Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas March 12, 2018 @ 1:52am

Ironinya judul lagu album ‘Puncak Kasih” Ziana Zain!

Tabik kepada Siti Roziana Zain, 49,  atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain!

Walau pun berhadapan dengan masalah rumahtangga tetapi  tetap memenuhi undangan majlis. Itulah semangat seorang wanita berjiwa kental.

Seperti  katanya,” “I’m strong (saya kuat). Sebagai selebriti pelbagai perkara boleh berlaku. Tapi kena move on (teruskan hidup) dan teruskan kerjaya.”

Perassaannya itu dikongsi kepada tetamu yang hadir pada sebuah majlis sebelum mempersembahkan lagu Puncak Kasih tetapi ternyata Ziana tidak dapat meneruskan nyanyian dan hanya sempat menyampaikan baris terawal lagu yang diterbitkan melalui album keempatnya  pada tahun 1997 itu.

Memetik laporan BH Online, beberapa kali juga Ziana cuba mengawal perasaan dan mencari rentak namun hanya mampu berdiri tegak sambil memegang mikrofon sehingga sukar untuk meneruskan nyanyian.

Dalam keadaannya yang kelihatan cuba menahan sebak, khalayak yang memenuhi dewan majlis membantu Ziana menyanyikan lagu berkenaan sambil bersorak tanda sokongan.

Album terbitan BMG ini memenangi anugerah Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik pada tahun 1998.

Bayangkan antara lirik lagu ini yang berbunyi,’Puncak kasih kita, rendangnya oh! seketika, bagai cerita satu mimpi episod, terpaksa aku reda….” sudah pastinya jika diteruskan akan mengusik jiwa Ziana.

Tetapi kenapa Ziana memilih unuk menyanyikan lagu ciptaan Adnan Abu Hassan ini ya?

Lebih ironi lagi apabila album Puncak Kasih ini mempunyai beberapa judul lagu yang seolah berkait dan terpalit  dengan  kisah kehidupan yang dilalui kini seperti Sepi Tanpa Rela, Berpisah Jua, Satu Detik, Tika Naik Tika Jatuh,  Terlerai Kasih dan Dugaan Buatmu.

Kredit;: BH Online.

Bersabarlah Ziana ya… mungkin ada hikmah di sebaliknya!

Selama 20 tahun berkongsi mahligai cinta, Ziana dan Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, dikurniakan empat cahaya mata berusia antara 9 hingga 19 tahun.

Ekoran laporan polis yang dibuat Ziana sendiri pada 27 Februari,  mendakwa Armin mencederakan anak mereka, bekas ketua pramugara itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada 6 Mac.

Dua hari kemudian, Armin sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pindaan mencederakan anaknya  yang berusia sembilan tahun, pada 24 Februari lalu. Armin mengaku tidak bersalah!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Aug 2022

[VIDEO] Gara-Gara Kongsi Rakaman Azal Lamar Neera Azizi, Zarina Zainuddin Teruk Dihentam Netizen.. Ini Penjelasan Empunya Badan

Masing-masing ada pendapat sendiri tapi Zarina sebagai ibu lebih mengenali anaknya 😊 Azal pun faham dia tengah berlakon 😂

Featured Wed, 14 Aug 2024
Hiburan Wed, 29 Jan 2020

Tengah Sental Kuali, Tapi Selipar Kak Lina Pom Pom Yang Jadi Perhatian

Untungnya Azlan…pandai Kepom ambil hati keluarga Papa Awan Nano!

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Lagu Gedik Raya Terima Kritikan, Ifa Raziah Tampil Bersuara – “Mereka Bukan Tak Suka Lagu, Tapi Tak Suka Saya Secara Peribadi”

Penyanyi Ifa Raziah tampil memberikan penjelasan mengenai kecaman yang diterimanya sejak lagu Gedik Raya dilancarkan pada Februari lalu.

Hiburan Thu, 28 Mar 2024

Darjat Ibu Bapa Terlalu Tinggi Untuk Diperdebat, Neelofa Akui Kelemahan Dalam Memberi Pandangan – “Saya Bukan Ustazah…”

“Saya bukannya ustazah dan orang yang layak untuk bercakap tentang ini tapi saya tahu sikit-sikit pasal benda ni,” demikian kata selebriti, Neelofa yang tampil mengulas dakwaan dirinya tiada empati dalam memberikan pendapat, baru-baru ini. Sebelum […]

Hiburan Sat, 13 Sep 2025
Hiburan Thu, 23 Mar 2023

Khas Ramadan Ini: Seleksi Rancangan Wajib Tonton Untuk Seisi Keluarga

Masa bersama keluarga dengan hiburan berkualiti!

error: Content is protected !!