#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi June 9, 2023 @ 5:34pm

#BabyXTRA: Mengidam Ais Krim Istanbul, Boleh ‘Transfer’ Sakit Kepala Pada Suami… Wany Hasrita Buat Persiapan Jadi Ibu

Berjauhan dengan suami semestinya tidak mudah, lebih-lebih lagi apabila si isteri sedang sarat mengandung.

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh penyanyi, Wany Hasrita apabila menjalani rumah tangganya bersama suami tercinta, Adib Fahmi secara PJJ (perkahwinan jarak jauh) atas urusan kerja di Sarawak.

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, Wany yang kini hamil lapan bulan tidak menafikan emosinya sedikit terganggu namun bersyukur ibunya menemani disisi.

Emosi Bercampur Baur, Wany Terus Tabah!

Rindu berjauhan, namun Wany berkata dia banyak melawan perasaanya sendiri kerana tidak mahu menyusahkan suami tercintanya yang sibuk bekerja di Kuching, Sarawak.

“Perasaan saya nak menjadi ibu ni bercampur baur. Emosi tak dinafikan ada masa tak stabil. Tapi saya cuba untuk menjadi normal sebab tak nak menyusahkan suami yang jauh.

“Ibu pun risau tengok keadaan saya tapi semua ok.. Saya tak meroyan sangat.

“Saya sepatutnya bersalin di Sarawak sebab tak nak susahkan suami.., tapi dapat bersalin di sini. Alhamdulillah, suami saya dapat ambil cuti jadi dia akan datang sini tapi untuk certain time saja. Nasib baik ibu saya ada,” katanya.

Wany Mengidam Ais Krim Istanbul! Wow Baby ‘Overseas’ Ke?

Lega hati si suami apabila Wany tak ada mengidam yang pelik-pelik… Namun di awal usia kandungan pelantun lagu Canggung ini tidak lalu makan makanan berkuah kegemarannya.

“Masa first trimester saya alahan pada sesetengah, terutamanya ubat yang warna merah tu. Saya seorang yang suka makan sup, makanan masakan Cina, Mee kari, Masak Lemak… boleh dikatkakan semua yang berkuah. Tapi awal-awal mengandung tak boleh nak makan, Alhamdulillah sekarang ok dah.

“Syukur saya tiada mengidam yang teruk, semua normal. Baru-baru ni mengidam nak makan ais krim Istanbul. Tapi bukanlah kena pergi sana, yang ada kat Bukit Bintang tu je,” katanya.

Wany ‘Transfer’ Sakit Pening Kepala Pada Suami… Magic!

Bergurau senda minta suami ambil sakit pening kepala, sekali betul-betul terjadi.. itulah antara momen mencuit hati buat pasangan Wany dan suami tercintanya, Adib ketika mengandung ini.

“Perkara pelik yang jadi dekat saya dan suami bila saya rasa pening… saya cakap dengan diri sendiri je ‘Ambillah sakit ni’, sekali tengok suami saya pula yang pening. Boleh transfer macam tu je, banyak kali dah jadi tapi tak teruklah,” katanya berseloroh.

Sedia Mental, Wany Fokus Timba Ilmu Menjadi Ibu

Berdebar pertama kali menjadi ibu membuatkan Wany banyak menghabiskan masa menimba ilmu dan kurang membeli barangan bayi yang tidak penting.

“Saya ada beli tiga helai baju baby, cukup untuk masuk dan keluar hospital saja… Orang kata jangan beli banyak sebab baby cepat membesar. Selain itu saya beli kerusi menyusu, baby cot, semua barang yang essentials saja.

“Saya fokus lebih menimba ilmu untuk menjadi seorang ibu. Kebanyakkannya dari membaca dan juga bertanya pengalaman orang lain,” ujarnya.

Wany berkata dia bakal melahirkan anak sulungnya di Pusat Perubatan Lembah Klang pada Julai ini.

Sekadar info, Wany dan Adib berkahwin pada 22 Julai 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Apr 2023

Nafi Bersekedudukan Dengan Shila Amzah, Ubai Lali Kerap Ditanya Soalan Sama

Tak baik kata macam tu… bulan puasa kot ni😤

Trending Thu, 5 Dec 2019

Paus Sperma Ditemui Mati Terdampar

Derita Perut Dipenuhi 100 Kg Sampah Sarap

Featured Mon, 22 May 2023

Hot FM Umum KJ Jadi DJ Hingga Disember Ini

Makin seronoklah Hot FM lepasni!

Trending Fri, 5 Jul 2019
Hiburan Sun, 29 May 2022
Featured Mon, 6 Mar 2023
Trending Fri, 29 Dec 2023
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Ini Pesan Terakhir Bob Lokman

Sebelum ini, Bob pernah di tahan di UiTM Private Speialist Centre, Sungai Buloh akibat mengalami masalah paru-paru berair dan jantung bengkak pada awal Januari lalu

Hiburan Thu, 3 Aug 2023

Mawar Rashid Dedah Emosi Terganggu, Menangis Ketakutan Macam Nak Gila – “Ada Sesuatu Yang Trigger Saya Sampai…”

Allahu macam mana boleh jadi macam tu? Semoga yang baik-baik buat Mawar & keluarga