Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd June 1, 2020 @ 3:45am

Golongan Bujang Kemungkinan Dibenarkan Pulang Ke Kampung Bertemu Keluarga – Menteri Kanan

Perasaan rindu buat kampung halaman tidak dapat lagi ditanggung, justeru berita ini pastinya menggembirkan hati si bujang!

Menteri Kanan Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi kebenaran buat golongan bujang yang berada di bandar untuk pulang menziarahi keluarga di kampung halaman.

Tambah beliau lagi, beliau memahami perasaan mereka yang tidak pulang ke kampung selama tiga bulan dan bersimpati dengan individu-individu ini.

Beri masa untuk kerajaan keluarkan kebenaran

“Saya faham dan kerajaan sudah mula berbincang mengenai beberapa kelonggaran yang boleh diberikan dalam mesyuarat hampir setiap hari.

“Kepada golongan bujang yang rindukan keluarga, beri kami sedikit masa lagi untuk kita berbincang bilakah mereka boleh dibenarkan melakukan perjalanan. Kita takkan tutup selama-lamanya,” katanya dalam sidang media semalam.

Pastinya, tidak ada apa yang lebih menggembirakan hati mereka yang bujang di bandar daripada pulang bertemu keluarga di kampung halaman.

Bak kata pepatah, “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’, semoga ada pengakhiran gembira buat si bujang!

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 May 2025
Trending Wed, 29 Sep 2021

“Foto ‘B*gil’ Penuh Akan Disiarkan Sekiranya..” – Nam Ron

Pelakon berbakat besar, Nam Ron memuat naik dua foto tidak berbaju di laman Twitter miliknya dan ia mendapat perhatian warganet. Menerusi ciapan yang dikongsi semalam, Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 52, secara sinis […]

Featured Wed, 4 Dec 2024

“Lelaki Sejati Takkan Naik Tangan!” – Anzalna Nasir Seru Wanita Alami Keganasan Perkahwinan Tampil Lebih Berani

Menurut Anzalna, perceraian adalah perkara paling menakutkan dan menyakitkan bagi kaum wanita

Hiburan Fri, 13 Sep 2024
Hiburan Mon, 28 Apr 2025

[VIDEO] Momen Anak Fattah Amin Lambai & ‘High 5’ Amira Othman Curi Tumpuan

Fatima dilihat mesra melambai dan high 5 Amira Othman

Hiburan Fri, 4 Jul 2025

“Iman Bukan Naik Turun, Tapi Sentiasa Keluar Masuk” – Shera Aiyob Titip Nasihat Buat Kila Fairy

Shera Aiyob titip nasihat buat Kila Fairy istiqamah jaga penampilan

Featured Fri, 24 Jun 2022

“Bakat Luar Biasa!” – Mubarak Majid Rangkul Gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Di India

Selalu berlakon watak jahat, orang tua miang dan bapak yg panas baran. Sangat menjadi setiap pembawaan wataknya.

Kisah Viral Fri, 12 Jun 2026

Jangan Mudah Terpedaya! iPhone Kini Dijadikan Cagaran Pinjaman Tidak Berlesen

Satu trend baharu melibatkan pinjaman wang tidak berlesen menggunakan iPhone sebagai cagaran kini semakin membimbangkan.

Featured Wed, 25 Sep 2024
Trending Mon, 25 Jan 2021

Pernah Berlakon Drama Bersiri Popular, Aktres Song Yoo Jung Dilaporkan Meninggal Dunia

Sedihnya..min dulu suka tengok drama korea school 2017 tu😭

error: Content is protected !!