Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas March 6, 2018 @ 5:19pm

Isteri Jamal Abdillah Pernah Dihalau Peminat!

Nak kata baharu tetapi hampir setahun dah berkahwin namun inilah kali pertama, Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 59,  tampil memperkenalkan isterinya, Datin Zaiizatti Khiruddin, 24, berhadapan pihak media.

Pengenalan yang tidak diduga itu berlangsung pada sidang akhbar ‘Luncheon With The Stars’ sempena Minggu Setiausaha yang bakal di adakan pada 25 April di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi,  petang tadi. Jamal akan berkongsi pentas bersama Ratu R&B, Dayang Nurfaezah.

Dayang dan Jamal akan menghiburkan para Setiausaha pada 25 April depan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi.

Dengan kehadiran isteri, sudah tentu kesempatan itu direbut para media dan bloggers untuk bertanyakan soalan peribadi berkaitan pertemuan pasangan yang berbeza usia 35 tahun ini.

Menjawab soal perkenalan mereka, Jamal memberitahu, ‘Ini adalah Anugerah Allah yang diberikan kepada saya. Saya bukan cari atau minta tetapi ia datang sendiri. Saya amat menyanjungi kurniaan Tuhan ini.”

Menurut Jamal,  keputusannya untuk berkahwin selepas diperkenalkan berlaku pantas iaitu dalam masa sebulan walau pun hanya bertemu sekali sahaja.

“Lagu-lagu saya pun dia tak tahu,” ujar Jamal sambil menoleh kepada isterinya.

Menurut penyanyi ‘Sepi Seorang Perindu’ ini, beliau mengambil masa hampir 4 bulan  untuk memahami isterinya itu disebabkan perbezaan usia mereka yang jauh.

“Dia muda dan mempunyai karakter kebudak-budakan, jadi banyak yang perlu saya belajar dari dia dan sebaliknya. Dalam tempoh itu banyak juga berlaku perselisihan faham, “ cerita Jamal jujur.

Mengakui kata-kata suaminya, Zaiizatti memberitahu, ‘Saya memang kenal dan tahu siapa Datuk Jamal Abdillah tetapi lagu-lagunya saya jarang dengar sebab ia bukan lagu yang menepati generasi saya.”

Sedar akan kedudukannya sebagai isteri kepada seorang penyanyi tersohor yang dikerumuni ramai peminat khususnya kaum wanita, Zaizatti tidak rasa terganggu walau pun pernah dihalau kerana peminat hanya mahu bergambar dengan Jamal sahaja.

Jamal dan isterinya, Zaiizatti.

“Saya faham di luar, Dato milik masyarkat. Di rumah Dato milik saya,” ujarnya dalam nada lembut.

Izzaitti dan Jamal bernikah secara rahsia pada 1 April tahun lalu menerusi aturan keluarga.

Perkahwinan itu merupakan yang  keempat buat Jamal yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal mempunyai dua orang putera lelaki iaitu Osama Yamani, 16, hasil perkahwinannya dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 10, daripada isteri ketiganya, Fatimatuzahra.

Berhubung projek terbaharu, Jamal Abdillah dijangka mengadakan konsert bersama Datuk M. Nasir di Istana Budaya pada bulan Ogos depan malah khabarnya akan menjemput penyanyi Wany Hasrita sebagai salah seorang daripada artis jemputan selain penyanyi berasal Australia, Cassidy Anderson.

“Wany banyak menyanyi lagu-lagu saya dalam Youtube dan dia ada satu konsep yang menarik untuk saya duet dengannya tetapi  semuanya masih dalam rundingan,” akhiri Jamal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Nov 2022

Tular Video Berkebun, Syamsul Yusof Nafi Ada Akaun TikTok & Facebook – “Tu Semua Fake”

Haa tu dia, jangan percaya terus apa yang kita nampak ok! Akaun TikTok Syamsul tu fake 🥵

Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Drama Atau Filem, Mira Filzah Tak Kisah!

Filem Rise: Ini Kalilah bakal ditayangkan pada Hari Malaysia bulan depan, membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Mira Filzah, Remy Ishak, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Jenn Chia dan Shashi Tharan.

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

‘Bila Nak Kahwin Betul-Betul?’, Peminat Suruh Remy Ishak Melamar Mira Filzah

Sweet betul tengok pasangan ini dalam Pujaan Hati Kanda kan?

Featured Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Justin Bieber Simpati Keadaan Demi Lovato

Justin sama sekali tidak menyangka dia boleh kembali mengambil dadah tetapi saya doakan dia dan keluarganya dalam keadaan baik.

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Rakan Dedah Perubahan ‘Pelik’ Mel B Selepas Cerai

engambilan arak untuk melupakan masalah mungkin difikirkan mampu melupakan masalah, tetapi Mel B perlu tahu rakan-rakannya cukup risau dengan keadaan wanita itu.

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Percintaan Selama 7 Tahun Musnah, Risteena Munim Curang?

Semoga hubungan kali ini berakhir ke jinjang pelamin!

error: Content is protected !!