Hiburan By: Syafiqa Irdina February 21, 2020 @ 12:34pm

Takziah, Anak Dayangku Intan Meninggal Dunia

Khabar duka diterima hari ini apabila anak kepada artis era 80-an Dayangku IntanWanku Intan Syarafana Rosman, 23, disahkan telah meninggal dunia 6 pagi, hari ini.

Berita duka itu dimaklumkan oleh suaminya, Rosman Yahil menerusi kiriman aplikasi WhatsApp kepada rakan artis.

“Assalamualaikum. Saya Rosman Yahil beserta isteri Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid, ingin memaklumkan bahawa anak perempuan kesayangan kami iaitu Wanku Intan Syarafana Rosman telah pulang ke rahmatullah pada 6 pagi hari ini,” kata Rosman Yahlil.

Jenazah akan disempurnakan di Masjid Wilayah, Jalan Duta dan akan dikebumikan di Bukit Kiara.
 

Anak ketiga kepada pasangan itu dilahirkan tanpa hempedu atau Biliary Artresia dan mempunyai parut di hati. Sepanjang hayat, Wanku Intan terpaksa berulang alik ke hospital sejak kecil untuk menerima rawatan.

Takziah Xtra ucapkan buat keluarga Dayangku Intan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Apr 2023
Hiburan Wed, 11 Oct 2023
Trending Wed, 23 Aug 2023

Dihina & Dicaci Bekas Suami, Menantu Zainal Abidin Dakwa Pernah Disuruh Tidur Beramai-Ramai!

Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Suzur Sofia mendakwa telah dihina dan dilayan dengan buruk oleh bekas suaminya, Mohd Zaiza. Menerusi perkongsian panjang di TikTok miliknya, Sofia turut digelar […]

Hiburan Thu, 8 Aug 2019
Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Penat Menyanyi, Aliff Tukar Profesi

“Buat masa sekarang, pihak Primavalet dan saya masih dalam peringkat awal. Pakaian jenama Burank.co boleh dibeli pada bulan puasa nanti di PRIMAVALET, Osti Bangi (bersebelahan dengan tol Bangi.”

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Featured Sun, 26 Jun 2022
Hiburan Fri, 30 Aug 2019

丁当主演音乐剧《搭错车》登陆大马!1123云顶强势引爆

强大阵容大型音乐剧《搭错车》首度登陆大马!11月23日云顶强势引爆~

Featured Thu, 31 Mar 2022