Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul June 17, 2020 @ 11:49am

Jangan Percaya! Ini Senarai Berita Palsu Yang Tular Hari Ini (17 Jun 2020)

Nampaknya, isu penularan berita palsu di negara kita bagaikan tiada kesudahan. Setiap hari ada sahaja berita yang tidak benar yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Korang pun jangan mudah percaya denga berita-berita yang korang baca. Selidik dahulu kesahihannya okay?

Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini.

1. Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) menafikan telah mengeluarkan hebahan bertajuk “TERKINI: CARA PENDAFTARAN BANTUAN PENJANA IBU TUNGGAL RM300” seperti yang tular di media sosial. JPW menjelaskan bahawa sehingga kini pihaknya masih belum membuka sebarang pendaftaran permohonan bantuan ibu tunggal secara online. JPW juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang pendaftaran selain daripada yang dimuat naik daripada laman web rasmi JPW.

2. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan dakwaan berlakunya angin kuat dan hujan lebat dengan kekuatan angin mencecah kelajuan 45-50km/h (sekitar 23-30 knot) pada 16 Jun 2020 dari 8.37 pagi sehingga lewat petang di bahagian utara Semenanjung Malaysia. MET Malaysia menyarankan agar orang ramai mendapatkan maklumat cuaca yang terkini dan sahih daripada Jabatan Meteorologi Malaysia sahaja.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Netizen Ucap Tahniah Buat Umisya Mazlan, Harap Aslam Lebih Menghargai Isteri – “Menang Tanpa Bertanding”

Netizen membanjiri hantaran Umisya Mazlan dengan ucapan tahniah serta meluahkan rasa kagum terhadapnya atas kesabarannya menempuh ujian rumah tangga

Trending Fri, 10 Apr 2020

Sabah Terima 3 Juta ‘Mask’ Hari Ini Untuk Diedarkan!

Rakyat Sabah akhirnya boleh menarik nafas lega

Trending Thu, 26 Nov 2020
Hiburan Sun, 12 Jan 2025

Sitizone Meriahkan Ulang Tahun Siti Nurhaliza Di Segi 3 Emas Bukit Bintang

Peminat raikan birthday Siti Nurhaliza dengan papan iklan di Bukit Bintang.

Featured Thu, 14 Dec 2023
Kisah Viral Thu, 14 Apr 2022

Rambut Dalam Tepung Pelita, JKN Perak Sedang Jalankan Siasatan

Apa nak jadi la dengan peniaga bazar sekarang ni?

error: Content is protected !!