Euforia Bola 2026
Uncategorized By: Ad Ops March 13, 2018 @ 3:01pm

8 Perkara Perlu Tahu Jika Anda Batuk…Bahaya Sehingga Boleh Retak Tulang Rusuk!

Ramai yang beranggapan batuk merupakan satu masalah kecil dan normal. Namun, masalah batuk tidak boleh dipandang ringan kerana ia juga mungkin petanda kita menghidap sesuatu penyakit.

Jom ketahui jenis batuk yang dialami dan kesannya.

1. Jika anda batuk yang menyebabkan tekak kering, berkahak dan sengau, ia mungkin disebabkan alergi atau jangkitan sinus. Segera berjumpa doktor untuk mengenal pasti sama ada ia sinus atau hanya batuk biasa. Jika positif sinus, doktor mungkin akan memberikan anda antibiotik.

2. Jika anda sering batuk pada waktu malam, berlendir serta suara menjadi serak, anda mungkin menghidap asma dan memerlukan rawatan dengan inhaler.

3. Jika seseorang itu mengalami batuk berkahak, warna dan rupa kahak itu perlu diperhatikan untuk menentukan jenis jangkitan yang dialami. Menurut Perunding Pediatrik dan Dada, Dr. Patrick Chan, kahak yang bernanah dan berwarna keperangan menunjukkan jangkitan bakteria, manakala mukus kelabu keputihan menandakan alahan atau jangkitan virus. Sementara kahak berbuih dikaitkan dengan edema pulmonari (bengkak paru-paru), iaitu kesan kegagalan jantung.

4. Jika batuk anda berlangsung selama lebih daripada dua minggu, terutamanya jika ia disertai dengan mukus berdarah atau berkarat, serak, sakit menelan dan sakit dada, jangan pandang remeh kerana ia mungkin tanda kanser paru-paru. Menurut kajian, 65% daripada pesakit kanser paru-paru mempunyai batuk yang kronik pada awal diagnosis.

5. Jika anda seorang perokok atau bekas perokok yang mempunyai batuk kronik yang menghasilkan banyak lendir, terutamanya pada waktu pagi serta mengalami sesak nafas, anda mungkin berdepan dengan penyakit kronik pulmonari obstruktif (COPD) iaitu penyakit paru-paru yang menyebabkan masalah pernafasan. Di Amerika, jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki yang telah meninggal dunia akibat keadaan ini. Jadi, jangan berlengah jika anda melihat tanda-tanda yang mencurigakan dan seeloknya, berhentilah merokok.

6. Jika batuk anda berlangsung lebih dari tiga minggu dan dipasangkan dengan sakit dada, berat badan, keletihan, demam, berpeluh malam, atau batuk darah, segera jumpa doktor kerana ia mungkin penyakit Tibi atau batuk kering. Tanpa rawatan, Tibi boleh membawa maut. Malah ia boleh merebak ke seluruh badan serta merosakkan tulang belakang, sendi, otak dan juga jantung.

7. Jika anda batuk dan sakit pada bahagian perut, ia mungkin simptom Gastroesophageal reflux disease (GERD). Bagi mengatasi masalah ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana ia mungkin menjadi lebih teruk jika tidak dirawat dari awal.

8. Last but not least, jika anda mengalami batuk yang terlalu kuat, ia boleh menyebabkan retak tulang rusuk, terutama di kalangan wanita yang bertulang lemah. Kekuatan dan kuasa batuk yang berpanjangan menyebabkan ketegangan pada otot sisi dada dan diafragma. Urat hidung juga boleh pecah dan otot di kawasan dubur dan kawasan-kawasan lain juga boleh pecah. Malah, bekas luka pembedahan mungkin juga boleh terbuka semula akibat batuk yang kuat dan berpanjangan.

Fuhhh! Seramnya… So kepada anda semua, jika mengalami batuk, please buat pemeriksaan doktor okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Feb 2018

Resepsi Fairy Tale #fattzura. And They Live Happily Ever After…

Setelah bergelar suami isteri selama tiga bulan, pasangan pelakon popular, Fattah Amin dan Fazura diraikan dalam satu majlis resepsi penuh romantis bertemakan ‘Fairy Tale’.

Sihat Wed, 19 Jun 2019

Kenal pasti 9 tanda peranakan wanita jatuh dan bermasalah

Masalah ini bukan saja dialami wanita bersalin tetapi juga anak dara!

Uncategorized Fri, 13 Sep 2019
Sihat Wed, 27 Feb 2019

Ikuti 4 langkah urutan refleksologi bagi anda yang sukar tidur

Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada tidur yang nyenyak selepas penat bekerja sepanjang hari.

Uncategorized Tue, 13 Feb 2018

Bercuti Bukan Nak Tambah Berat Badan, Ikuti 8 Tip Berikut Untuk Maintain

Kebiasaannya, ketika bercuti ramai yang memilih untuk tidak berdiet. Sebab itu ramai yang berat badannya bertambah apabila pulang daripada bercuti.

familuv Mon, 4 Mar 2019

Bengang pasangan berlaku curang? Luahan di media sosial bukan caranya.

Da’i Wan tegur individu yang mengaibkan pasangan mereka di media sosial. 

Uncategorized Thu, 30 Apr 2020
Uncategorized Mon, 12 Mar 2018

Sentuhan Magis Jurusolek ‘Degree’, Mencecah Pendapatan 5 Angka Sebulan!

Meski ada yang beranggapan pilihan kerjaya mereka sebagai jurusolek selebriti, seolah mempersia-siakan segulung ijazah yang ada, namun hal itu sedikitpun tidak membuatkan MUA (Make Up Artist), Syed Mohammad Faizal Syed Noh (Syed), 34, Syed Mohamad Fahmi Syed Shabthar (Syedewa), 30, Ahmad Muzairi Mohd Muzamer (Ary Muzamer), 31, mahupun Mohammad Sahir Mohd Sabri (Sahir), 29, berasa menyesal.
 
Apatah lagi, dengan keupayaan mereka menjana pendapatan lumayan setiap bulan sehingga mencecah lima angka, hasil daripada karya solekan yang mendapat permintaan ramai. 

Uncategorized Wed, 21 Aug 2019

Lemah nafsu syahwat, Insomnia atau asma? Jom pekena teh bunga telang!

Bukan 1 tapi 17 kebaikan bunga biru ini untuk kesihatan

Uncategorized Mon, 18 May 2020
error: Content is protected !!