Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 23, 2018 @ 2:01am

9 Jam Diperlukan Untuk Siapkan Landasan Kereta Api 5 Lorong

Baru-baru ini di China, 1500 orang pekerja hanya memerlukan 9 jam untuk membina landasan keretapi di stesen keretapi Fujian Province, selatan China.

Kejadian menakjubkan itu telah menggempar dunia apabila sekali lagi rakyat China mempamerkan tahap efisyen mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Menurut penyelia projek itu, Pembinaan melibatkan 7 gerabak keretapi dan 23 mesin pengorek untuk menyiapkan landasan keretapi dengan hanya mengambil masa 9 jam sahaja.

Pekerja pembinaan itu menghubungkan tiga laluan keretapi utama, laluan keretapi Ganlong, Ganruilong dan Zhanglong dengan laluan yang baru siap dibina iaitu laluan keretapi Nanlong.

Dalam jangka masa 9 jam itu, mereka turut menyiapkan pemasangan isyarat trafik dan peralatan trafik dengan lengkap dan sempurna. Pembinaan stesen keretapi Nanlong itu akan memudahkan penduduk di bandar Longyan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Projek itu telah bermula pada malam 19 Januari dan landasan itu dilaporkan siap sepenuhnya pada pagi 20 Januari 2018.

Menurut timbalan pengurus China Tiesu Civil Engineering Group, projek ini mampu disiapkan secepat itu kerana 1500 pekerja yang bertugas telah dibahagikan kepada 7 unit dan berjaya menggerakkan semua unit untuk bekerja dalam pada masa yang sama.

Pembinaan stesen keretapi Nanlong itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2018, jarak hampir 246 kilometer panjang itu akan menjadi penghubung antara Selatan-Timur China dengan bandar China.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Nov 2025

Marsha Milan Serikan Malaysia Fest Di Sydney, Suntik Pesona Borneo & Nostalgia Di Pentas Antarabangsa

Marsha Milan terharu, bangga dapat serikan Malaysia Fest Di Sydney

Featured Thu, 19 Jan 2023
Trending Thu, 26 Nov 2020

KWSP: Program i-Sinar Diperluas Kepada 8 Juta Pencarum, Dinaikkan Kepada RM 10,000

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini mengumumkan Pogram i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas dengan lapan juta pencarum bakal mendapat manfaat. Program i-Sinar turut […]

Hiburan Mon, 6 Apr 2026

Tonton Rewards Buat Comeback, Ganjaran Lebih ‘Padu’

Melalui konsep “Subscribe & Redeem”, kempen ini bukan sahaja menggalakkan langganan baharu dan pembaharuan pelan tontonan, malah memberikan pengalaman penebusan ganjaran yang lebih menyeronokkan.

Featured Sat, 8 Nov 2025

Imbau Kehidupan Lahir Daripada Broken Family, Shaza Bae Gagal Tahan Sebak… Kini Dalam Fasa Berdamai Dengan Takdir

Shaza Bae, meluahkan perasaan sebaknya apabila mengimbau kembali detik kehidupannya yang lahir dalam keluarga yang tidak sempurna sejak kecil.

Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Thu, 10 Nov 2022
Featured Thu, 29 Dec 2022
error: Content is protected !!