Trending Hari Ini By: Aisyah Badrul June 16, 2020 @ 11:49am

Ibu Bapa Perlu Didik Anak Jaga Kebersihan Sebelum Sekolah Dibuka

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telah mengumumkanbahawa pembukaan semula semua prasekolah dan tabika bermula 1 Julai ini dengan SOP terperinci dijangka diumumkan KPM dalam masa terdekat.

Ekoran pengunguman ibu bapa perlu menyemai kepentingan penjagaan kebersihan serta amalan jarak sosial kepada anak-anak sebelum prasekolah dan tabika dibuka semula tidak lama sahaja lagi.

Anak-anak kecil pastinya akan teruja untuk kembali ke tadika dan berjumpa rakan-rakan selepas tiga bulan bersada di rumah ekoran pelalaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak 18 Mac, diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)  pada 4 Mei dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lepas.

6,216 prasekolah di bawah KPM; 7,887 prasekolah swasta; 1,781 tabika di bawah Kementerian Perpaduan Negara serta 8,530 tabika kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan dibuka semula bermula 1 Julai ini. Oleh itu, kerjasama daripada ibu bapa dalam menyemai sikap mementingkan kebersihan dalam diri anak-anak sangatlah digalakkan bagi kesejahteraan bersama dallam membendung pandemik ini.

Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) Anisa Ahmad berkata kanak-kanak yang diterap dengan penjagaan kebersihan akan mempraktikkan amalan tersebut.

“Di tadika memang sudah diajar aspek kebersihan dan anak-anak memang amalkan basuh tangan ikut langkah 20 saat.

“Jika ibu bapa turut bantu terapkan nilai yang sama di rumah, normal baharu akan jadi biasa dan risiko di tadika boleh diatasi kerana anak-anak dah biasa diterapkan dengan amalan kebersihan seperti cara basuh tangan untuk elak jangkitan virus.

“Jadi, mereka lebih mudah faham jika kita (guru) minta lakukan,” katanya.

Setakat semalam, Malaysia mencatatkan sebanyak 8,494 kes positif COVID-19 dengan 121 kematian.

Kredit foto: Theasianparents Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Jan 2019
Featured Sun, 27 Mar 2022

Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson Jadi Kekasih Hati Secara Terbuka… – “She Said Yes”

2 tahun menanti, Akhirnya Aedy Ashraf berani meluahkan rasa cintanya kepada Amelia Henderson. Bersemutttt..!

Hiburan Tue, 3 Sep 2019
familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] Buat Trend TikTok Bersama, Reaksi Datin Nur Shahida Terhadap Qadejah Curi Tumpuan – “Mak Dia Pun Confuse”

Semakin menginjak remaja, anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra sering mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila dia sudah mempunyai akaun TikTok sendiri. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Qadejah […]