Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina July 15, 2020 @ 11:41am

UNITEN & UKM Rancang Teruskan Kelas Dalam Talian

Tak lama sahaja lagi.

Walaupun kemasukan semula pelajar sepenuhnya ke kampus pada Oktober nanti, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merancang untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian

PdP Dilaksanakan Secara Gabungan Di UNITEN

Naib Canselor UNITEN, Prof Datuk Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha berkata, sistem PdP di universiti itu akan dilaksanakan secara gabungan iaitu dalam talian dan juga bersemuka bagi beberapa kursus yang memerlukan kehadiran ke makmal atau studio.

“Umpamanya makmal kejuruteraan, pelajar kena pergi ke makmal untuk buat praktikal atau uji kaji, tapi ada yang boleh buat kuliah dalam talian. Walaupun 100 peratus datang ke kampus, tidak semestinya kita tinggalkan dalam talian, ia kombinasi,” katanya.

66 Peratus Pelajar UKM Berminat PdP Dalam Talian

Sementara itu, Naib Canselor UKM, Prof Datuk Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, hasil tinjauan institusi itu mendapati 66 peratus atau dua pertiga daripada pelajar lebih berminat dengan kelas yang dibuat secara dalam talian.

“Jadi, kita akan cuba buat sebaik mungkin secara dalam talian kecuali kursus yang memerlukan makmal atau studio. Selain daripada itu, kita akan buat dalam talian walaupun pelajar berada di kampus. Mereka (pelajar) lebih selesa kerana sudah lama belajar secara dalam talian, jadi mereka mahu kekalkan cara yang sama,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh saksikan menerusi Youtube Buletin TV3 okay?

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 9 Jun 2020

PDRM Tamatkan Sekatan Jalan Raya Bermula Esok

Berita yang wajib dikongsi ramai!

Trending Thu, 11 Jun 2020
Trending Mon, 25 Jun 2018

正妹卸妆「脸皮整片撕掉」瞬间毁容!

抖音近来在网路上掀起热潮,有许多素人大胆秀出妆前装后的惊人对比照!

Events Thu, 5 Jun 2025

REV Media Group Bawa 200 Penonton Terdiri Dari Anak-Anak PPR Ke Tayangan Filem Ejen Ali The Movie 2

REV Media Group (REV) rai 200 penonton terdiri dari 100 komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR)

Hiburan Tue, 15 Oct 2024

Bimbang Penyakit Ain, Riena Diana Elak Terlalu Kongsi Kemesraan Dengan Keith Foo Di Media Sosial – “Demi Menjaga Mental Saya…”

Tu la zaman sekarang ni kalau terlalu kongsi perkara yang menggembirakan pun orang dengki hm

Featured Wed, 8 Mar 2023
Events Sun, 12 Mar 2023
Featured Thu, 18 Aug 2022
error: Content is protected !!