Euforia Bola 2026
Trending Hari Ini By: Syafiqa Irdina April 17, 2020 @ 1:08pm

Pekerja Syarikat Yang Dibenarkan Beroperasi Perlu Jalani Ujian Saringan, Kos Dibiayai

Semua pekerja syarikat dalam sektor yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diwajibkan menjalani saringan COVID-19 terlebih dahulu.

Perkara tersebut diberitahu oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam satu sidang media khas di Putrajaya semalam.

Sebagai Langkah Keselamatan

Menurut beliau, kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia menerusi PERKESO merupakan langkah keselamatan untuk menjamin semua pekerja bebas daripada pandemik Covid-19.

“Sebagai langkah keselamatan untuk menjamin semua pekerja syarikat-syarikat yang dibenarkan beroperasi bebas dari Covid-19, MITI akan bekerjsama dengan Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), di mana pekerja-pekerja diwajibkan menjalani saringan Covid-19,” katanya.

Kos Saringan Dibiayai

Tambahnya, pihak syarikat tidak perlu bimbang kerana kos saringan COVID-19 bagi semua pekerja terbabit akan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO.

Dalam pada itu, kebenaran beroperasi ini tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKM dan garis panduan oleh lain-lain agensi penguatkuasaan selain wajib mematuhi syarat-syarat Standard Operating Procedure (SOP) bagi sektor masing-masing.

Kredit: Youtube Buletin TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Dec 2023
Events Tue, 19 Mar 2019
Featured Thu, 20 Feb 2025
Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Featured Sat, 1 Mar 2025
Featured Thu, 12 Oct 2023
Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Sun, 28 Apr 2024

“Biawak Hidup! Daripada Kahwin Sampai Cerai, Satu Haram Pun Tak Bagi” – Luah Rasa Berang, Ubai MZ Tujukan Kepada Siapa Tu?

Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.

error: Content is protected !!