pula jangan selesa,” kata Ustazah Asni mewakili juri.

Dalam persaingan Sabtu lepas, Pentas Marhaban membuat kejutan dengan menyenaraikan lapan kumpulan untuk bersaing di pentas semi final.

Enam kumpulan dipilih daripada pusingan kalah mati setiap enam minggu iaitu Sinar Marhaban, Interacksee, Soutun Nadwah, Raudhatul Ashwaq, Al Maqari’ dan An Ni’matul Uzma.

Manakala, dua lagi kumpulan marhaban iaitu Qalbun Hadi dan Al-Muhtadin dipilih berdasarkan kualiti persembahan dan markah tertinggi sepanjang enam minggu bersiaran.

Menurut penerbit program Pentas Marhaban, Nurul Ain Mohamed, kejutan untuk memasukkan lapan kumpulan marhaban ke pusingan separuh akhir telah diputuskan lebih awal.

“Memang selepas enam minggu bersiaran, pihak produksi telah merancang lebih awal walaupun pada asalnya tiada penambahan peserta ke separuh akhir.

“Namun, ada episod menyaksikan kedua-dua kumpulan marhaban sama-sama kuat dan biarpun disingkirkan, markah mereka masih tinggi secara keseluruhan.

“Logik untuk produksi membuat keputusan yang memeranjatkan. Ia sangat berbaloi dan rugi kalau ada kumpulan yang memiliki markah tinggi tapi tak berjaya masuk.

“Secara tidak langsung ia akan membuka semula ruang untuk kembali bersaing dan pastinya pusingan akan datang akan sangat sengit,” katanya.

Selain Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis Gambus berada di posisi juri tetap, Ustaz Tirmizi Ali tampil sebagai juri jemputan pada minggu keenam.

Minggu keenam menyaksikan kumpulan An Ni’matul Uzma menumpaskan Selawat Buskers dan menerima hadiah wang tunai RM2,500.

Pada pusingan final pula, pemenang tempat pertama dan kedua secara keseluruhan bakal menerima RM50,000 dan RM25,000.

Pentas Marhaban bersiaran pada setiap Sabtu pada jam 9 malam di saluran TV AlHijrah. Selain Tilmiz Fahmi, program ini juga dihoskan oleh Shamsul Ghau Ghau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 29 Mar 2018

Gegaran Dirasai Di KL Sabtu Ini, Siap Sedia Warga Kota!

Gegaran bakal dirasai di Kuala Lumpur pada 31 Mac ini? Bawa bertenang, jangan panik! Ini kerana apa yang akan menggegarkan warga KL pada Sabtu ini ialah festival hipster abad ini iaitu Gegaria Fest.

Acara Sun, 8 Dec 2019
Acara Mon, 18 Mar 2019

Alha hadiahkan ibu Mercedes-benz C200 QMG 2.0 sebagai penghargaan. Top stokis pun dapat kereta tau!

Alha melakukan kejutan itu bersempena ulang tahun kelahiran ibunya, Norsham Ahmad yang ke-60!

Acara Fri, 30 Aug 2019
Acara Thu, 25 Jul 2019
Acara Fri, 10 May 2024

Jalin Kerjasama Bersama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), GGR Motor Sasar Jualan Penuh Sebanyak 5000Unit Hujung Disember

Selaras dengan galakan dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam proses peralihan kepada kenderaan elektrik (EV), GGR Motor (M) Sdn Bhd sentiasa menyokong penuh dalam usaha pembangunan industri EV di Malaysia yang bertepatan dengan Skim […]

Acara Mon, 23 Sep 2019
Acara Sun, 30 Jan 2022

Raja Muda Selangor Bantu Usahawan Belia Melebarkan Sayap Ke Pasaran Antarabangsa

Program SAY ASPIRE anjuran Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj merupakan sebuah program pembangunan usahawan untuk belia yang berpotensi mengembangkan produk dan khidmat mereka ke pasaran global melalui kursus bimbingan […]

Acara Sun, 24 Nov 2019

Perkakasan memasak pintar Pasifica senangkan tugas di dapur

Memasak lebih mudah dengan The Forge dan The Vortex!

error: Content is protected !!