Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 25, 2020 @ 2:12pm

Bantuan Kewangan Bersasar Diperkenalkan, Ganti Moratorium

Moratorium bayaran balik pinjaman yang akan tamat pada 30 September ini tidak akan dilanjutkan.

Namun, bagi Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank tempatan sedang merangka program bantuan kewangan bersasar khasnya bagi peminjam yang mengalami kesulitan.

Bank akan terus tawarkan bantuan kewangan bersasar

Menurut Ahli Ekonomi Affin Hwang Capital, Tan Ei Leen yang menghadiri taklimat itu, berkata BNM sudah memberi isyarat bahawa besar kemungkinan bank tidak akan melanjutkan moratorium itu selepas ia berakhir nanti.

Namun, bank akan terus menawarkan bantuan kewangan bersasar dalam bentuk penstrukturan dan penjadualan semula kepada peminjam yang mempunyai masalah pembayaran pinjaman dan syarikat yang terjejas serta berdepan kesulitan kewangan.

Tetapi pinjaman yang tertakluk kepada penstrukturan dan penjadualan semula, tidak akan diklasifikasikan sebagai ‘rosot nilai’. Contohnya, sekiranya peminjam berdepan kekangan atau kesulitan yang bersifat sementara dalam aliran tunai masing-masing.

Kerugian kredit bank tempatan meningkat

Ini kerana, ianya didorong oleh keadaan ekonomi dalam negara menerusi penurunan permintaan yang mengakibatkan penutupan perniagaan dan pengecilan operasi.

Manakala langkah pengurangan pekerja serta pemotongan gaji pula mencetuskan kekangan kewangan kepada individu dan isi rumah.

Terdahulu Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa, kerajaan dan bank mengkaji lebih banyak bantuan bersasar kepada peminjam selepas moratorium bayaran balik pinjaman berakhir 30 September nanti.

“Langkah seterusnya, (kami) masih berbincang dengan bank (mengenai) pertolongan secara lebih tersasar. Satu contohnya adalah memanjangkan tempoh bayaran, mengubah terma dan syarat, mengurangkan kadar faedah dan memberi pelepasan lain,”  Katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sun, 3 Sep 2023

“Semoga Ada Jalan Noktah Supaya Tiada Pihak Mengganggu Ketenteraman Sarah & Cucu-Cucu Kami” – Datuk Yusof Haslam

Untung Sarah ada mentua yang sangat sayang dan peduli soal kebahagiaan dia serta anak-anak.

Featured Wed, 5 Nov 2025

Tawaran Lakonan Mencurah, Uqasha Senrose Mahu Fokus Karier – “Ini Semua Rezeki”

Menurut Uqasha, setiap peluang yang datang dianggap sebagai ketentuan dan rezeki daripada Allah SWT

Featured Tue, 6 May 2025

Siti Hariesa, Shukri Yahaya & Amerul Affendi Lancar Bru Kedai Kopi, Promosi Drama Baharu Eksklusif Di Tonton!

Menariknya, setiap pelakon tampil dengan sisi berbeza berbanding watak-watak mereka sebelum ini.

Trending Sat, 13 Feb 2021

Kongsi Foto Ala Pre-Wedding, Uqasha Senrose Bakal Nikah Tak Lama Lagi?

Perkongsian terbaru pelakon Uqasha Senrose menerusi hantaran terbaru di laman Instagram miliknya mendapat perhatian ramai. Uqasha memuat naik foto dirinya menyarungkan busana pengantin serba putih yang kelihatan klasik, mewah dan evergreen rekaan pereka fesyen terkenal, […]

Featured Wed, 18 Oct 2023
Hiburan Thu, 10 Oct 2024

Shamsul Ghau Ghau Puji Fattah Amin Tak Buka Aib Fazura – “Berdiam Diri Tak Bermakna Kalah, Kebenaran Akan Muncul”

‘Kenapa yang buruk-buruk nak cerita kat orang, diam sudah’ – Shamsul Ghau Ghau

error: Content is protected !!