Selebriti By: Atiqah Johari October 17, 2023 @ 6:20pm

Tak Gentar Disekat Jenama Besar, Nadhir Nasar Lantang Bersuara Isu Palestin – “Tak Perlu Takut Hilang Punca Rezeki”

Pelakon Nadhir Nasar dilihat lantang bersuara mengenai konflik antara Palestin dan Israel menerusi akaun media sosialnya.

Oleh itu, Nadhir menganggap itu merupakan salah satu usahanya yang termampu untuk bersoladiriti dan gunakan pengaruh sebagai seorang selebriti.

“Kalau ada yang rasa takut disekat oleh mana-mana jenama, apa yang saya boleh katakan semua itu hanya sementara. Apa yang kita miliki ini sementara sahaja.

“Jadi perjuangan yang saya buat ini adalah untuk perjalanan saya lebih jauh lagi. Saya harus lakukan ini.

“Saya ada platform dan pengaruh. Saya perlu cakap perkara yang benar. Tak perlu takut hilang punca rezeki,” katanya kepada XTRA.

Nadhir ditemui ketika majlis sidang media drama terbaharu lakonannya bertajuk My Famous Ex-Boyfriend yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selesa.

Dia turut mengulas pekara itu selepas ramai dalam kalangan selebriti terkenal dunia menerima kesan susulan sokongan mereka terhadap salah satu negara bergolak.

“Apa lagi yang boleh saya buat? Kalau nak pergi berperang, adakah iman saya sudah cukup kuat. Ini sahaja cara saya untuk tunjukkan sokongan terhadap saudara Islam di sana.

“Kita tidak boleh bercakap soal keamanan atau hal asasi kerana ia sudah tertulis begitu. Jadi dalam isu ini kena pilih pihak mana kita sokong,” ujarnya.

Tambahnya, dia juga tidak kisah sekiranya ada yang menganggap sokongannya itu bersifat sementara ketika isu perang sedang hangat diperkatakan.

Tegasnya lagi, sedikit sokongan atau suara yang dilontar sudah cukup bermakna dalam perjuangan bagi membantu negara Palestin.

“Tak kisahlah seseorang selebriti untuk sokong bermusim. Buat baik sedikit pun sudah cukup daripada tidak melakukan apa-apa,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Tak Mahu Dibayangi Drama Nur, Amylea Sedia Tunjuk Taring di AJL-33

Amylea memberitahu tiada sebarang gimik akan dilakukan di pentas AJL 33 nanti.

Featured Thu, 23 Jun 2022
Trending Sat, 6 Jun 2020
Trending Tue, 23 Oct 2018
Trending Mon, 27 Apr 2020

Benarkah Penularan Wabak Covid-19 Bakal Berakhir Mei Ini?

Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik!

Featured Sat, 11 Jun 2022

Guru Sekolah Temukan Jasad Eril Terima Penghargaan – “Danke Mrs. Geraldine. Hatur Nuhun. Terima Kasih”

Salam Takziah untuk Ridwan Kamil sekeluarga 😢❤️ Terima kasih Mrs. Geraldine atas jasanya. Al-fatihah 🥀