OMG By: Aisyah Badrul May 14, 2020 @ 8:00am

Mudah! Wanita Ini Kongsi Resepi Cara Masak Lemang Menggunakan Air Fryer

Boleh dibilang dengan jari, tinggal berapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut hari raya Aidilfitri. Ini bermakna segala persiapan raya perlulah dilakukan walaupun pada waktu ini seluruh rakyat Malaysia perlu menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Raya tetap on tetapi perlulah bersederhana dan mematuhi SOP seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan ya.

Berbicara tentang raya, pasti terbayang di dalam kepala kita ketupat, rendang,kuih raya dan lemang yang sememangnya lazat dan menggoda. Namun, boleh dibayangkan kesukaran untuk mencari lemang atau ketupat yang dijual di tepi jalan untuk raya kali ini ekoran PKPB yang sedang dilaksanakan.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Nor Nisrin telah berkongsi cara membuat lemang dengan hanya menggunakan air fryer sahaja.

Siang-siang kena potong buluh berpeluh husband kata… ???? air fryer saya 2.4liter muat untuk 10btg buluh saiz sederhana….

Posted by Nor Nisrin on Saturday, May 9, 2020

Menurut Nor Nisrin, dia meminta pertolongan daripada suaminya untuk mencari buluh manakala resepi lemang pula diambil turun temurun daripada ayahnya yang juga seorang penjual lemang.

Sumber: Facebook Nor Nisrin

Kreatif kan? Nor Nisrin juga turut berkongsi resepi lemang ini menerusi kapsyen fotonya. Kalau korang nak cuba boleh lihat sendiri resepi di foto tersebut.

  • Siang-siang kena potong buluh berpeluh husband kata…  air fryer saya 2.4liter muat untuk 10btg buluh saiz sederhana. Tinggi dia 4 1/2 inci tanpa guna basket.. jadi ukur 1/2inci untuk tapak 4inci untuk bahagian atas…nak bersihkan buluh pakai kain bersih je lap kan…
  • Pulut tu saya guna 1/2kg rendam 6 jam dengan air biasa.. lepas basuh bersih tos kan then boleh mula bancuh santan dia..santan pekat guna sebiji kelapa kemudian tambah 1 liter air.. buh garam n ajinamoto sesiap.. Ayah saya cakap rasa santan tu mesti mcm air laut baru masuk pulut.. rendamkan 1jam lagi..
  • Dah cukup 1jam bole masukkan pulut 3/4 ke dalam buluh (jangan lupa hentakkan bagi mampat sikit).. Selebihnya masukkan santan sampai penuh..tengah tu saya letakkan mangkuk supaya buluh x jatuh sbb x guna basket kan.
  • Ni first batch masa masak..saya guna suhu 150′ 25 minit.. nak cek masak ke tidak saya guna ‘cake tester’..ada rasa berderap masa cucuk maksudnya x full masak tengah dia jadi saya tambah lagi 10min.. Alhamdulillah cun je masak pulut tu..
  • Jenis tak reti tunggu sejuk amik sebatang terus nak potong suruh anak yg tak puasa rasa.. 
  • Alhamdulillah… pulut masak cun dan berminyak, tak melekat senang je keluarkan dari buluh.. jadi buluh bole repeat guna lagi.. yang penting balut dengan kain basah bagi tahan lama hayat buluh tu..
  • Pulut lembut, lemak dan cukup rasa.. gu pulak dengan rendang ayam resepi Dato Rizalman.. uisyyy.. Terima kasih ayah, sampai jadi lemang anak ayah buat.. tapi kalau dapat balik raya boleh lah buat untuk ayah rasa lemang bakar versi moden

Nak buat lemang pun mudah sekarang. Dalam rumah pun boleh buat tau.

Sumber: Facebook Nor Nisrin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 Dec 2022

Lucu! Bonda Rozita Terkejut Dapat ‘Gift’ Di TikTok – “Sudah… Jangan Bagi!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda di laman Instagram yang memaparkan dia dan anak, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sedang membuat sesi live di aplikasi TikTok. Menerusi […]

Featured Tue, 27 Sep 2022
Featured Wed, 7 Dec 2022
Featured Tue, 23 Aug 2022
Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Sharifah Sakinah Ajak Meerqeen Couple?

Eh biar betul? Pastu #meerna macam mana? 😱

Featured Thu, 29 Dec 2022

Terpengaruh Drama Korea, Achey Belikan Isteri Telefon ‘Flip’ Skrin

Gara-gara terpengaruh dengan drama Korea Selatan, pelawak terkenal, Achey menghadiahkan isterinya, Nor Hasanah Yahaya atau Anne sebuah telefon baharu jenis ‘flip’ skrin. @anne_achey21 Pengaruh cerita korea kuat sangat 😅 #samsungzflip4 ♬ bunyi asal – Anne_achey21✅ […]

Featured Wed, 26 Oct 2022

Percutian Jadi Detik Cemas, Ben Amir Dedah Ditahan Polis Hong Kong Seperti SWAT Gara-Gara..

Uishhh, seramnya min dengar detik cemas percutian Ben Amir di Hong Kong 🥵🥵

Hiburan Sat, 10 Jun 2023