Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd July 8, 2020 @ 7:53pm

Penuntut IPTA Dibenarkan Kembali Ke Kampus Bermula Julai

Dalam sidang di Putrajaya hari ini, Menteri Pendidikan Tinggi Dr. Noraini Ahmad mengumumkan bahawa penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dibenarkan kembali ke kampus secara berperingkat pada bulan ini dengan kemasukan sepenuhnya pada Oktober depan.

“Kumpulan ini adalah tambahan kepada lima kategori pelajar yang telah diberi kebenaran sama sebelum ini,” katanya.

Empat kategori yang dibenarkan kembali ke kampus secara berperingkat

Beliau berkata, empat kategori terbabit ialah pelajar tempatan di IPT swasta (IPTS) sebanyak 30 peratus seperti yang dimohon oleh Persatuan Kolej dan Universiti Swasta.

“Seterusnya, pelajar tahun satu hingga empat di universiti awam (UA) dalam bidang pengajian memerlukan latihan klinikal, latih amal, praktikal, bengkel, makmal, studio atau peralatan khusus, serta mereka yang perlu menduduki peperiksaan badan profesional.

“Selain itu, pelajar tahun satu hingga empat di UA yang tiada akses Internet atau persekitaran kondusif, seperti ruang belajar yang sempit atau keadaan tidak selesa bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

“Satu lagi kategori ialah pelajar antarabangsa di kedua-dua UA dan IPTS, termasuk penuntut baharu,” katanya.

Untuk info lanjut tonton video di bawah:

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Dec 2023
Trending Tue, 4 May 2021
Trending Thu, 22 Nov 2018

MAS Responds to Live Review of Flight From Kuala Lumpur to London

Malaysian Airlines is really concerned about his flight experience.

Featured Mon, 12 Aug 2024
Trending Fri, 6 Nov 2020
error: Content is protected !!