Trending By: Asrul Haliff March 2, 2020 @ 1:06pm

[VIRAL] Tak Pernah Lagi Orang Tengok Anak Kena Denda Disuruh Gelek!

Gara-gara pukul adik sebab naughty, adik berumur empat tahun ini disuruh gelek-gelek sampai taubat!

Bila kita cakap pasal hukum anak, mesti orang ada persepsi negatif kan? Tapi, video yang baru-baru ini tular di media sosial menunjukkan seorang ibu merakam ragam anaknya yang berumur empat tahun didenda membuatkan warga netizens gelak terbahak-bahak.

Daripada video berdurasi 1 minit 24 saat yang dimuatnaik oleh Rabiatul Adawiyah Yusak di Facebook, adik yang berumur empat tahun tersebut difahamkan telah memukul adiknya menggunakan kayu (dengan manja lah kot) dan sebagai hukuman, si ibu menyuruh adik ini gelek-gelek walaupun menangis teresak-esak.

“GELEK SOME MORE!”

Apabila video ini dimuatnaik semula di Twitter oleh Fahad Iman, sepantas kilat mendapat perhatian para-para Twitter-ians  diluar sana, sampai mendapat ribuan retweets dan likes!

Kalau you all belum tengok lagi video itu, pasti Monday blues korang semua hilang dengan serta-merta!

Mum is kejam tak ajak aku”—netizens semua terhibur.

Lepas je video itu mendapat perhatian, cepat sahaja orang komen mengatakan “denda” tersebut terlalu comel dan kreatif! Walaupun ada yang cakap tak elok untuk si ibu mengajar penggunaan perkataan”gelek” sejak umur kecil, netizens yang lain pula pandang sebelah mata dan sokong kaedah ini jika dibandingkan dengan hukuman-hukuman lain seperti pukul atau tinggikan suara.

So para ibu-ibu bapa-bapa diluar sana, mungkin anda boleh mula suruh anak anda “gelek some more” bila mereka nakal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Nov 2022
Events Sun, 12 Mar 2023
Featured Tue, 15 Nov 2022
Selebriti Tue, 24 Oct 2023
Trending Sat, 26 Jan 2019

Wajah Tak Cantik Selepas Pembedahan, Video Blogger Bunuh Diri

Tak Sanggup Tengok Wajah Tak Cantik Selepas Pembedahan, Wanita Ditemui Mati Bunuh Diri

Hiburan Thu, 20 Jul 2023