Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 23, 2020 @ 11:16am

Dua Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan

KKM memaklumkan dua lagi kluster baharu Covid-19 dikenalpasti setakat 22 Julai 2020.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dua kluster yang dikenal pasti itu adalah Kluster Hyde Park dan Kluster PUI Melbourne.

24 orang disaring, 4 lagi positif

Kluster Hyde Park ini dikesan di sebuah kapal di Pelabuhan Klang, Selangor. Manakala, kes indeks kluster ini adalah kluster kes ke 8769 dan merupakan seorang krew kapal bukan warganegara

Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Mesir dan India. Kluster ini telah dikenalpasti susulan saringan Covid-19 yang telah dijalani oleh krew kapal tersebut sebelum pulang ke negara asal mereka.

Sehingga 22 Julai 2020, keseluruhan kes yang dicatatkan adalah seramai 24 orang dan telah disaring iaitu terdiri daripada 4 kes positif Covid-19 dan 20 kes adalah negatif.

Kluster merupakan pelajar warganegara Malaysia

Kluster PUI Melbourne merupakan seorang pelajar warganegara Malaysia (iaitu kes ke-8749) yang telah pulang dari Australia pada 15 Julai 2020.

Beliau telah menaiki dua pesawat, iaitu dari Melbourne ke Kuala Lumpur dan kemudiannya dari Kuala Lumpur ke Kuching dan seterusnya dibawa ke pusat kuarantin di mana saringan Covid-19 didapati positif pada 17 Julai 2020. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Sehingga 22 Julai 2020, pada jam 12 tengah hari, terdapat 2 kes positif Covid1-19 dalam kluster ini. Seramai 21 orang kontak rapat yang terdiri daripada penumpang dari pesawat dan kenderaan awam yang berkaitan telah disaring dan masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih di dalam siasatan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Jun 2022

“Saya Bukan Jenis Berdendam” – Bekas Suami Lufya Nafi Terlibat Dalam Kes Pukul & Cubaan Culik Anak

Selagi tak ada bukti yang kukuh, jangan suka-suka je fitnah orang, kang tak pasal-pasal kena saman!

Featured Thu, 12 Jan 2023
Featured Wed, 8 Apr 2026

Digelar ‘Syaitan’ Safiey Illias Mahu Saman Bapa Aisar Khaled RM30 Juta

Usahawan kosmetik, Mohd Safiuddin Ilias atau lebih dikenali sebagai Safiey Illias bakal  mengambil tindakan undang-undang terhadap bapa kepada pempengaruh media sosial, Aisar Khaled.

Hiburan Thu, 14 Aug 2025
Trending Mon, 25 Jan 2021
Featured Mon, 25 Mar 2024

Artis Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi Direman 4 Hari

Alamak, siapakah gerangan artis veteran merangkap komposer itu???

Featured Mon, 13 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Debaran Makin Memuncak! Siapa Bakal Rebut Tempat Dalam TOP 5?

Kini, hanya lima peserta terbaik bakal mara ke pusingan akhir XTRA XSTAR 2025.

error: Content is protected !!