Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 22, 2020 @ 12:00pm

[TERKINI] Solat Sunat Aidilfitri Tidak Dibenarkan Di Kelantan

Kelantan tidak akan membenarkan solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid di seluruh negeri.

Namun, menurut Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Datuk Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, solat Jumaat adalah dibenarkan pada hari ini.

Bilangan jemaah hanya 12 orang sahaja

Sumber : Google

” Solat Jumaat dibenarkan dengan bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang. Mereka adalah, Imam Tua, Imam Muda, bilal, siak serta ahli jawatankuasa (AJK) masjid.

” Keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Katanya pada Khamis.

Pelaksanaan solat Jumaat perlu dilakukan dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Suhu badan melebihi 37.4 tidak dibenarkan masuk ke masjid

Sumber : Google

Tambahnya lagi, pegawai dan jawatankuasa yang hadir perlu memeriksa suhu badan dan sekiranya lebih 37.4 celcius serta bergejala tidak dibenarkan memasuki masjid.

Tengku Mohamad Rizam berkata, walaupun solat Jumaat dibenarkan, namun solat sunat Aidilfitri tidak dibenarkan.

“Orang ramai dinasihatkan melakukan solat fardu lima waktu dan solat sunat Aidilfitri di rumah bersama keluarga.

Justeru itu, pihak Maik berharap agar orang ramai terutamanya rakyat Kelantan dapat memberikan kerjasama dalam memutuskan rantaian Covid-19 ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 May 2022
Featured Thu, 21 Aug 2025

Kmy Kmo ‘Tak Selera’ Dengar Lagu AI – “Emosi Lagu Tu Kosong Paling Sedih Bila…”

Kata Kmy, lagu itu sebagai karya yang lahir bukan dari jiwa.

Trending Tue, 26 Jan 2021

Peruntukkan 293 Juta Dari Air Selangor, Turunkan Kadar Air Tak Berhasil

Air bersih, kualiti hidup terjamin. Semoga selepas ini, tiada lagi masalah air di Selangor yang menyusahkan rakyat

Featured Mon, 9 Jan 2023
Hiburan Mon, 23 Feb 2026

Individu Imbau Momen Que Haidar Suruh Peminat Minta Izin Linda Jasmine Sebelum Bergambar, Dipuji Suami ‘Green Flag’

Individu tersebut turut menyifatkan Que seorang suami yang amat mengutamakan perasaan isterinya

error: Content is protected !!