Trending By: Attiqah Mohd March 16, 2020 @ 5:12pm

Benarkah Pesakit Coronavirus Yang Sudah Sembuh Masih Mempunyai Risiko Kematian Yang Tinggi?

Semakin hari semakin banyak rekod baru yang dicatatkan berikutan wabak Coronavirus. Saban hari, wabak ini meragut puluhan ribu nyawa, walaubagaimanapun sinar harapan masih ada buat pesakit. Segelintirnya berjaya memerangi virus, tak kurang juga yang maut di tangan virus ini. 

Justeru, tidak semua menerima nasib yang sama, beberapa kes melibatkan pesakit yang telah sembuh sepenuhnya daripada wabak ini akhirnya kandas dalam pertarungan menentang Coronavirus. Persoalan timbul, apa benar mereka birisiko tinggi menghadapi maut walaupun disahkan “pulih” sepenuhnya? 

Meninggal dunia lepas 5 hari disahkan bebas wabak Coronavirus

Menurut sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Hello Doktor, seorang pesakit bernama Li Liang yang berusia 36 tahun meninggal dunia setelah 5 hari disahkan bebas daripadda wabak Coronavirus. 

Pada mulanya, Li Liang telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital selama 13 hari. Rawatan itu diteruskan sehingga sampel klinikalnya negatif bagi virus korona selama dua hari berturut-turut. 

Kredit Foto: Al-Jazeera

Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan Li Liang telah dibenarkan pulang. Sebelum itu, dia diletakkan bersama dengan pesakit lain yang telah sembuh untuk tujuan kuarantin. Perkara tersebut merupakan protokol biasa yang dilalui mana-mana pesakit yang sembuh kerana tidak ada individu yang dapat memahami kesan jangkitan COVID-19 dalam jangka masa panjang. 

Dikejarkan ke hospital kerana simptom sesak nafas

Malangnya, pada 2 Mac 2020, Li Liang telah dikejarkan ke hospital berikutan simptom sesak nafas yang dialaminya. Rawatan kecemasan yang diberikan gagal membuka laluan pernafasan Li dan dia menghembuskan nafas terakhirnya. Punca kematiannya dikenalpasti sebagai kegagalan sistem pernafasan disebabkan virus korona baru. 

Kredit Foto: HECTOR RETAMAL/AFP via Getty Images)

Berikutan kejadian tersebut, kebanyakan hospital di Wuhan enggan membenarkan pesakit mereka yang telah sembuh untuk pulang.  Perkara ini bukan sahaja terjadi kepada Li, malah beberapa individu yang lain. Encik Wang (bukan nama sebenar) telah disahkan positif semula, 18 hari setelah menamatkan rawatan di Hospital Zhejiang.

Persoalannya, adakah pesakit yang sembuh sebenarnya masih mempunyai virus tersebut walaupun ujian makmal menunjukkan keputusan negatif?

Risiko penularan jangkitan, rendah atau tinggi?

Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Jerman, risiko penularan jangkitan bagi mereka yang telah sembuh sebenarnya rendah. Walaubagaimanapun, mereka yang telah sembuh daripada jangkitan virus seharusnya dipantau dari semasa ke semasa, tujuannya adalah untuk memastikan mereka yang pernah dijangkiti tidak mengalami apa-apa komplikasi daripada jangkitan berkenaan 

Mereka yang mengalami jangkitan ringan tidak akan menyebarkannya kepada orang lain 10 hari selepas simptom bermula. Pada fasa awal jangkitan, proses peluruhan virus kebanyakkannya berlaku di tekak selepas 5 hari jangkitan berlaku. Namun perkara ini hanya berlaku pada mereka yang mengalami simptom ringan.

Kredit Foto: Marketwatch

Bagi individu yang menunjukkan simptom jangkitan paru-paru (pneumonia), kadar luruhan virus adalah lebih tinggi. Mereka akan mengalami proses peluruhan virus sehingga hari ke-10. Pada saat itu, proses tersebut akan turun perlahan-lahan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mereka yang telah sembuh daripada virus korona baharu masih boleh mendapat keputusan positif melalu pengambilan sampel tekak dan air liur.

Kredit Foto: NY Times

Ada juga kes di mana individu mendapat keputusan positif selepas berminggu-minggu sembuh daripada jangkitan virus korona baharu. Kajian yang dijalankan di Jerman itu menggunakan ujian reaksi rantaian polimerase (PCR).

Ujian tersebut mengesan maklumat asid ribonukleik (RNA) bagi mengetahui sama ada pesakit masih mengeluarkan virus. Walau bagaimanapun, ujian tersebut tidak berupaya untuk menentukan sama ada individu itu berjangkit ataupun tidak.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Mar 2021
Trending Wed, 2 Sep 2020
Featured Tue, 28 Sep 2021

Antara Hidup Dan Mati, Gerak Khas Undercover Buat Penonton Teruja

Drama bersiri popular Gerak Khas kini kembali dengan wajah wajah baru yang menampilkan jalan cerita yang bakal membuatkan penonton teruja. Bukan hanya mengekalkan barisan pelakon asal seperti Erra Fazira, Salina Saibi, Gerak Khas Undercover juga […]

Trending Fri, 29 Jan 2021
Featured Tue, 13 Feb 2024
Featured Thu, 23 Feb 2023

[VIDEO] Roslan Shah Jalani Rawatan Sihir Secara Live Di TikTok?

Sakitnya tengok.. moga dipermudah segala urusan

Trending Mon, 2 Apr 2018

Bengang Punya Pasal, Isteri Gantung Suami!

Wanita, 26, itu bertengkar dengan suaminya, Fendik Tri Oktasari, 27, di rumah mereka di Sawah Gede, Kedurus, Karangpilang, Surabaya pada malam Jumaat lalu selepas rahsia lelaki itu menjalinkan hubungan sulit terbongkar.