Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops April 2, 2018 @ 5:45pm

9 Kesalahan Kecantikan Yang Sering Dilakukan Wanita. Patutlah Tak Cantik-Cantik

Wanita memang sangat menitikberatkan soal kecantikan. Namun, tanpa disedari, mereka turut melakukan kesalahan kecantikan sama ada secara sengaja ataupun tidak.

Patutlah kulit muka tak cantik-cantik walaupun dah banyak produk kecantikan yang digunakan. Berikut merupakan antara kesalahan biasa yang kerap dilakukan oleh wanita di luar sana.

1. Bersihkan wajah sebelum bersyampu

Perasan tak kadang-kadang jerawat akan timbul di atas garisan rambut, tepi wajah atau leher. Ini kerana ramai yang tidak tahu, bahan yang terkandung dalam syampu dan perapi rambut mampu menyebabkan kulit tersumbat. Jadi, apa lagi, tiba masanya anda tukar rutin ini ya. Kalau boleh syampu rambut dulu dan akhir sekali baru cuci muka.

2. Guna pembersih muka yang salah

Pernah tak kulit muka anda menjadi tegang atau cekang selepas mencuci muka? Kalau ya, ini bermaksud pembersih muka itu tidak sesuai dengan anda. Ini kerana buih sabun yang digunakan telah menyingkirkan kelembapan semula jadi kulit dan menyebabkan kulit anda kering. Justeru, pilih pembersih muka yang betul-betul sesuai dengan jenis kulit muka anda.

3. Bersihkan kulit tanpa menanggalkan solekan

Tidak semua pencuci muka boleh menanggalkan solekan. Jadi, sebelum mencuci muka anda, pastikan anda membersihkan solekan anda dengan make-up remover.

4. Bersenam dengan solekan

Tiada kompromi tentang bersenam dengan wajah yang bersolek ini. Bersenam dalam keadaan bedak asas menutupi kulit wajah akan meggalakkan pori tersumbat dan iritasi. Apatah lagi anda lap muka anda yang berpeluh bercampur solekan di tuala, lagi bertambah teruk kulit anda.

5. Guna penyegar berasaskan alkohol

Menggunakan penyegar berasaskan alkohol akan merosakkan kulit wajah semata-mata kerana ia akan menyebabkan kulit anda menjadi kering. Jadi, elak memilih penyegar muka yang mengandungi bahan berasaskan alkohol ya!

6. Menyentuh kulit muka

Ramai wanita gemar memegang, memicit kulit dan sebagainya. Tabiat ini tidak elok lebih-lebih lagi jika tangan anda tidak dibersihkan. Ini kerana berjuta-juta bakteria yang terdapat pada tangan akan berpindah ke kulit muka sekaligus menyebabkan timbulnya jerawat.

7. Rawatan krim jerawat

Kalau Miss J tumbuh kat muka, memang riuh sekampung. Macam-macam cara yang digunakan untuk menghilangkan jerawat dengan cepat termasuklah meletakkan krim jerawat. Memang ini jalan pintas untuk menghilangkan jerawat tapi kalau dah letak banyak, boleh menyebabkan kulit rosak.

8. Sapu krim UV di bawah mata

Kulit di bawah mata merupakan kulit yang paling nipis dan perlu dijaga dengan teliti. Menyapu krim UV di bawah mata boleh menyebabkan rasa pedih dan berpeluh. Kalau nak sapu juga, pilih krim UV yang lembut dan bebas pewangi.

9. Abaikan leher

Wanita sering menumpukan perhatian dalam penjagaan wajah berbanding leher. Sebenarnya kulit leher juga turut melalui proses penuaan sama seperti kulit wajah. Bayangkan kalau kulit wajah nampak tegang, tapi leher kedut, tak ke pelik? Jadi, jangan abaikan bahagian leher dan jangan lupa letak krim pelembab yang ada SPF di bahagian leher ya.

Sumber: Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Apr 2020
Oh Lawa Thu, 15 Nov 2018

Berus Makeup Ini Berharga RM105,000! Apa Yang Bagus Sangat? 

Bila pakai, adakah kulit kita akan bersinar macam berlian?

Featured Tue, 31 Mar 2020

Sudahlah enak dimakan, bagus pula untuk antipenuaan, jagung oh jagung!

Pati minyak jagung banyak digunakan dalam produk kosmetik

Oh Lawa Wed, 11 Dec 2019

Rambut tidak lagi gugur dengan syampu dan perapi ini

Herbalife Nutirition lancar dua produk penjagaan rambut

Oh Lawa Mon, 29 Oct 2018

Tubuh Terlalu Kurus? Gayakan 5 Jenis Fabrik Ini Dalam Mencipta Ilusi Tubuh Lebih Mengancam!

Garis melintang dan fabrik knitted antara jenis fabrik yang mampu menutup kekurangan tubuh anda yang terlalu kurus.

Oh Lawa Wed, 20 Jun 2018

Anda Alami Masalah Pori Muka Yang Besar? Amalkan 5 Tip Mudah Ini

Jangan biarkan pori-pori muka anda terbuka, lakukan 5 tip ini!

Oh Lawa Mon, 4 Nov 2019

Pameran jualan barangan Kumpulan Habib meriah dengan promosi!

Semua jenama Habib dijual di bawah satu bumbung.

Oh Lawa Thu, 9 Aug 2018

Hamparan Gaun Perkahwinan Melissa Sin Buat Tetamu Terpesona

Melissa berasa sangat terusik dengan sentuhan terakhir yang diberikan oleh pereka baju perkahwinannya itu.

Oh Lawa Wed, 28 Nov 2018
Oh Lawa Tue, 27 Aug 2019

Lawanya extension bulu mata! Sebelum buat, ini panduannya

Pemasangan  bulu mata semakin diminati oleh kebanyakan wanita dan ia kini menjadi trend di Malaysia. Ia adalah teknik memasang bulu mata untuk menampakkan bulu mata anda lebih lebat, lentik dan panjang.  Kaedah dinamakan persambungan ini […]

error: Content is protected !!