Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops December 2, 2018 @ 5:00pm

9 Petanda Anda Sedang Dipergunakan Oleh Pasangan Cinta Anda

Bila kita dipergunakan, rasanya memang tak syok, tapi malangnya ia boleh berlaku tanpa pengetahuan kita pun.

Biasanya kawan atau kenalanlah yang akan mengambil kesempatan terhadap kita, tapi jangan terkejut, kerana ia juga boleh berlaku di antara pasangan cinta!

Anda dah ada teman istimewa? Kalau ya, tanya diri sendiri. Adakah perbualan atau aktiviti anda berdua selalunya memfokuskan kepada dia saja – tapi hidup anda pula langsung tak pernah?

Sebenarnya itu merupakan cara bagus untuk mengenal pasti yang dia mungkin menggunakan anda untuk kepentingan diri. Anda mungkin boleh selesaikan masalah ini dengan berbincang dan berterus-terang saja dengannya.

Jika anda perasan yang hubungan anda nampak macam berat sebelah, lebih baik jangan abaikan saja. Dalam jangka panjang nanti lagi teruk jadinya.

Untuk pastikan jika anda dipergunakan atau tidak, fahami tanda-tanda yang kami kongsikan di bawah ini. Nilai sendiri hubungan anda.

1. Perbualan anda berdua selalunya berkisar tentang dirinya saja

Foto: Soya Lemon

Jika ini berlaku, besar kemungkinan dia mendapat keuntungan daripada hubungan ini lebih daripada anda. Mungkin dia perlukan seseorang untuk mendengar kisahnya. Mungkin dia dahagakan perhatian. Dengan anda, mungkin dia rasa dia boleh dapatkan apa yang dia nak.

2. Dia selalu suruh anda bayarkan untuk makan minum

Walaupun anda takkan rasa selesa kalau dia belanja makan setiap masa, itu tak bermakna anda pula yang kena bayar setiap kali anda berdua keluar makan.

Jika dia tak nampak bersalah langsung kerana anda yang kena keluarkan duit, ini mungkin merupakan satu lagi tanda yang dia menggunakan anda.

3. Anda selalu kena ‘selamatkan’ dia daripada situasi bermasalah

Salah satu perkara yang best tentang hubungan dengan keluarga, rakan karib atau teman istimewa adalah anda pasti ada orang yang boleh membantu ataupun memberi sokongan bila anda memerlukannya.

Tapi jika anda sering sangat kena tolong dia selesaikan masalahnya, nampak sangatlah yang anda sedang dipergunakan.

4. Dia tak pernah ucapkan terima kasih

Foto: samacharnama.com

Bila anda dah tolong masak, bersihkan rumah, cuci baju ataupun tolong ibu bapa dia, mestilah anda harapkan penghargaan daripadanya, kan?

Jika teman anda tak ucapkan terima kasih dalam apa juga bentuk, ada kemungkinan yang dia rasa berhak untuk dapatkan pertolongan anda.

Ini boleh bertambah-tambah menjadi isu yang lebih berat dalam jangka masa panjang, jadi amatlah penting bagi anda berdua untuk berbincang tentang harapan dan keperluan anda dalam hubungan ini.

Ingat, jangan biarkan ia berlarutan! Anda tak patut rasa bertanggungjawab untuk lakukan semua perkara, lebih-lebih lagi jika dia tak tolong juga.

5. Dia selalu minta tolong

Sekali-sekala itu tak apalah, tapi jika dia selalu sangat meminta anda buat sesuatu untuknya tapi tak sanggup nak tolng anda bila anda perlukan bantuannya, itulah satu lagi petanda yang dia menggunakan anda untuk kepentingan diri.

6. Anda mula membencinya

Jika anda saja yang selalu kena turuti permintaannya, anda akan perasan yang anda mula rasa benci terhadapnya. Ini memang lumrah alam tapi ia juga boleh menjadi satu petanda.

Perasaan ini memang datang sekali dengan hubungan yang berat sebelah. Jika anda berdua sama-sama berdedikasi demi hubungan cinta anda, sesiapa tak perlu ada rasa benci.

7. Keperluan emosi anda tak pernah dipertimbangkan atau ditepati

Foto: Best Health Magazine

Jika keperluan emosi anda tak pernah ditepati, itu merupakan satu lagi tanda di mana teman anda hanya inginkan hubungan ini untuk kepentingannya saja.

Jika anda rasa anda saja yang luahkan cinta dan korbankan segala-galanya demi cinta si dia, tapi dia pula langsung tak sumbangkan apa-apa, dia tengah gunakan anda.

8. Anda tak pernah rasa dihargai

Jika inilah kesnya dengan hubungan anda dan si dia, dia mungkin tak sukakan anda pun. Sepatutnya dalam apa jua hubungan, anda patut rasa dihargai, at least sekali-sekala.

9. Ahli keluarga atau rakan rasa bimbang dengan hubungan anda

Jika mereka tunjukkan rasa risau kerana hubungan anda berdua adalah berat sebelah, itu juga adalah satu lagi petanda. Anda sendiri mungkin tak nak terima kenyataan jadi anda akan buat-buat tak perasan petanda-petanda yang ada. Itu sebabnya kadang-kadang lebih baik orang lain yang tegur.

Foto: sofokleous10.gr

Anda dah baca kesemuanya? Bolehkah anda relate dengan mana-mana petanda di atas?

Jika anda rasa seperti anda dipergunakan, langkah penyelesaian yang bagus adalah untuk terima kenyataan dan fikirkan apa yang anda nak buat selepas ini.

Anda boleh cuba berbincang secara terbuka dengan pasangan anda tentang perasaan anda, dan dengarkan pula apa ulasannya.

Apa-apa pun, jika naluri anda memberitahu ada sesuatu yang tak kena dengan hubungan cinta anda, jangan abaikannya. Dalam sesetengah kes, jika ada banyak sangat petanda yang ketara, itu bermaksud sudah tiba masanya untuk anda menamatkan hubungan itu.

Jika hal ini berkenaan dengan isu harga diri dan anda rasakan yang anda memang patut dipergunakan, tolong dapatkan bantuan profesional dan mulakan sesi terapi untuk bina semula keyakinan anda.

Sumber: Business Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Mar 2019
Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Seronoknya Bila Diberi Diskaun Gila-Gila, Ini 10 Tips Gerenti Dapat Harga Durian Runtuh

Bagaimanapun taktik tawar-menawar yang dilakukan, harus guna pakai pendekatan secara hemah kerana jika tidak anda boleh mengundang rasa ketidakpuasan hati peniaga.

Gaya Hidup Fri, 2 Mar 2018

Antara Pulau Paling Cantik Di Dunia, Bora-Bora Island Destinasi Romantik Untuk Berbulan Madu

Kalau anda nak tahu, keluasan Bora-Bora Island ini hanya 30 km persegi dan ia dikelilingi lagun dan susunan batu karang dari Lautan Pasifik.

Gaya Hidup Wed, 29 Aug 2018

Wanita 4 Series Disangka 20-an, Kisah Awet Muda Lure Hsu Bikin Tular!

Selain faktor genetik, Lure turut mendedahkan dia mengamalkan diet pemakanan yang ketat untuk mengekalkan keremajaan.

Gaya Hidup Thu, 11 Oct 2018

Kalau Pilot Jatuh Sakit Ketika Di Udara, Jangan Panik Relaks-Relaks Sudah!

Standard SOP syarikat penerbangan akan menyediakan dua juruterbang dalam sesebuah pesawat sebagai langkah berjaga-jaga.

Gaya Hidup Fri, 19 Oct 2018

5 Teknologi Tercanggih Yang Bakal Mengubah Gaya Hidup Masyarakat Dunia

Peralatan realiti maya boleh diubah suai dan digunakan sebagai kanta untuk pembedahan yang rumit.

Gaya Hidup Wed, 24 Oct 2018

5 Benda Di Pejabat Anda Yang Ada Kuman Paling Banyak

Lepas membaca artikel ini anda pasti akan lebih gunakan hand sanitizer.

Gaya Hidup Tue, 12 Nov 2019

A.Day Lifestyle tawarkan produk gaya hidup tempatan dengan 1001 cerita

Tampilkan produk 100 artis dan pereka tempatan

Gaya Hidup Mon, 28 Jan 2019

33 gambar laut dalam yang menang anugerah, anda pasti terpukau melihatnya

Gambar-gambar ini akan membuatkan anda mengagumi ciptaan Tuhan

Featured Mon, 14 Oct 2019

Ini cara rehatkan minda sebelum tidur agar dapat tidur nyenyak

Setakat tidur tetapi tidak nyenyak, tak syok!

error: Content is protected !!