Euforia Bola 2026
Trending By: Asrul Haliff March 6, 2020 @ 1:14pm

[VIRAL] Pelajar Autisme Dedah “Tidak Pernah Putus Berdoa” Rahsia Cemerlang SPM

Bak kata petapah; dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

Mesti sekarang ini adik-adik lepasan SPM akhirnya berasa lega setelah sekian lama menanti keputusan SPM kan? Tambahan, makcik-makcik diluar sana pula tidak habis-habis ingin membandingkan keputusan anak-anak saudaranya yang sebaya; siapa yang lebih bijak dan siapa yang kurang.

Tetapi, berita mengenai seorang pelajar autisme dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena, Kedah lebih menarik daripada itu! Pelajar istimewa tersebut—Muhammad Muslim Ahmad Shukari—membuat kejutan apabila adik ini berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang!

Meraih lima A dalam lima matapelajaran, Muhammad Muslim cemerlang dalam subjek Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Bahasa Melayu serta Pendidikan Seni Visual.

Walaubagaimanapun, minat Muhammad Muslim terhadap pelajaran tidak bermula sejak sekolah rendah. Ibunya—Lafdziyah Mohd Marzuki, 47—berkata anak keduanya daripada lima adik beradik itu mula menunjukkan minat apabila dia mengejutkan keluarga serta guru dengan mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

▲ Muhammad Muslim Ahmad Shukari bersama ibu dan adik-beradiknya.

Bercita-cita untuk menjadi arkitek, Muslim mengakui agak sukar untuk dia bersaing bersama rakan-rakan aliran normal, tetapi kesukaran itulah yang menjadi pembakar semangat usahanya.

“Kawan-kawan bagi semangat dan ajar saya, terima kasih banyak-banyak. Teknik belajar saya ialah ikut jadual setiap hari, sentiasa berdoa dan ulang kaji secara berkumpulan”.

— Muhammad Muslim, pelajar autisme cemerlang SPM SMK Pokok Sena.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 7 Mar 2026
Hiburan Tue, 12 Nov 2024

Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima Sepenuhnya, Fattah Diberi Hak Bermalam 2 Kali Sebulan & Lawatan Harian 3 Kali Seminggu

Fazura dapat hak jagaan Fatima sepenuhnya, Fattah diberi hak lawatan dan bermalam

Trending Tue, 28 Jan 2020

‘Virus Nipah’, Ramai Tak Tahu Malaysia Pernah Diserang Virus Paling Berbahaya 22 Tahun Lalu

Virus Nipah pernah meragut nyawa, virus ini rupanya berpunca dari..

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
error: Content is protected !!