Featured By: Atiqah Johari December 7, 2022 @ 9:07pm

Terima Kecaman Hebat Selepas Berkahwin, Ini Respons Padu Syifa Melvin

Selepas menerima pelbagai kecaman daripada warganet baru-baru ini, pempengaruh Syifa Melvin tampil memberi respons mengenai isu perkahwinannya dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kata Syifa, orang luar tidak mengenali dirinya dan tidak mengetahui apa yang mereka tuturkan, malah dia menganggap ini takdirnya serta bersedia menerima kritikan warganet.

“Pada Syifa mereka yang bercakap buruk itu tidak kenal pun saya dan keluarga, mereka sendiri pun tak tahu apa yang mereka cakap.

“Bagi saya, bila berlaku perkara tersebut ia membuat saya kembali berfikir pada satu perkara yang telah saya tetapkan di fikiran iaitu takdir yang sudah tertulis untuk saya bernikah pada 28 November lalu, itu membuatkan saya lebih tenang.

“Saya sudah bersedia dengan kecaman netizen. Saya percaya segala kecaman, caci maki dan hentaman daripada netizen semua itu adalah takdir yang tertulis oleh Allah untuk saya hadapi semua ini.

“Dengan mengingat kembali takdir Allah, apa pun rasa macam terharu, sedih dan bangga, saya pasti ini semua ada hikmah. Allah sudah merancang segalanya yang terbaik untuk saya,” tuturnya kepada Gempak.

Memetik laporan Gempak, Syifa yang juga merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu memaklumkan bahawa dia hanya mampu membiarkan orang ramai untuk terus mengecamnya.

“Apa orang cakap biarlah, lebih banyak orang caci maki saya, lebih ramai burukkan nama saya, itu yang memberi ketenangan dalm hati saya. Jadi untuk mereka nak berkata buruk silakan lah, hikmah itu ada pada saya,” luahnya.

Untuk info, Syifa dan Safawi telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 28 November lalu.

Majlis akad nikah tersebut telah berlangsung di hotel terkemuka, Hilton Petaling Jaya dan dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 29 Mar 2020
Trending Wed, 1 Aug 2018

他为全球3亿个没鞋穿的儿童设计了「会长大的鞋子」

相信大家应该都拥有超过一双的鞋子,但是你知道全世界还有将近3亿个儿童没有鞋穿吗?

Hiburan Mon, 18 Sep 2023
#BabyXTRA Fri, 9 Jun 2023

#BabyXTRA: Mengidam Ais Krim Istanbul, Boleh ‘Transfer’ Sakit Kepala Pada Suami… Wany Hasrita Buat Persiapan Jadi Ibu

Bulan 7 ni Wany nak bersalin dahh 🥰 Semoga dipermudahkan segalanyaa ❤️❤️

Featured Thu, 17 Nov 2022
Featured Mon, 7 Nov 2022
Hiburan Thu, 18 May 2023