Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 2, 2020 @ 12:44pm

Anak Bawah Umur 18 Tahun Layak Dapat BSH RM480, Ini Syaratnya…

Setelah negara berhadapan krisis ekonomi akibat penularan wabak Covid-19, semestinya ramai sektor yang terkesan dan sekaligus ramai pihak terjejas terutamanya dari segi kewangan.

Oleh itu, pihak kerajaan komited dalam memberi bantuan terutamanya kepada mereka yang layak.

Anak bawah 18 tahun layak dapat bantuan

Dalam satu kenyataan media, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memaklumkan bahawa keluarga yang mempunyai anak di bawah usia 18 tahun, layak menerima bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bagaimanapun, maksimum empat orang anak sahaja yang layak mendapat bantuan dengan setiap orang akan menerima RM120 pada fasa ketiga ini.

Sumber : gcarian

Tambahnya lagi, BSH kali ini merangkumi 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang dengan implikasi kos sebanyak RM3 billion.

“Sebagai contoh, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat orang anak akan mendapat RM1,080 secara keseluruhan bagi bantuan BSH ini…

Pendapatan isi rumah kurang RM2,000

Bagi isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,000 akan menerima bayaran sebanyak RM600 manakala, isi rumah dengan pendapatan antara RM2,001 – RM3,000 akan mendapat BSH RM350.

Kredit : tontonmy

Manakala, bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 – RM4,000 akan menerima BSH sebanyak RM250 dan, golongan bujang (40 tahun ke atas) berpendapatan kurang RM2,000 akan menerima BSH RM400.

Penerima TIADA akaun bank bagi penduduk pedalaman Sabah, Sarawak boleh…

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelaksanaan pembayaran secara tunai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan fasa kedua serta fasa ketiga BSH 2020 bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula pada 1 hingga 31 Julai 2020 dan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak.

“Perbadanan Malaysia Sabah dan Perbadanan Malaysia Sarawak akan turun ke lokasi-lokasi yang ditetapkan di kawasan pedalaman bagi memudahkan urusan penerima di kawasan berkenaan…

“Usaha ini bakal memanfaatkan 53,325 penerima dengan impIikasi kewangan sebanyak RM28.7 juta” Tambahnya.

BSH fasa ketiga dijangka akan dilaksanakan sebelum akhir Julai ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 18 Sep 2018

Tiada Lagi Pembaharuan Lesen Di Dalam MyKAD

kerajaan melalui JPJ akan menggunakan pakai sepenuhnya lesen memandu fizikal bagi menggantikan lesen memandu yang terkandung di dalam MyKAD pengguna.

Kisah Viral Wed, 4 Jun 2025
Trending Mon, 31 May 2021
Featured Wed, 6 May 2026

“Saya Cantik Tau, Anak Saya Comel!” – Eyra Hazali ‘Warning’ Wanita Cuba Goda Suami

Eyra Hazali yang juga isteri kepada penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli memberi peringatan kepada segelintir wanita yang cuba mendekati suaminya.

Trending Fri, 9 Feb 2018

‘Saya Tidak Campak, Tapi Saya Lukis’ – Dikecam Kerana Dessert Shell Out, Ini Penjelasan Dato’ Fazley Yaacob

Dunia seni kulinari Malaysia kini mencipta evolusi baru apabila Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012, Dato’ Fazley Yaakob tampil dengan idea unik dan kreatif, ‘Sweet Table’ untuk penggemar dessert.

Featured Fri, 7 Jul 2023

Aksi Wanita Menari Gelek Depan Orang Ramai, Caprice Tampil Bersuara

Baru-baru ini, tular di laman media sosial TikTok seorang wanita sakan menari gelek semasa menjadi penonton di sebuah rancangan nyanyian televisyen. ARTIKEL BERKAITAN: Menari Gelek Depan Orang Ramai… Aksi Wanita Ini Dikecam, Netizen Dakwa Tiada […]

Hiburan Thu, 8 Jan 2026
Featured Fri, 10 Mar 2023

4 Hero Terperangkap, Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir Bakal Menyentuh Hati Penonton

Sedih tengok pengorbanan mereka 😢 Jangan lupa saksikan di Majalah 3, isnin depan jam 9 malam

error: Content is protected !!